f Secubit Garam: SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

N3 Terkini

Wednesday, October 31, 2012

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

ASSALAMUALAIKUM..

Bagi warga Pantai Timur terutamanya Tganu pasti ramai yg tau dgn masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung2 selalunya buat masakan ni dan selalu gak dibuat time kenduri kecilan spt kenduri arwah dan sbgnya.. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dgn partnernya. Kalau utk menu  SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI ni, selalunya digandingkan dgn ikan goreng/panggang, sambal belacan, ikan kering/masin. Tu dah cukup menyelerakan, pekena lak dgn nasi putih panas2.. ermm... org lalu belakang gerenti tak sedar.. hehe


Kebetulan duk cakap hal Sayur Lemak Kulit Rambai ni kat group MFF di fb (masa tu ada yg post menu yg lebih kurang dgn Sayur Kolok) baru2 ni. Masa K.Nor ke pasar 3 hari lepas, ada sorang makcik tu jual buah rambai.. nampak besar2 dan elok jer buah rambainya tu. Terus teringat tang Sayur Lemak Kulit Rambai. Apa lagi, rembat la sedikit buah rambai semata2 nak buat menu tradsional dr Tganu ni. Tak banyak yg K.Nor beli, sekadar 1/2kg jer.. Tak perlu banyak2, bukannya ramai yg nak makan pun..

Menu ni sebenarnya dimasak semalam tp tak sempat nak post. Hari ni dah 31 Okt, hari terakhir utk submit post yg berkaitan Tganu dishes ke MFF. So kena la cpt2 masukkan entri ni. Insyaallah petang ni satu lagi menu akan dipost yg mana juga berkaitan dgn MFF. Seronok pulak join MFF ni yg mana dapat mengetengahkan masakan tradisional dr negeri penyu bertelur hehee


Ok lah.. dah panjang lebat pot pet arini.. Jom kita tengok resipi bg yg nak mencuba Sayur Lemak Kulit Rambai ni. Bahan2nya tak banyak berbeza dgn masak lemak yg biasa dibuat tu cuma ikan tu dilebihkan sedikit dan perlu dicelur dulu kulit rambai utk menghilangkan rasa masam.. Try la ya, masakan ni sangat sedap, lemak dari santan dan masam2 dr kulit rambai.. pekena dgn sambal belacan.. mmm.. mmg tak toleh kiri kanan lagi dah.. duk nyuappp jer hehhe


SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Buah rambai ~ ambil kulitnya sahaja
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula

Cara:
Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam.
Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai kedalam periuk.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena of FrozenWing yg jadi hostnya...

25 comments:

  1. Kak norr klo kenduri lauk ni habis dulu.....cepat2 knor promote penyu telooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak abis saba, arini last day :)

      Delete
  2. Assalammualaikum kak

    wah dah siap dah lauk istimewa ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pia..

      dah siap smlm pia tp tak larat nak menghapdet :)

      Delete
  3. k.nor..atie tak bese mkn yg masak lemak putih nih. biasa masukkan dlm gulai ikan lemak kuning tu... aduuuuuh sedapnya!

    ReplyDelete
  4. Salam, kak Nor. Ohhh, rupanya boleh masak lemak juga ya, mak sy selalu buat sambal tumis, memang kick sungguhlaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yus.. baru jer k.nor terbaca kat resipi masakan (fb) yg kat johor org buat sambal tumis.. thanks for sharing :)

      Delete
  5. Nor, I punye lunch hari ni macam tak selera lak. Tak boleh nak lawan ngan sayur lemak nih. Nanti kalau PH dapat cari buah rambai, huih, terus je masak sayur lemak. Sambal belacan mesti standby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. sian u PH.. nanti nor post after u dah lunch ya.. hehe

      Delete
  6. As-Salam KNSG (K.Nor Secubit Garam). Memang sodap ... kalau diKelantan, kuahnya kuning, ie masukkan kunyit. Pastu ada ulam, cicah budu + tempoyak, Mak Mertua datang pun tak sedar. Hehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. buat gulai lemak kuning letak telur itik pun best kan :)

      Delete
  7. mak ndak saya penah buat..tp dia buat tumis air..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh 1st time tau org buat tumis air.. :)

      Delete
  8. assalamualaikum kak..
    nakkkkkkkkk!!!! sape soh tunjuk kat mak buyong ni..
    uwaaaaaaaa.. nak gak.. >> sambil hentak2 kaki << hahahaha
    >> akak... nak cari kulit rambai gak la.. eh eh.. kena cari buah rambai dulu.. lepas tu dah abis isi buat sayur lemak kulit rambai camni.. tak penah makan lagi.. teringin gak tengok akak wat ni.. sure sedap sangat kan.. almaklumlah.. nani org perak.. tak tau plak kulit rambai leh wat sayo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      owhh makyung ni kena sekat la ya, tak leh dtg SG.. kang meleleh yg kat dalam tu, k.nor lak yg dipersalahkan hehe

      mmg sedap nani, ada rasa lemak2 dgn masam tu.. tu yg menyelerakan :)

      Delete
  9. ni baru pestime liza tau rupa2nya kulit rambai ada guna jugak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak gunanya liza.. selain dr dibuat masakan, kulit rambai pun ada yg buat lulur.. jgn tak tau heeee

      Delete
  10. Tak pernah makanlah pulak saya masakan ni... boleh gak simpan resepi ni utk di cuba :P

    ReplyDelete
  11. Feveret yaya ni kak nor....
    Masa pergi kenduri kawen baru nie ada sayur rambai...sedap sangattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk ni kalau dibuat kat kenduri kawin, gerenti laju jer abis hidangan dia kan :)

      Delete
  12. salam kak nor...ni la kali pertama fiza dengar kulit rambai di masak lomak...he he he...di tambah pulak dengan petai tu mmg terangkat la kak nor...cicah pulak ngan sambal belacan...perghhh...sedapnyer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam fiza..

      kulit rambai mmg boleh dimakan, tp dgn syarat dibuat lauk la.. kalau makan gitu aje mmg tak ada yg hingin pun.. masyemmmmm hehe

      Delete
  13. hi kak, ya, this also reminds me of that sayur lemak yang daphne buat hari itu. lena tak kenal buah rampai itu,rasanya masam kah? I pun sudah belar and mengeathui banyak masakan dari negeri penyu bertelur this month..hehe!

    ReplyDelete