f Secubit Garam: HATI LEMBU MASAK LEMPAP

N3 Terkini

Friday, October 19, 2012

HATI LEMBU MASAK LEMPAP

ASSALAMUALAIKUM...

Simple bahan2, mudah dimasak dan sedap dimakan ^__^

HATI LEMBU MASAK LEMPAP
resipi : CMG@TiffinBiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram hati lembu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh lada hitam biji*
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, hiris
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :-)

Hati lembu dihiris nipis dan lebar2. Gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap, kemudian cuci bersih dan toskan. Sangrai atau goreng tanpa minyak bahan2 bertanda (*) hingga harum, kemudian kisar hingga halus, gunakan kisar bahan kering. Ketepikan.
Masukkan hati lembu tadi dalam satu bekas, tambah bahan kisar halus dan rempah yang dikisar kering tadi. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Perap sekurang2nya 1 jam atau semalaman untuk lebih berperisa.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum. Masukkan no. 2, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Masukkan kicap cair secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata.
Tambah bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi panas...

24 comments:

  1. Best resipi ni! PH memang suka makan hati lembu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. same with me!!! tp dah tuo2 ni tak leh makan hati sangat kan PH.. 'makan hati' pun tak leh gak.. kang hati kita jd parah hehe

      Delete
  2. Sedapnya. Saya suka makan hati lembu tp anak anak semua tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama cam anak2 k.nor cuma along sorang jer yg makan, tu pun tak banyak sgt la.. :)

      Delete
  3. akk ape crite??? why no stori mori..? miss ur pot pet tau.makan hati lembu tak pe...sedap! jgn hati lain ekk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa adik nik ja.. lately rasa cam tak ada idea la nak ngomel.. just let the picture do the talking kan.. chewahh.. kita spikin london gitew hehe

      makan hati tu tak leh nak elakkan la mokwo.. :(

      Delete
  4. sedapnyer kak nor.... rindu pulak nak mkn hati lembu... dah lama benar rasanya tak masak hati lembu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.nor pun dah lama gak tak makan hati lembu ni.. baru2 ni gi pasar, sambar 1/2kg jer sbb dah teringin sgt :)

      Delete
  5. dah dapat rasa kesedapan lauk ni, sbb kan lauk tu diperap dulu...Liza mmg suka kalau benda perap2 cmni, sedappp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, bila diperap tu yg buat ia tambah sedap.. terasa rempah meresap tu :)

      Delete
  6. sedapnye kak nor selalu bg idea memasak best2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sbb k.nor pun tak ada idea.. so selongkar la dapur org lain.. pastu share kat sini, utk org lain dpt idea nak masak pulak.. :)

      Delete
  7. Salam, selalu masa raya, arwah bonda (al-fatihah) selalu masak untuk makan dengan ketupat palas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. bila tengok kat gravy tu mmg dah agak mesti sedap cicah ketupat palas.. thanks for the info.. alfatihah buat arwah ya..

      Delete
  8. As'salamualaikum Kak Nor yg di ingati...

    Aduyai..... Sedapnyer lauk! Dah lama tul tak makan hati :(
    nampak sangat menyelerakan lauk hati kak Nor tuu
    Kalau makan ngan nasi panas-panas nie mau tambah nasi pun tak perasan
    HEHEE . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ..

      nina.. where hv u been?? lama tak nampak, kat fb pun senyap jer :)

      mmg sedap makan dgn nasi panas2.. tak perlu lauk lain.. ermm tp ulam wajib ada :)

      Delete
  9. salam kak,
    hati lembu masak kicap saya baru habis semalam..tak puas rasanya meratah, macam nak lagi, nak lagi dan lagi..len kali boleh try yg ni pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      hati lembu ni masak la apa saja, mmg sedap! k.nor mmg antu hati lembu.. ratah gitu aje pun sedap.. :)

      Delete
  10. Mana laa pot pet pot pet k nor nih..hehe

    lempap ngan lompap sama x kak?adakah sebutan lompap tu sbb org nogori yg sebut?hehe..mcm sedap je..gaul ngan nasik panas2 ..pehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebuntuan idea dik non... hehe

      rasanya sama kut.. sepusat sepusing.. acu tany org nogori.. kang kalau akak pandai2 jawab, silap kang, naya jer hehe

      Delete
  11. salam syg kak nor,
    h ehhee resepi jew kak ..x der spatah dua kata dr kak nor..biasanya klu raya jew mak zila masak hati lembu..saya pun suka mkn..tp ank x minat..mkn dgn ktupat laju jew kak:)) sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam zila..

      tu la.. bila dah banyak sgt pot pet sebelum ni, bila kita diam jer.. mula la org tanya kan.. takper.. tanda org perihatin kan.. mekasih zila sayang.. sj jer nak biarkan gambar yg berbicara hehe

      anak2 skrg mmg tak minat makan hati kan.. dlm 4 org anak k.nor, hanya along jer yg makan tu pun tak la sebanyak yg si emak ni makan hehe

      Delete
    2. salam,

      ni la resipi yg di cari selama ni..kena cuba tapi nk campur jantung dgn peparu skit..selalu makan masa kenduri ja..bila saya dh cuba nnti saya feedback.

      tq.

      Delete