f Secubit Garam: Sup Ayam (& Cendawan) Hadnyai

N3 Terkini

Tuesday, May 11, 2010

Sup Ayam (& Cendawan) Hadnyai

Musim2 panas gini sedap kalau dpt pekena lauk2 air gini kan. Tambah pulak bila ada patient yg masih berpantang kat rumah ni. Dari resipi Sup Ayam Hadnyai by Pyhonda MyR, K.Nor tambah cendawan tiram yg sememangnya menjadi kegemaran seisi keluarga telah menghasilkan sup yg sungguh sedap dimakan, diratah, dihirup begitu sajaaaaaaaa..... hehehe.. Kalau tak caya buat ya..



SUP AYAM HADNYAI by Pyhonda MyR

  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

6 comments:

  1. menu kita samalah hari ni kak nor. sy pun buat sup ayam gak. tp yg sempoi2 je lah!!

    ReplyDelete
  2. suka..suka sup ayam cenggini..sy pon lau buat sup ayam suka letak cendawan nie..lgpon kuah die menarik minat sy nmpk putih jer..suka kuah wana tuh..nnt nk try buat ikut cara k.nor lak...

    ReplyDelete
  3. salam kak nor,
    apa khabar kak dan suami? Moga HUbby kak nor makin cergas.
    alahai kak...kalu sup ada cendawan gini, memang kami suka sangat2!

    ReplyDelete
  4. sup mcm ni mmg febret all d'time seisi rumah saya ..

    ReplyDelete
  5. salam kak nor...memang nampak sedap!!hari ni saya pun masak sup gak...tapi tak letak cendawan...rupanya sedap bila letak cendawan ni...

    ReplyDelete
  6. ain >> sup ayam mmg mudah dibuat, sedap di ngap.. kan hehe

    aroha >> kalau ikutkan kuah dia merah2 sket sbb kita kena tumbuk cili tu tp kali ni k.nor tak tumbuk cuma campak jer cili padi yg diketuk 2 - 3 bj supaya tak pedas sgt, kesian kat patient tu kang.. hehe

    nurindah >> alhamdulillah.. dia semakin pulih dah.. mekasih nur...

    jiejah >> haa.. try la buat.. mmg syok sup hadnyai ni tau.. lebihkan cendawan lagi syok :)

    ima >> w'salam ima, try la letak cendawan.. mmg lagi sedap tau..

    ReplyDelete