f Secubit Garam: Gulai Ikan Aya@Tongkol

N3 Terkini

Thursday, March 24, 2011

Gulai Ikan Aya@Tongkol

ASSALAMUALAIKUM...

Gulai Ikan Aya@Tongkol ni juga dipanggil Gulai Nasi Dagang. Biasanya gulai ni dijadikan lauk nasi dagang, juga dimakan dgn nasi kunyit@pulut kuning. Selain dari tu, ada satu lagi nasi yg biasanya dimakan dgn Gulai Ikan Aya ni iaitu Nasi Kuning. Nasi Kuning ni bukan lah Pulut Kuning atau kat Tganu ni org panggil Nasi Kunyit. Memang ada satu nasi khas yg dinamakan Nasi Kuning sbb warna dia kuning. Tidak menggunakan beras pulut spt pulut kuning sebaliknya guna beras siam jer.



Nanti K.Nor post n3 Nasi Kuning yg K.Nor gandingkan dgn Gulai Ikan Aya ni ya.. Resipi ni adalah versi K.Nor sendiri. Kalau org tua2 dulu dia org tidak tumis rempah2 masa memasak gulai ni. Cara sebenarnya dgn memasak santan hingga pecah minyak dan barulah dimasukkan bahan2 lain spt cili mesin, bahan2 yg diblend spt bawang, halia, lengkuas, kunyit.. Pastu masukkan rempah dll.. Masak cara gini mmg buat lauk gulai ni sedap tapi agak makan masa dan perlukan tumpuan sepenuhnya. Api tak leh kuat dan kena kacau setiap masa santan tu supaya tidak naik kepala. Kalau dah naik kepala mmg fail la gulai ni. Tak sanggup nak berdiri lama sambil mengacau santan, jadi K.Nor amik jalan pintas dgn menumis bahan2nya. Tak per la, tak ori cam gulai nasi dagang, asal rasa sedap ok la kan.. :)


GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)



8 comments:

  1. ilah sangat suka gulai ni.. makan nasi putih jer tambah 3 kali..en hb juga suka.. gadingkan dgn timun kuning lagi sedap pas tu ada cili hijau tuuu ratah jer cili tu..fuhh pedas2 ..tapi mcm ilah kwn dr kelate bagi resepi tapi mcm mat gebu ilah suka derhaka..hehehe..janji sooodap kan nor..baru lepas makan niii tgok gulai ni rasa nak makan lagi hahaha..

    ReplyDelete
  2. sedappnya gulai tu..
    mak mas pandai masak gulai ni...mas tak pernah cuba lagi..he..he..

    ReplyDelete
  3. sedapp betul gulai ikan tongkol ni...terliur tengok rasa nak makan plak...bolehlah saya jadikan menu untuk esok....tq

    ReplyDelete
  4. salam nor,
    anak bujang akak yang sulong tu cukup suka makan lauk gulai cara gini.bertambah2 dia makan..huiihh..rindu pulak rasanya..dah lama tak jumpa si bujang tuh..

    ReplyDelete
  5. dh mai bawa pinggan dh ni kak tunggu nasi dagang jer ni nk mkn ngan gulai akak ni....sedapnya...kalau buat ni sure tak sama mcm kak Nor buat ni..nk rasa yg kak Nor buat ni jugala..hehehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nor...

    Sedap makan dengan nasi dagang...Kak Lin suka bangat...tapi mls nak buat...hehehehe

    ReplyDelete
  7. ilah >> sama la..nor pun dlm satu group gak, suka derhaka kat resipi hehe..biasa la tu kan.. :)

    mas >> kalau org ganu, gulai tu gulai la.. kalau kari tu kari la.. tak sama.. :)

    maszull >> slmt mencuba :)

    ReplyDelete
  8. k.anim >> rindu emak pd sorang anak ... sama la kita k.nim :)

    nieza >> erkkk..akak tak buat nasi dagang nieza.. nasi kuning jer :)

    lin >> kat ganu ni banyak pilihan nasi dagang, sbb tu nor pun males nak buat :)

    ReplyDelete