f Secubit Garam: Puding Karamel Lapis Special

N3 Terkini

Wednesday, March 16, 2011

Puding Karamel Lapis Special

ASSALAMUALAIKUM..

Lebih kurang 2 minggu lepas, ada sorang teman kat FB, inbox K.Nor dan tunjukkan gambar dessert. Dia tanya ada tak resipi dessert tu. Nama puding tu pun dia tak tau.. Ada kawan dia yg tunjukkan gambar tu kat dia dan mintak dia carikan resipi puding tu. K.Nor tenung2, renung2.. puding tu bahagian bawahnya seperti Puding Karamel Lapis yg pernah K.Nor buat dulu. Dan bahagian atas tu, cam Puding Buih dan ditabur dgn chocolate rice. Betul rupanya tekaan K.Nor.. K.Nor tak pernah lagi tengok dessert gitu. Nana (teman FB) mintak K.Nor create resipi utk puding tu. Dalam hati mmg terasa nak mencuba buat puding yg dia tunjukkan tu, tapi K.Nor mintak tempoh sket utk buat eksperimen. Kebetulan masa tu banyak benda nak kena settle.

Pastu last week K.Nor pun try la buat puding tu utk kali pertama, berdasarkan pada resipi Puding Karamel Lapis dan juga Puding Buih. Alhamdulillah.. projek kali pertama tu dah agak berjaya tapi K.Nor kurang puas hati sbb layer bagi Puding Karamel Lapis tu agak nipis dan sedikit keras. Manakala utk bahagian puding buih dah ok. Dah tunjukkan gambar pada Nana dan dia pun dah cukup excited. Tapi K.Nor kata kena buat utk kali ke2, biar betul2 puas hati dgn hasilnya baru boleh publish resipi. Tak nak la letak resipi yg kurang perfect kan, nanti bila org try.. org tak puas hati. Dan K.Nor pulak yg rasa serba salah, kan..


Akhrinya, 2nd trial baru la betul2 puas hati dgn hasil puding ni.. Alhamdulillah.. semua suka dgn rasa puding ni. Puding Buih yg kurang manis tu jadi sedap bila dimakan dgn Puding Karamel Lapis dan kuahnya.. Tambah lagi kalau dpt makan yg sejuk2.. mmg syok.. Yang jadi masalah pulak.. tak tau nak bg nama apa pd puding ni. Dah tanya Nana, dia pun tak tau gak apa nama sebenar puding ni. Akhirnya K.Nor bg jer nama PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL. Kalau ada yg tau nama sebenar puding ni, beritau la ya.. Pada Nana dan temannya yg request resipi Puding Karamel Lapis Special ni.. K.Nor ucapkan terima kasih sbb sudi kongsi gambar puding tu. Dan selamat mencuba resipi yg K.Nor hasilkan ni. Semoga rasa puding ni lebih kurang dengan apa yg pernah dimakan sebelum ni..



PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL
resipi : K.Nor@SecubitGaram

K.Nor guna casserole saiz 22cm x 22cm
Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco

Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas

Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

chocolate rice secukupnya

Utk membuat gula hangus:
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.

Utk membuat puding karamel:
Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.


Utk membuat puding buih:
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.
Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)
Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
Sejukkan kembali dalam peti ais.
Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..


Updated:
Ni tayangan perdana dari Rabiatun yg dah siap pun buat puding ni smlm.. mekasih Tun :)

Yg ni dari rumah Mieza


49 comments:

  1. Asalamualaikum kak

    waaa,resipi hebat congrats kak

    maniss,enaknya mkn sejuk2

    ReplyDelete
  2. Nasib baik lah tak duduk sebelah rumah Kak Nor. Kalau tak, memang hancus diet we all, hahahaha...
    Memang nampak sedappppppppppppp sangat2 :-)

    ReplyDelete
  3. Menarik ni resepi desert yang baru...nanti boleh dicuba...

    ReplyDelete
  4. pia >> w'salam.. alhamdulillah.. resipi olahan dr resipi2 lain gak tu :)

    min >> huhu sampainya hati min kata tak nak duk sebelah rumah k.nor! k.nor nak duk sebelah rumah min, nak tumpang berkebun, tumpang makan western yg min masak tiap2 hari.. tumpang diet gak. tumpang semua laa.. tp bukan tumpang mr BW ya.. hihihii

    nazrah >> slmt mencuba, semoga menjadi dan kena dgn selera :)

    ReplyDelete
  5. amboiiii..rajinnya kak nor memuding...
    siap buat experimen lagi...he..he...
    nampak sedapp la puding tu..boleh masuk list dulu..
    nanti mas nk try buat gak..he..he..

    ReplyDelete
  6. wah menarik...nampak pun tau sedap...rasa nk ngap jer seketoi tu kak...hehe

    ReplyDelete
  7. Knor
    Woahhh nampak nyaman gitew.. memang feeling if dapat cipta resepi sendiri ye kak.. congrats and ty cos share recipe.. nanti Rima pun nak try lah resepi KNor ni..

    ReplyDelete
  8. as-salam kak nor, nampak menyelerakan puding tu..mabeles..lah kak!!

    ReplyDelete
  9. Asslmkm kak Nor..wahhh..sedapnya...
    Kompem masuk list sue..hehhehee

    ReplyDelete
  10. sedapnya..knor..tp xbrp fhm ni..gula hangus buh ms mna k.nor?sori,ambe bdk bru bljr nk msuk dapur..hehe:)

    ReplyDelete
  11. Salam. sedapnya nampak puding tu Kak Nor, tak sabar rasanya nak cuba..

    ReplyDelete
  12. As salam kak....

    sedapnya klu dapat makan sejuk2 ni kak....:)

    ReplyDelete
  13. wah! puding special!..tergodaaa!

    ReplyDelete
  14. kalau masuk jer dapur kak nor ni mmg x leh nk tahan mata..kecur2!

    ReplyDelete
  15. wah sedap!acuan berapa in" ni?

    ReplyDelete
  16. mas >> k.nor kan mmg memuding hehe.. slmt mencuba mas :)

    nieza >> oppsss.. sebelum ngap puding tu, barter dulu dgn kek belang2 :)

    rima >> tq rima.. mmg seronok :)

    uishhh.. terharu ler sifu dessert nak cuba resipi tak seberapa ni.. mesti lagi menggoda kalau rima buat nanti.. hopefully kena dgn taste ya..

    ReplyDelete
  17. ady >> salam ady, tq2.. alhamdulillah.. atas keizinanNYA gak tu :)

    sue >> slmt mencuba sue :)

    kha >> baca betul2 kat cara2 tu, bahagian buat gula hangus tu ya.. letak dlm mangkuk kaserol yg kita nak buat/kukus puding karamel lapis tu..

    antan bertingkah >> alhamdulillah.. sgt sedap kat anak tekak akak sekeluarga.. slmt mencuba smoga kena dgn selera ya.. :)

    ReplyDelete
  18. lia >> salam lia.. betul tu, kena makan sejuk2 baru best :)

    dayang >> auwww!! :)

    del >> alaaa segan ler del, kalau k.nor tengok show del lg siksa mata dan jiwa raga hehe

    norlie >> k.nor guna kaserol 22cm x 22cm

    ReplyDelete
  19. norlie >> lebih kurang 8.5" x 8.5"

    ReplyDelete
  20. nampak puding karamel kak nor..ayu trus rasa lapor..

    kak..coklat tu kak tabur ala2 mengoda.......

    ReplyDelete
  21. Perghhh..meletopss!!kompom masuk listt!!err..potong Q list dessert sedia ada! :P

    err..agar2 12g x pernah jumpa rasanya kat sini kak...agak2 leh gak guna yg 13g kan..(twr menawar lak..hehe)
    akk guna yg serbuk kan kan?

    ReplyDelete
  22. Salam Nor...waaaaaaaahhhh...letak jek puding buih atas lapis caramel tu eh...bravo...tahniah la..mst sedap nih! Nanti Ummi try lak...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum kak,
    Tun dah try wat mlm td..sedap! gabungan puding buih dan puding karamel coklat tu mmg kena. Beshhh! tahniah akak.

    ReplyDelete
  24. ayu >> salam ayu.. saja jer tu nak goda ayu :)

    sue >> cpt buat! rabiatun dan jd pemenang pertama tu.. hehe

    yep, guna agar2 serbuk.. rasanya dah tulis kat resipi tu guna agar2 serbuk kan.. ish.. nak kena lepuk ni :P
    boleh aje guna yg 13gm.. setakat 1gm jer beza tu, ok jer..

    ummi >> nor bimbang gak takut tak sedap kat anak tekak org lain.. tp bila tengok tun dah siap buat tu.. lega sgt..

    bg nor sekeluarga mmg sedap, 2 kali buat 2x gak licin :)

    tun >> terharu sgt tun.. terkedu, tak sangka tun buat sepantas kilat tu..smlm publish, pagi ni tun dah siap tayang kat blog pun.. happy sgt.. bangga dgn tun gak tau hehe.. mekasih tun cayang..:)

    ReplyDelete
  25. Salam Kak,

    Tengok cara2 membuat tu macam senang jer. Tak tau jadi mcmana bila sya buat nanti

    jom belajar buat macaron

    ReplyDelete
  26. mekar >> salam.. kalau ikut betul2 step yg saya beritau tu insyaallah jadi.. cuba study dulu resipi ya.. supaya mudah nak buat nanti :)

    ReplyDelete
  27. X pernah lg tgk cream caramel berlapis..unik ni..mesti delicious jgk kan..huu kena try la mcm nih..

    ReplyDelete
  28. aeshcame >> yg berlapis tu akak dah pernah try dulu. yg ni yg terbaru ada extra puding buih atas tu.. lagi syok bila ada rasa puding buih tu..try la buat ya.. :)

    ReplyDelete
  29. cedapnyer kak...fiza nak try la nanti...fiza suka puding...fiza share yer resepi...:)

    ReplyDelete
  30. salam..tergoda nya tengok..mesti cuba lepas ni...terima kasih bagi resepi..:)

    ReplyDelete
  31. hafizah & zurina >> slmt mencuba :)

    ReplyDelete
  32. sedap sgt2 sy dah buat tapi lenbek tak leh potong..pakai sudu jer..ngapa ye? gula hangus tu jd keras kan kat bekas coserrol..pas tu tuang yg 2 bhgn tu (kosong dan bercoklat).lapisan puding buih tu..ms pukul telur spai kembang agar2 dah separa keras tp sy masuk gak dalam telur tu dan mixer dan tuang kat atas puding karamel sperti step yg di ajar.Betul ke salah sy buat?Bila makan rasa biji2 agar (tp sedap)memang cam tu ke rasanya Tapi sy akan buat lg sampai berjaya..tq.boleh komen.:)

    ReplyDelete
  33. zureyn >> terlembik boleh disebabkan terlebih cecair atau tak cukup masak.
    gula hangus melekat tu sbb terlebih masak (masak gula hangus agak2 perang jer jgn terlalu perang nanti keras dan pahit)
    kalau bahagian puding buih tu mungkin agar2 dah mengeras.. cuba rasa dgn hujung jari, agak2 suam panas dan tak sakit jari yg dicelup boleh lah pukul telur dan terus masukkan adunan agar supaya agar tidak membeku. kalau lah agar2 dah nak membeku tapi telur masih belum cukup kembang, cuba buka api slow jer utk panaskan sket agar supaya tak membeku. sepatutnya tk rasa biji2 agar2 kat puding buih tu.. besar kemungkinan agar2 dah membeku tu.... cuba lagi ya.. jgn give up.. dessert ni sedap kan.. tak rugi mencuba, semoga zureyn berjaya buat dgn baik dan menjadi nanti.. :)

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Kak Nor,

    Untuk membuat puding karamel, perlukah kita menutup dengan lapisan aluminium foil ketika mengukus?...thanks.

    ReplyDelete
  35. salam k.nor..saya dah berjaya buat (rsnya menjadi kut) terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar..:)

    ReplyDelete
  36. maaf kerana terpaksa menjawab atas nama anonymous sbb skrg ni k.nor belum boleh login spt biasa..

    juninah >> w'salam.. biasanya kalau k.nor buat puding karamel, k.nor tak tutup loyang dgn aluminium foil tp membalut penutup pengukus dgn tuala besar supaya air tak menitik.

    zureyn >> w'salam.. alhamdulillah.. tahniah dr k.nor sbb dah menjadi dan yg paling penting zureyn tak mudah putus asa dan terus mencuba :)

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. assalammualaikum..k.nor...nampak memang sedap..klu buat ni anak2 n husben mesti suka...ingat nak cuba buat gak puding ni..tp nak tnya"coklat emulco" tu cam na ye..tp klu x letak... tambah je serbuk koko tu x pa ke...mohon bantuan ye...

    ReplyDelete
  39. annor >> w'salam.. choc emulco ni dgn kata lain chocolate paste.. boleh dapati kat kedai baking dan biasanya ada gak kat giant atau kedai2 supermarket.. bila kita guna choc emulco ni, kaler coklat dessert kita lebih gelap dan kalau tak ada boleh gantikan dgn serbuk koko yg dbancuh dgn air panas (bancuh hingga sebati)

    K.NOR :)

    ReplyDelete
  40. salam perkenalan k Nor,
    wah menarik nyer puding K Nor tu...insyaAllah kalau ada rezeki nanti nak try buat juga :)

    ReplyDelete
  41. Salam perkenalan k.nor,jengah2 resepi kat kongsi resepi terjumpa k.nor punya blog ni.dan teruja tgk puding yg sweet sgt ni.tringin jugak nk mencuba bila ade masa nnt.thanx sebab kongsi resepi

    ReplyDelete
  42. butique4u & aeyla >> salam perkenalan juga dr k.nor mekasih sudi singgah.. slmt mencuba puding ni ya.. semoga menjadi dan kena dgn selera :)

    ReplyDelete
  43. tibe rase nak buat puding jgk :(

    ReplyDelete
  44. wahh...macam best je kak nor.. mesti cuba ni..pastu nak ambik gambar cam knor ni...hehhe.. maklumlah kan..kena ikut cara tok guru...sebelum buat,nk ucap terima kasih dulu for the recipe...

    ReplyDelete
  45. K.Nor..saya dah cuba resepi puding ni semalam. Memang agak rumit dan ambik masa..tapi berbaloi..sedap sgt. terima kasih atas resepi yg hebat ini..
    Kita tayang gambarnya kat blog kita
    http://sally-rashid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  46. sally >> ahamdulillah.. tahniah ya.. dan terima kasih sudi try resipi yg cerewet tp berbaloi hasilnya tu.. :)

    ReplyDelete
  47. dah lama saya salin resipi ni. akhirnya terhasil jugak...

    http://brownsugarsays.blogspot.com/2011/11/puding-karamel-lapis-special.html

    thanks a lot for sharing the recipe. mak saya pun suka sebab caramel pudding tak banyak sangat. so dia tak muak. by the way, puding buih saya ada part bawah tu macam jernih kuning sikit la. kenapa ek? masa masukkan agar2 tu dalam telur kena pukul lama tak?

    ReplyDelete
  48. Cantiknya puding akak ni.. Nur salin resepi dulu. Menarik untuk dicuba.. Kak Nor memang kreatif.. :)

    ReplyDelete
  49. Salam, nk bertnya ttg puding buih tu? Xperlu masak ke? Lepas disebatikn dgn agar2 trrus masuk loyang?

    ReplyDelete