f Secubit Garam: KUIH QASIDAH/HASIDAH

Wednesday, October 24, 2012

KUIH QASIDAH/HASIDAH

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. panas terang benderang lg hari ni.. Tapi hari ni tak basuh kain baju, smlm dah amik peluang clearkan bakul baju dan comforter. Walaupun matahari memancar terik, nampak ada gak awan2 gelap tu.. Mungkin kejap lagi akan turun hujan panas mcm ptg smlm.. wallahua'lam...

Kuih Qasidah yg ni K.Nor beli kat Pasar Tani.
Ni gambar yg dah lama dlm simpanan... Kalau yg versi dulu2 tak dibuat sebijik gedabak gini ya.. hehe
 Hari ni K.Nor amik peluang utk tayang satu lagi kuih tradisional negeri Tganu yg dah berzaman K.Nor tak buat walhal mmg suka sgt dgn kuih ni. Pernah masa zaman anak dara dan baru2 kawin jer buat kuih ni tp disebabkan cuma K.Nor dan Cik Abe jer yg suka, kalau nak makan tu, main tunjuk2 aje la.. Tak worth org kata kalau nak buat kan, lagipun resipi org dulu2 semua dlm sukatan yg banyak. (Teringat zaman anak dara dulu, K.Nor kacau kuih ni (kalau tak silap masa tu buat 1 kati tepung) dlm kuali tembaga dan masak atas dapur kayu jer.. Dapur tu pulak terletak kat belakang rumah, atas bangsal kayu. Walaupun penat tp seronok sbb hasilnya sangat memuaskan... :)  ) Nak buat tu mula la terbantuk en mood.  Tapi disebabkan nak masukkan entri kuin tradisional Tganu ni ke MFF, K.Nor telah 'mencari en mood' ptg smlm dgn menggodek KUIH QASIDAH atau ada yg panggil HASIDAH dan ada juga yg sebut KHASIDAH. Yg pasti, ianya kuih yg sama, yg dibuat menggunakan bahan2 yg simple cuma part yg bercinta sket tu bila nak membentuk kuih tu pada peringkat akhirnya.

Kalau ikut versi tradisional, kuih ni dibentukkan seperti sekuntum bunga ros, menggunakan penyepit khas yg kebiasaanya dibuat dari tembaga. Masa K.Nor buat dulu pun K.Nor gunakan penyepit tembaga tu, tp sejak dah pindah randah ni dan arwah ayah dah tak lagi tinggal di rumah lama kami, tak dapat lah nak selongkar balik kat mana khazanah2 lama ni spt acuan SAWA yg K.Nor sebutkan baru2 dlm proses membuat KUIH BELIMBING. Masa tu tak terfikir nak angkut barang2 lama ni jadi bila nak guna, tak ada lah benda tu.. 

Ni lah rupa Kuih Qasidah yg sebenarnya, spt sekuntum bunga ros kan.. 
Gambar dr dapur MADIHA@RATNA

Jadi, utk tontonan org yg tak tau rupa kuih Qasidah ni yg real, K.Nor dah google dan sekeping gambar kat rumah MADIHA@RATNA yg lebih real rupa Kuih Qasidahnya. Izinkan K.Nor share kat sini ya Ratna .. Tq .. :)
Gambar penyepit tembaga ni dari dapur CIKADAKBIRU
Dan utk gambar penyepit yg digunakan pula, hanya ada satu jer gambar yg K.Nor jumpa iaitu kat rumah Dina@CikadakBiru. Penyepit yg digunakan tu sama jer mcm yg pernah K.Nor guna masa kat rumah lama. Mintak izin gak ya Dina, K.Nor nak share gambar penyepit tu kat sini.. TQ ... :)

Minta maaflah ya, K.Nor tak dapat nak bentukkan Kuih Qasidah yg ori, iaitu berbentuk bunga ros disebabkan tak ada penyepit spt yg dlm gambar di atas. Sebagai alternatif utk membentuk kuih ni K.Nor terpaksa menggunakan silicone mould berbentuk bunga ros. Jadi lah kan.. asal bentuk bunga ros gak kan.. hehe Bukan niat nak menderhaka tp dah tak ada penyepit tu, nak buat macamana kan. Utk rujukan, bolehlah pandu pada gambar dr blog Madiha@Ratna tu ya...


Kuih Qasidah ni, teksturenya lembut dan wangi dgn bau minyak sapi dan juga bawang goreng. Amat sesuai utk org tua yg tak ada gigi hehe..


Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul
Apabila adunan dah menjadi seketul dan tidak melekat pada kuali baru masukkan minyak sapi..

KUIH QASIDAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Bawang Goreng:
5 - 7 biji bawang merah
minyak

~ bawang dihiris nipis dan goreng hingga keperangan.
~ angkat dan ketepikan.

~ Adunan tepung:
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan santan pekat/santan fresh
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur A
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
3 sudu besar minyak sapi

Cara:
Bancuh kesemua bahan2 kecuali daun pandan dan minyak sapi hingga sebati.
Tapis dan masukkan ke dalam kuali bersama daun pandan.
Masaklah dgn menggunakan api sederhana hingga tidak melekat pada kuali.(hendaklah sentiasa dikacau)
Masukkan minyak sapi dan kacau lagi lebih kurang 10 min.
Tutup api dan alihkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk sebentar.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat.
Kemudian bentukkan menjadi bunga ros dgn menggunakan penyepit. (atau boleh menggunakan mould yg sesuai)
Susun atas pinggan dan tabur sedikit bawang goreng dan juga titiskan sedikit minyak goreng bawang tadi ke atas kuih yg dah dibentukkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena@FrozenWing menjadi hostnya..