f Secubit Garam: Sandwich Sihat ..

N3 Terkini

Wednesday, May 19, 2010

Sandwich Sihat ..

Hehe.. nak gelak dulu.. Ada yg boring dah ke tengok bubur nasi jer 2-3 hari ni? Nak buat camna, jawatan banyak duk pegang sorang2.. tak tercapai dek tangan nak buat semua. Ni pun sbb pagi ni hujan, tak leh gi jogging dgn patient so K.Nor duk menyental la bilik air tu. Baru jer settle satu bilik air. Kalau dulu2 K.Nor cuci satu toilet, cik abg satu toilet.. tak la tension sangat kan kalau dah share job tu. Kali ni kena la pulun dua2 toilet sorang2.. hu hu.. Tak per la.. berkorban apa saja.... alhamdulillah...

Ok Mdm Lily, dah tayang show baru nih. Patient tak makan ler bubur hari2. Tapi kalau tukang masak ni no hal.. hari2 bubur pun tak kisah :) Smlm buat lagi Honey & Blackpepper Chicken. Memang buat lebih part dada ayam tu seketul utk buat sandwich. Ni la dinner kita org smlm.. alhamdulillah cukup mengenyangkan.. K.Nor guna roti Gardenia Breaktrough (sbb tu panggil sandwich sihat hehe..) Letak daun salad, hirisan kobis dan hirisan tomato.


Pastu letak pulak hirisan ayam panggang tu. Tak lupa potongan carrot dan letak sket sos dr ayam panggang.

Sebelum ditutup dgn sekeping lagi roti, letak sket cili sos dan last sekali daun salad. Sedia utk dingap... Jemput makan Sandwich Sihat K.Nor ^_____^

8 comments:

  1. Jom kita tambahkan ilmu tentang 'Baby Development' Yay! ^_^

    ReplyDelete
  2. wahhh...memang betul2 sihat ni. vegie semata2!!

    ReplyDelete
  3. Ni time-time tengah diet boleh cuba resepi ni. tq K. Nor

    ReplyDelete
  4. saiful >> k.nor dah tak ada bb ler.. paling kecik pun dah 11 tahun :) saiful aje la belajar ya.. hehe

    ain >> alaa cik puan ain ni.. cuba perati betul2.. akak letak hirisan daging ayam tu kan dari Honey & Blackpepper Chicken.. hehe.. tak nampak ek.. :)

    mama ieta >> mmg bagus utk diet ni mama ieta.. cuba la..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak misi...patient lom sihat lagi yer..

    kak nor, kita dah cuba butter prawn akak. senang rupanya n thanks for all the tips. May Allah bless u. Kita c&p ok.

    ReplyDelete
  6. eliza >> alhamdulillah dah sihat dah cuma masih teruskan pantang lagi walau tak ketat sgt dah :)

    dah buat ya BP tu.. mudah aje kan.. mudah2an limpah rahmat dr Allah utk kita semua.. amin..

    silakan c&p :)

    ReplyDelete
  7. sekarang ni, menu kak nor sihat-sihat kan...kalau kita ikut, mesti badan kita kurus...cantik cam rozita che wan he he he

    ReplyDelete
  8. gerau >> hihihihii.. gelak akak tau baca statement cantik cam rozita CW tu.. try la dulu kut2 lepas ni boleh lebih cantik dr tu lagi.. boleh menang ratu kebaya ke ... hehe

    ReplyDelete