f Secubit Garam: SIRA UBI KAYU

N3 Terkini

Wednesday, October 31, 2012

SIRA UBI KAYU

ASSALAMUALAIKUM..

Last dish yg bakal disubmitkan ke MFF spt yg K.Nor mention dlm entri sebelum ni, SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI. Hari ni hari terakhir utk event MALAYSIAN FOOD FEST, yg jatuh kepada Negeri Terengganu. Kalau diikutkan ada banyak lagi Trg Local Dishes yg boleh diperkenalkan tp masa dah sampai ke penghujung, tak perlah.. ada masa nanti akan K.Nor usahakan utk buat mana yg mampu ya.. :)


Selalunya kalau sebut ubi kayu rebus, pasti ada yg bayangkan gandingannya... sambal tumis, sambal ikan bilis, sambal cili api dan kalau sebelah Terengganu ni, ubi kayu rebus biasanya dimakan dgn kelapa parut. Selain dari tu ianya juga dibuat sira. Sira ubi kayu yg sedap pastinya menggunakan gula nisan. Pasti lebih umpphhh... 

Bila beli ubi kayu, K.Nor suka beli ubi yg berwarna kuning atau juga dipanggil ubi mentega.. Suka dgn rasanya dan juga warnanya tu .. ai kan peminat kuning hehe.. Jangan lupa sediakan kopi O panas masa menikmati SIRA UBI KAYU ni ya...

K.Nor mmg suka masak ubi kayu sampai betul2 empuk, tu yg nampak cam hancur sket kan..  :)

SIRA UBI KAYU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan ~ ikut kemanisan yg disukai
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.

* boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka..


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana LENA of FROZENWING yg menjadi hostnya..

20 comments:

  1. perghhh.. tadi masak lemak kulit rambai.. ni dah sira ubi kayu lak.. kak nor ni.. terliur cek tau.. :P

    ReplyDelete
  2. adui sedapnya makan musim2 hujan ni..dapat panas2...
    sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. Nor, best untuk minum petang. PH pun peminat sira ubi kayu nih. Yang satu lagi yang Nor mention - ubi kayu rebus dengan kelapa parut, ohhh...that one also PH cannot tahan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. u mmg peminat ubi kayu ya.. meh balik ganu, tk lama lagi ubi kayu buat show tepi jalan :)

      Delete
  4. salam kak nor dear..ubi kuning kekadang payah nk jumpa , kita bantai ajaer itu ubi putih...sedap gak. ari tu MIL abang sulonng kita ade buat sira ni,...dia buat 2 version, ubi kayu n keledek...berebut kita makan itu sira keledek...sedap kak..nanti terai ekk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nikja.. bukan mudah nak jumpa ubi kuning ni.. ni pun kebetulan tanya makcik penjual tu, ada ubi kuning tak dia kata ni mmg ubi kuning.. terus jer rembat .. rezeki kan :)

      kalau buat dgn labu kuning pun best sira gini nikja.. org sebelah kelantan mmg suka kan :)

      Delete
  5. ya Allah kak nor...resepi ni yg fiza paling tunggu2...fiza suka sgt2 sira ubi kayu...sbb dulu masa sekolah dulu abah fiza selalu beli kat pak cik satu kg...dia mmg buat jual sira ubi kayu ni....dia punya sira ubi kayu ni paling tip top lah tapi lama dah x makan sbb pakcik tu dah tua dan dia x buat dah....sayang sgt....huhuhu...pas dah sembuh ni boleh la try buat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la ya fiza.. kut2 kena dgn selera :)

      Delete
  6. waduhhhhhhh...jelesnya akak banyak stok ubi kayu, terliur di buatnya...manalah nak gali ubi kayu ni...he3..nmpk gaya kena cari gaklah kat pasar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa yatie, mmg la banyak.. hulur duit jer, gerenti dpt .. ni beli kat pasar la.. skrg ni mmg dah banyak ubi, biasalah musim hujan kan :)

      Delete
  7. Assalam nor harus dicuba nanti ni.mesti sedap guna gula kabung je.nisan x de.tima kasih nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k.erna..mekasih sudi cuba ya.. :)

      Delete
  8. wow, kak..syiok saja makan ini! gula nisan itu same as gula melaka kan? Thank you for sharing another delicious dessert coming from Terengganu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syiok lena, smlm k.nor buat lagi, anak dara tak sempat makan baru2 ni :)

      gula nisan lain sket dr gula melaka tp boleh jer kalau lena nak guna gula melaka :)

      Delete
  9. Assalam kak nor, lambat dtg ni mesti dah habis sira ubi pujaanku ini, sedap kak nor, saya suka pekat sikit kuah tu, cicah2 kuah dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam liza.. mmg la dah abis.. yg buat smlm pun dah abis.. td gi pasar terpandang lg ubi kayu, rasa nak buat lagi dan lagi hehe

      Delete
  10. As salam Kak Nor,
    Saya suka makan sira ubi kayu walaupun belum pernah membuatnya sendiri

    ReplyDelete
  11. w'salam azie.. try la buat, mudah jer .. k.nor dah letak resipi tu :)

    ReplyDelete