f Secubit Garam: Hati Ayam Masak Berempah

N3 Terkini

Tuesday, May 25, 2010

Hati Ayam Masak Berempah

Mari mencuba resipi baru, main campak2 jer masa masak ni. Tak tau nak masak apa dgn hati ayam ni tu yg duk campak2 bahan dlm kuali. Memang tak refer mana2 resipi lain utk masak menu ni, kut kang ada yg kata K.Nor ngaku resipi org lain pulak. Tapi kalau ada yg serupa atau lebih kurang tu mungkin secara kebetulan. Idea nak masak ni mmg datang sepontan jer..Tapi hasilnya.. alhamdulillah... sedap kat anak tekak tukang masak.



HATI AYAM MASAK BEREMPAH

6 - 8 ketul hati ayam

Bancuhkan dgn sedikit air panas utk dijadikan pes:
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih


2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 bj bawang besar ~ hiris bulat
1 bj cili merah ~ hiris serong * kalau nak lebih pedas boleh guna cili api
sedikit garam, gula (jika suka)
air
minyak


Masukkan hati ayam, air dan sedikit garam ke dalam periuk dan rebus sekejap. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bahan2 yg dijadikan pes.
Goreng hingga pecah minyak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air (boleh guna air rebusan hati ayam)
Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan masukkan sos tomato, kicap dan sedikit gula (rasa dulu sebelum masukkan garam sebab dah masukkan garam masa proses merebus hati ayam)
Goreng sekejap dan masukkan lebihan air rebusan hati ayam td.
Masak hingga sedikit pekat dan masukkan hati ayam dan goreng sekejap.
Masukkan cili merah yg dipotong.
Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan panas2.


## sos tomato boleh diganti dgn air asam jawa atau perahan limau nipis.

5 comments:

  1. sedapnya hati ayam berempah akak. saya pulak klu jumpa hati ayam ni, masak potong bawang ngan lada aje lah. tu pun dh cukup sedappp!!!!

    ReplyDelete
  2. nampak menarik hidangan hati ayam ni

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Pekabo kak? harap sihatla yer... terutamanya buat abg kak nor...

    sy ati ayam tak suka sgt, klu hati lembu suka... paling sy suka 'makan hati berulam jantung', hahahah....

    ReplyDelete
  4. ain >> betul2.. masak simple camna pun mmg sedap hati ayam kan..

    mia-ina >> try la kut2 kena dgn selera :)

    areef >> salam areef.. alhamdulillah dua2 sihat dgn izin Allah.. mekasih..

    ada ker suka makan hati ulam jantung!! ish.. ke ubat awet muda tu :)

    fuzidss >> aik.. ayat tergantung tu.. :)

    ReplyDelete