ASSALAMUALAIKUM...
Dgn menggunakan Basic Dough, pelbagai roti boleh dihasilkan.. Bergantung kepada kreativiti masing2... Insyaallah.. roti yg dihasilkan, lembut, gebus dan sedap, walau tanpa penggunaan pelembut roti. Apa yg membuat roti ni lembut dah gebus, adalah dgn penggunaan water roux. Bagi yg tak pernah mencuba lg water roux dlm doh roti.. dipersilakan menerai adunan roti ni.. Sekali dah cuba, insyaallah akan jatuh cinta dgn kesedapan roti yg dihasilkan ^__^
Untuk menghasilkan MINI SOSEJ BUN spt yg K.Nor buat ni, cuma gunakan sosej dan rebus dulu sekejap sosej tu dan bolehlah dibelikan doh pada sosej. Mudah aje membuatnya, jadi K.Nor letak resipi doh aje kat bawah ya.. Mcm K.Nor kata di atas, terpulanglah pada masing2 utk membentuk dan menghasilkan pelbagai roti mengikut kegemaran masing2.. Kalau nak cari idea roti/bun yg nak dibuat, cari jer kat label roti, insyaallah pelbagai roti/doh yg telah K.Nor buat dan boleh dijadikan panduan.. :)
BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening
Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


alahai cutenya.....sesuwai sangat buat bekal anak ke sekolah.
ReplyDeletemmg sgt2 sesuai.. anak2 pasti suka :)
Deletenak seketui....haha
ReplyDeletesilakan :)
DeleteAssalammualaikum kak
ReplyDeletealolo,comei dan yummy :)
w'salam pia.. slmt hari raya :)
Deletetembamnya, mahu dua!!
ReplyDeletetembam mcm tukang buat dah ni haa.. hehe
Deleteassalamualaikum.. k.nor..
ReplyDeleteamboiii tembun elok no sosej bun ni.. molej je bentuk.. comel2 sangat.. :) ehehehehe..
w'salam nani, time cuaca panas2 ni mmg elok jer buat roti/bun.. elok jer naik :)
DeleteSAlam Kak..
ReplyDeleteGeramnya tengok
PH mas kecik-kecik dulu, pantang kalau ternampak sosej bun. Dah tua-tua ni pun, sama gak :) Tak pernah buat roti atau bun melainkan roti paung, jadi PH kenalah cuba buat. Nak belajar.
ReplyDeletephong hong, kalau paun bakar PH terror buat, roti atau bun pun mesti menjadi punya.. try la .. mudah jer tu :)
Deletekt gmbr ni pon dh nmpk lembutnya nih..nymmy..
ReplyDeletemmg lembut dan gebu :)
Deletebertuah anak2 dpt mak rajin dan pandai masak.
ReplyDeletealhamdulillah..
Deleteala tomey2 nya bun tu tak cukup tu kalau sebijik dua kan untungnya anak2 KNor..
ReplyDeletemmg k.noor.. tambah2 kalau makan panas2 :)
DeleteSalam kak nor....cute miut je roti2 tu...x pernh lg lh buat roti ni ...sesuai jgak klu untuk bun inti kn...:-D
ReplyDeletew'salam..
Deletedoh ni boleh dibuat pelbagai roti/bun.. try la :)
Untuk kaedah water roux tu x phm kak..cute sangat rupe roti tu..kalau x gune tpg roti tu,tp guna tpg gandum blh juga ker kak???sori kalau byk tanye..hehehe
ReplyDeleteutk water roux kaedahnya dipermudahkan dgn kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air..
Deletekalau ikut sukatan asal perlu guna 50gm tepung gandum
250ml air --> 50 : 250
--> 1 : 5
kalau guna/buat yg ni, banyak lebihan water roux nanti
jd saya permudahkan hanya perlu buat yg secukupnya sja utk adunan diatas.. iaitu
--> 30 : 150
insyaallah, ngam2 jer water roux yg dihasilkan utk satu adunan doh roti ni..
boleh aje kalau nak guna tepung gandum biasa cuma roti/bun yg dihasilkan tidak berurat spt roti yg kita beli kat kedai :)