f Secubit Garam: KEK PISANG LEMBAB BERKEJU ~ Versi Kukus

N3 Terkini

Tuesday, October 2, 2012

KEK PISANG LEMBAB BERKEJU ~ Versi Kukus

ASSALAMUALAIKUM.... 

Smlm duk berkira nak buat kek pisang sebelum pisang yg ada tu menopos kan.. Dah agak lewat sebenarnya masa menggodek kek ni tp dek kesian kat pisang tu, K.Nor teruskan gak buat. Padahal dlm hati tu duk berkobar2 nak gi menyangkul dan menanam anak pisang pemberian jiran K.Nor.  :)


Masa mula2 start nak godek kek ni, K.Nor plan nak bakar dlm dua loaf pan, dah siap gris dah. Pastu bila dah siap sukat semua bahan2, K.Nor on plug oven. Tak sampai 2 minit, tup2 main suis tertendang, kes ada problem kat plug tu. Adehhh... Dah la bahan2 dah ready, kalut gak seposen... hehe.. Terfikir nak guna magic pan@doublesided pan yg dikatakan boleh juga digunakan utk bakar kek tu. K.Nor pun gris pan tu dan teruskan beat adunan. Tp rasa tak sesuai jer nak guna pan tu sbb saiznya yg besar dan adunan lak tak la banyak mana.  Alih2 K.Nor decide nak kukus jer la. 

Bila nak kukus, pengukus lak duk dlm stor. Nak selongkar tu punya la tahap kerajinan tak ada. K.Nor buat keputusan nak kukus guna kuali yg selalu K.Nor guna utk mengukus ikan dan kuih2 yg tak banyak adunannya. Satu lg masalah timbul, loaf pan lak tak muat kalau nak diisikan dua2nya sekaligus. Takkan nak kukus satu persatu kan, nanti adunan drop sementara menunggu yg 1st pan masak. K.Nor pun selongkar kotak amik silicone moluld. Amik mana yg ada dpn mata jer, tak kira lah asal muat kuali dah la.. Bila adunan dh siap digodek, dan nak masukkan melted butter dan cheese (K.Nor guna slicecheese sbb tak ada stok cheddar cheese yg dlm bentuk block, so K.Nor cairkan dlm melted butter) rupanya cheese tu tak mencair mana, jd cam bersatu/berketul sket. Nak panaskan balik nanti dgn butter tu jd panas takut merosakkan adunan kek. Last2 K.Nor humban jer la cheese dan butter tu. Ikutlah nak jd camna kan.. hehe.. Pastu masukkan adunan dlm mould dan kukus. Alahai, mould tu hampir2 sama aras dgn bahagian atas kuali. Nak amik mould yg lain, tak kose dah.. Teruskan gak kukus dgn guna mould tu. 

Yg kuning2 kat atas tu adalah cheese yg tak mencair td, sedap!! ^__^

K.Nor selalunya alas penutup kuali/pengukus dgn towel tp sbb takut adunan tu naik dan melekat kat towel, jd K.Nor guna aluminium foil jer utk cover supaya air tak menitik ke atas kek. Tutup kuali dan tawakkal pd Allah, mudah2an menjadi dgn elok kek tu. Walau hati rasa semacam sbb baru2 ni K.Nor kukus Apam Pisang guna kuali tu, apam ku tak seberapa elok kejadiannya. Lepas clearkan semua peralatan, K.Nor keluar utk menyangkul bersama cik abg. Tak sampai 20 min, timer berbunyi. Lari2 balik masuk dapur dan angkat penutup kuali... ALHAMDULILLAH..... kek menjadi!! Walau tak naik tinggi (rasanya kalau bakar insyaallah naik lebih tinggi) ok la kan, kek pun tak sentuh banyak sgt kat foil tu, sket2 jer.. 

Lepas abis proses menanam anak pisang (sempat tanam 2 pohon jer, kena sambung lagi arini 1 pohon lg sbb dah masuk maghrib masa tu) dan bersihkan tangan, K.Nor pun potong kek (semestinya posing dulu la kan hehe) fuhhhh.. lega.. kek sangat lembut dan moist dan sangat2 SEDAP! Bila dikukus kek ni bertambah2 moistnyer. So pada yg tak ada oven dan nak buat kek pisang kukus, terbukti skrg kek ni boleh dikukus! hehehe.. testimoni secara coincident hehee..

Mekasih banyak2 pd Che Mat yg sudi berkongsi resipi kek pisang yg mabeles ni. Insyaallah lain kali akan dibuat versi bakar. Maaf ya Che Mat, bukan niat nak menderhaka pd resipi tp terpaksa guna alternatif lain, selain dr dibakar disebabkan kejadian pd oven K.Nor. Dan part atas kek tu tak dpt nak letak hirisan pisang sbb pisang ngam2 jer ada utk dimasukkan dlm kek (termasuk yg dipotong kiub tu). Cheese yg berketul tu sedap la pulak bila ia duk dlm seketul2 gitu.. lemak2 berkrim! hehe

KEK PISANG LEMBAB BERKEJU
resipi : CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
120 ml minyak jagung (kalau nak rasa lemak boleh guna mentega cair)
3 biji telur gred A
115 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
60 gram gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam halus
1 camca teh ovallate
beberapa titik esen pisang ~ k. nor skip sbb kurang suka bau esen pisang 
1/4 cawan parutan keju cheddar
125 gram pisang embun, dihancurkan
2 biji pisang embun, satu dipotong kiub besar2 dan satu dihiris bulat2 untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar gula perang, garam dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang lecek dan esen pisang. Putar sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang minyak jagung, gaul rata. Masukkan parutan keju dan pisang yang dipotong kiub. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan hias permukaannya dengan hirisan pisang.
Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari tin kek. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Selamat mencuba!!.

* bg yg nk cuba versi kukus.. K.Nor kukus selama 30 mn..

17 comments:

  1. Assalamualaikum.. salam kenal ye :)
    jalan2 tadi nampak kek pisang berkeju.. terus singgah.. nampak sedap.. mesti wangi je masak kek tu nak masak.. sebab keharuman pisang tu.. kan.. time membaking masa kek nak masak tu la yg paling best... satu rumah harum semerbak... :)

    ReplyDelete
  2. ermmm...yummy! kek pisang memang wangi dan aromanya sgt mengguda... nak sket!

    ReplyDelete
  3. presentation mantap, apatah lagi rasanya...:)

    ReplyDelete
  4. Salam, Kak Nor.. Terpesona dengan kejadian kek pisang Kak Nor tu. Tak sangka kan, banyak sungguh cabaran yg Kak Nor lalui, hihi. Memang ada masanya saya pun cam tu jugak. Ada jer yg tak kena bila kita dah siap2 nak buat kek tu, tapi rezeki kak Nor memang cantik & sedap kek pisang tu nampaknya, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,menjadi kek kak nor walaupun banyak dugaan...yaya segala berasaskan pisang suka benor la...

    ReplyDelete
  6. Salam kak nor...
    Perghh...ini boleh mendatangkan godaan melampau....lepas ni nak kukus pulak..terima kasih kak nor.. *___^

    ReplyDelete
  7. Salam kak Nor,
    menggoda betul kek nya.
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak nor....
    meh kita tuko2 kek..
    lama dah mas tak buat kek pisang....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum....

    jassnani >> w'salam..

    k.nor tak bakar, tp kukus.. so bau dia tak sekuat kalau kita bakar :)

    gee >> mmg aroma dia kuat tp kalau versi kukus kurang sket gee :)

    emma >> rasanya mmg sangat sedap ..

    sari yusa >> betul tu yus, mmg k.nor dah redha sgt kalau tak jadi sbb mcm2 hal nak siapkan kek tu. duk ingat bakal jd habuan cik tong jer masa duk nyangkul tu.. tp alhamdulillah.. elok jer jadinya :)

    yaya >> hehe tu la.. mcm2 kes.. biasanya kalau banyak kes sgt dah boleh agak mesti kek tak jadi.. tp kuasa Allah kan .. alhamdulillah... :)

    CMG >> w'salam che mat.. agak2 virus tersebar dgn hebat tak lepas ni hehe.. alhamdulillah.. mekasih pd che mat atas pengongsian resipi ni.. try la buat versi kukus che mat, lagi moist :)

    marsita >> w'salam.. try la.. insyaallah sedap :)

    mas >> w'salam mas.. ada lg ke belen RVC smlm tu? meh la mas, sket dah la.. dah banyak akak melantak kek pisang ni smlm.. ermmm makin gebus gebas la akak nanti :)

    ReplyDelete
  10. bunga kat atas kek tu kak nor buat sendiri ke? cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan, k.nor mmg tak berkemahiran nak buat bunga secantik tu.. tu bunga yg k.nor amik kat kek wedding anak sdara hari tu :)

      Delete
  11. selamat petang kak, thanks so much for your comment earlier in my blog, I really appreciate that. terimakasih kak membertitahu lena maklumat2 tentang jenis ikan yang digunakan utk membuat lekor dan juga keropok and also on the gulai spices, i added these infomration to my post, terimakasih. Keep in touch!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lena... terima kasih kembali dr k.nor.. suka tengok bila lena buat laksam tu.. nampak menyelerakan :)

      rasanya ada sedikit pembetulan lagi kat situ, bukannya gulai tu bernama gulai bunga ros tp yg sebetulnya rempah gulai cap bunga ros dan kuah aau gravy tu dipanggil kuah masak atau kuah merah :)

      nanti la kalau berkesempatan k.nor akan cuba utk join yr event tu :)

      Delete
  12. Assalammualaikum kak

    wahhh ade pisang wangi!cheese lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pia..

      sedap ni pia.. kalau dekat akak bg pia 2 keping :)

      Delete
    2. really?so sweet thanks akak hehe

      Delete
  13. sedapnya kek pisang kak nor tu, nmpk urat2 tu yg bestnya

    ReplyDelete