f Secubit Garam: NASI TOMATO SERAI

N3 Terkini

Thursday, October 25, 2012

NASI TOMATO SERAI

ASSALAMUALAIKUM..

Ada yg berpuasa hari ni? Selamat berpuasa ya.. semoga ibadah kita diterima oleh Allah.. K.Nor nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua teman2 pengunjung beragama Islam. Ampun dan maaf andai ada silap tutur kata, terlebih gurau senda yg tak disedari menyentuh hati dan perasaan sapa2 aje.. semoga esok dan hari2 mendatang adalah yg lebih baik dr yg semalam dan sebelumnya.. 


NASI TOMATO SERAI & The Gang ni sebenarnya dah lama K.Nor buat, tak perasan pun masih ada tercongok dlm fail, tanpa diedit pun lagi. Jadi K.Nor amik kesempatan tayang set nasi hari ni sekurang2nya boleh dijadikan idea utk dimasak pada hari raya nanti ya.. 

Mekasih pada Kak Pah @ Ibundo yg sudi berkongsi resipi ni. Memang banyak resipi2 yg menarik dan menyelerakan kat blog Kak Pah.. Insyaallah ada masa akan dicuba lagi pelbagai resipi yg K.Nor post kat sana.. ^__^

Kebetulan masa nak buat nasi ni baru perasan tak ada stok tomato puree jadi K.Nor gunakan tomato sos jer sebagai pengganti. Sebab tu warnanya pucat sket.. :)

NASI TOMATO SERAI
resipi : K.Pah@Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 cawan (cawan rice cooker) beras basmati
1/2 tin kecil tomato puri
3 sudu besar butter/majerin
2 biji bawang besar bersaiz kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai dipotong dua dan dititik
1 genggam kismis
1 cawan susu cair
3 cawan santan cair
air secukupnya
1 cube stok ayam
1 sudu kecil garam

Cara:
Panaskan butter/majerin. Tumis bawang merah,putih, halia dan rempah penumis. Goreng sehingga berbau wangi dan kekuningan. Masukkan tomato puri dan goreng sekejap. Masukkan ke dalam rice cooker bersama beras yang telah dicuci.
Masukkan susu cair dan santan ke dalam beras. Tambah air secukupnya.
Masukkan serai, garam dan cube stok ayam.
Apabila nasi hampir kering airnya, masukkan kismis.
Gaul perlahan-lahan apabila nasi telah masak supaya beras tidak patah.



KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.



AYAM MASAK KANDAR
Resipi : Nieza
Sumber : K.Nor

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih

Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris

Cara-cara masak:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.

20 comments:

  1. Nasib baik PH baru beli nasi. Dah dekat time makan. Kalau tidak, merana tengok nasi tomato ngan ayam masak kandar. Dah lah ada kerabu epal hijau. Berselera lah PH ngap-ngap lunch nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kiranya bayangkan menu ni la masa ngap lunch tu ya.. hehe

      Delete
  2. Oop...lupe nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada K. Nor sekeluarga!

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidiladha buat kak nor sekeluarga...

    masak apa raya sok kak nor? nasi minyak ? nasi dagang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya gak ratna..

      pg masak pancake
      tghri masak nasi mandhi
      ptg buat puding roti dn cottage pie

      haha.. dasat betul kan.. masak jer kerja sampai mlm .. dah la semua menu obersi bukan menu melayu hehehe

      Delete
  4. Nmpk best jerk...bole wat ari raya nanti...tp tuk nasi tu, guna beras biasa bole x? Salam eidul adha utk k.nor sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori zue.. terlewat reply.. boleh aje.. guna beras siam pun boleh :)

      slmt hari raya buat zue sekeluaraga

      Delete
  5. uish...sedap sedap nasi tomato..pebret!

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidil adha Nor..
    sangat sedap menu nasi tomato serai & set ni..
    kita pun kemarin ada masak nasi tomato tapi belum update lagi..
    heheh..memang sesuai masak untuk raya ni kan Nor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya buat ayu sekeluarga gak ya..

      yep, nasi tomato mmg sesuai bila2 masa nak2 hari perayaan, kan

      Delete
  7. Selamat hari raya kak norr!! n selamat berbuka nnti ^^ tun raya kt bintulu, masak cincai2 je. masak sekali gus utk berbuka dan raya esok. hihi..
    dh lama tun x buat nasi tomato. terliur pulak nengoknyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya tun.. tak balik ganu ya.. :)

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Korban buat Kak Nor sekeluarga...
    walaupun lewat buat entri, tapi resepinya tak pandai basi kan kak he he he heh

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Idh Adha utk Nor cayang & keluarga. Wah, sedap nya ada nasi, Along tak sempat pun kemarin. mmmmuah2.... miss you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya along cayang!! miss u.. :)

      tu menu lama dah along.. yg raya punya nasi mandhi :)

      Delete
  10. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Kak Nor sekeluarga ye!!! Hari tu love dah hantar sms dari Penang, tapi takde reply dari akak. Hehe but I know you must have been really busy.

    Wahhh menarik set menu ni kak. Laparnyaaaaa! :)

    Join my Blog Event:~ DEEPAVALI DELIGHTS 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq love dearie.. seronok gi jalan2 penang? :)

      ehh yer ke? tak ada terima pun sms tu.. kalau ada, for sure k.nor reply.. sori sgt2 ya.. thanks for remembering me :)

      Delete