f Secubit Garam: KURMA AYAM DGN BUNCIS GORENG BELACAN

N3 Terkini

Monday, October 1, 2012

KURMA AYAM DGN BUNCIS GORENG BELACAN

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau dilayan mata yg dah kuyu terasa nak landing nih. Dengan cuaca yg redup dan nyaman jer ni, mula la kemengantukan tambah lagi bila pewut udah diisi.. Ikutkan hati nak godek kek sket, kesian pisang yg dah nak menopos tu.. Jap lagi la... (kalau ghajennnn hehe)

Hari ni masuk dapur agak lewat gara2 ralit duk BW dan duk mencari kaedah menghindarkan ulat dr makan daun kesum yg sedang subur tu. Sebelum tu, pagi tadi K.Nor dah tuai kesum kes geram tengok banyak kesan2 'buangan' ulat sekitar daun2 yg dijamu selera mlm td. Makin banyak pulak sehari dua ni.. ishh.. last2 tuai dan simpan dlm exbok. Nak guna amik jer kan.. Kena buat asam pedas atau sayur pedas atau laksa penang la bila dah ada stok kesum dlm esbok nih.. ermmmm... sedap tuuuu hehe 


Pukul 1.00 ptg masuk dapur, pkl 2.00 dah siap semua. Menunya? Yg simple2 ajerrrr... K.Nor masak KURMA AYAM dan BUNCIS GORENG BELACAN. Sejam dah siap dan sedia utk dijamu selera.. Eh lupa.. sambal belacan wajib ada kalau makan Kurma Ayam kan, baru la ngam :)


KURMA AYAM

1/2 ekor ayam ~ dipotong
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus/pjg
1 paket rempah kurma ~ bancuh dgn sedikit air panas utk jdkan pes
2 1/2 cawan air
1/2 cawan santan fresh/kotak
2 bj ubi kentang ~ dipotong
1 bj cili merah ~ dibelah 2 tp tak putus
garam dan gula (jika suka)
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia.
Goreng lg hingga wangi.
Masukkan pes rempah kurma, kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak dan masukkan ayam.
Gaul ayam hingga mesra/sebati dgn rempah dan biarkan seketika (boleh dimasukkan sedikit air jika rempah terlalu pekat).
Bila ayam dah bertukar warna, masukkan air dan ubi kentang (gunakan api sederhana jer)
Masak lebih kurang 20 min kemudian masukkan santan fresh/kotak, garam dan sedikit gula.
Teruskan memasak lebih kurang 10 minit lagi (jgn lupa mengacau supaya santan tak naik kepala)
Masukkan cili merah dan biarkan sekejap pastu bolehlah dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


*kalau kuah agak pekat, boleh lah dimasukkan sedikit air panas dan masak utk seketika lg.
** selalunya k.nor guna rempah kurma adabi tp kali ni k.nor cuba rempah kurma maggi.. 





BUNCIS GORENG BELACAN
resipi : K.Nor @ SecubitGaram

Bahan2:
150gm kacang buncis
3 biji bawah merah
2 ulas bawang putih
1bj cili merah
5bj cili padi
1 sudu besar belacan ~ lebih sedap kalau belacan tu dibakar dahulu
secubit garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara2
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk serta garam dan gula secukup rasa. Boleh juga dimasukkan sedikit serbuk pati ayam jika suka. Goreng sehingga pecah minyak. Jangan buka api besar, nanti rempah2 ni cepat hangit. (boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan kacang buncis yg dah dipotong dan goreng sekejap. Jgn lama2 nanti kacang jd lebur sgt dan hilang zat.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan. 


12 comments:

  1. pagi2 kt dubai ni,.bukak blog kak nor daahhh terliurr....haaii kacang buncis....sy terliur tgk awak...hihihi

    ReplyDelete
  2. sabar >> ermmm dah abis pantang ke sabar? kalau dlm pantang tak leh makan kacang2 gini :)

    ReplyDelete
  3. kak nor.. walaupun simple tp sedap tu kak...

    cer try ikan sambal berdaun kesum resepi kak ummi.. pun sedap kak... ada kelainannya.. hee.. kalau byk sgt daun kesum tu leh pos ke pj sket.. hehe.. gurau je...

    ReplyDelete
  4. Salam kak, kita nak meratah sayur dulu ehehe... lama tak makan buncis! namanya sayur2 ni mmg kita suke kecuali peria ehehe..

    ReplyDelete
  5. ratna >> meh datang sini kalau nak kesum tu.. hehe

    ijah >> akak tak makan la jah.. amik bau jer.. kan ada belachannnn dlm tu.. :)

    peria sedap jah kalau kena cara masak. kena cara cuci, boleh hilangkan pahit tau.. goreng dgn telur mmg best :)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak

    miss u :),ada dah jmpe penyelesaian nya?tak sabar nak tgk Edible Garden akak

    ReplyDelete
  7. pia >? w'salam.. td dah jumpa 2 blog, ajar cara guna racun buatan sendiri.. nanti nk try :)

    miss u too :)

    ReplyDelete
  8. mengancam lauk kak nor nie...
    rasa mcm nak dok bersila jerk hulur pinggan kat akak..he3

    ReplyDelete
  9. Salam Kenal Kak Nor,
    BW ptg2 ni perut lapar. Tinggal jejak & join sekaki kot2 org nak hantar lauk..
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. yang simple ni yang laris dulu ni memang tak sedar dua tiga pinggan nasi bertambah walaupun menu simple dimple kan

    ReplyDelete
  11. salam syg kak nor,tgk buncis goreng tu yg x thn..h ehhee sedapp..memalam tgk pic kak nor lg la..lapoo:)sedappp

    ReplyDelete
  12. Salam kak Nor...sedapnya ...nyumnyum....kak Nor pindah mn ek?huhuhu...

    ReplyDelete