f Secubit Garam: IKAN GORENG CILI API

N3 Terkini

Tuesday, October 23, 2012

IKAN GORENG CILI API

ASSALAMUALAIKUM....

K.Nor mmg penggemar ikan aya @ tongkol. Buat la apa saja dgn ikan ni, semua sedap kat anak tekak. Tak kiralah, goreng biasa jer atau panggang bodo2/tawar pun best tambah lagi kalau digandingkan dgn budu.. perghhh.. mmg tak pandang lauk lain dah.... hehe



Resipi ni dah lama K.Nor save cuma tunggu masa beli ikan aya jer. K.Nor mmg jarang sgt beli ikan tenggiri, lebih suka ikan aya. Tak kisahlah nak guna ikan tenggiri atau aya pun, terpulang pada citarasa masing2. Mekasih pada K.Pah@Ibundo yg dah share resipi yg sedap ni. Izinkan Nor panjang2kan kat sini lak ya..


IKAN GORENG CILI API
resipi : Ibundo
Bahan:
4 keping ikan tenggiri . Setiap keping dipotong dua.
2 biji bawang merah dihiris bulat
2 biji bawang putih dihiris nipis
10-15 biji cili api dihiris menyerong (boleh tambah dan kurang ikut suka)
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 biji buah keras ditumbuk halus
1 cm halia dihiris mancis
1 sudu kecil cuka

Cara:
Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan sedikit di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk halus bersama bawang putih dan halia.
Apabila naik bau, masukkan bawang besar dan cili api. Goreng sebentar. Masukkan cuka dan garam.
Akhir sekali masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan angkat.

13 comments:

  1. assalamualaikum... kak nor..
    sedapnya.. nani kalau ikan wat gini mmg laju makan nasi.. lagi2 nak nasi panas2 tu.. perghhhhh.. lapar la k.nor... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... sama la dgn k.nor nani :)

      Delete
  2. Nor, kalau guna ikan aya tu kena rebus dulu x? camner nak kasi ikan tu x keras bila goreng ek?

    nampak sangat menggoda jiwa raga dengan cili apinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.rose.. kalau k.rose guna ikan aya yg keras atau nama dia aya kurik mmg keras la hasilnya.. nor dan kebiasaan org kat ganu ni suka ikan aya hitam.. aya hitam ni nama jer, tp isi dia putih .. aya hitam ni isi dia lembut tk macam aya kurik.. ayam hitam, badan dia kelabu2 dan ada bintik2 sket.. kalau aya kurik.. badan dia ada jalur2 gitu..

      ni aya hitam http://www.21food.com/products/longtail-tuna---aya-hitam-417391.html

      ni aya kurik : http://1.bp.blogspot.com/-Ab8wFmcmIek/Tqgl86hFyjI/AAAAAAAABgg/PeRXB1J7D5c/s1600/261020112046.jpg

      Delete
  3. lagi banyak cili lagi best tu nak tiru jugak lah biar podeh lagi mengancam gilo tu kkan

    ReplyDelete
  4. Salam Kak,
    sedap nyer kalau pekena ngan nas panas2.

    ReplyDelete
  5. salam sis,
    Kalau saya dah buat camni pastu tambah taucu hehehe..memang makan tak toleh-toleh dah..

    ReplyDelete
  6. kak nor saya suka jugak ni,..mai sepiring

    ReplyDelete
  7. Betul, K. Nor. Everything tasted good with budu!

    ReplyDelete
  8. Hi Kak Nor laling!!! Apa khabar dear..miss u too kak..hihi :)

    Wahhh love suka ikan goreng goreng this style. Memang tak cari lauk lain. Ngam ngan nasi panas panas kan.

    Love kurang sihat ni dah seminggu lebih. One package as usual...dari fever to flu. Mood masak lagilah takde...hehe.

    Akak take care ya...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LOVE! ooo tak sihat ya. kesian.. jgn lupa makan ubat ya.. get well soon dear :)

      Delete
  9. kak nor.. saya pun suka ikang aya... sangat suka bila masak sambal... mkan dengan nasi lemak! masak lemak kuning pun sedap.. cecah budu lagi?? terangkattt.... =)

    ReplyDelete