f Secubit Garam: Khasiat Madu Lebah

Thursday, May 6, 2010

Khasiat Madu Lebah

gambar pinjam dr pakcik google
maceh ya... :)


Kali ni K.Nor nak kongsikan sedikit ilmu yg K.Nor ceduk dr rumah Normi. Semua tau kan, betapa banyaknya khasiat madu cuma kadang tu kita tak tau cara2 atau kaedah nk makan atau minum madu bg mengubati sesetengah penyakit. Semoga apa yg dikongsikan oleh Normi ni dpt membantu kita semua utk sembuh dr penyakit yg kita hidapi tapi kena la ingat semua tu dengan izin Allah Taala jua. Kita hanya berikhtiar dan bertawakkal, mudah2an DIA menyembuhkan dgn sebaik mungkin.. insyaallah..

Mekasih buat Normi yg sudi berkongsi ilmu ni..

RESEPI CARA PENGGUNAAN MADU

Berikut adalah antara cara-cara penggunaan madu sebagai resepi agar madu menjadi ubat. Tiada kajian saintifik yang telah dijalankan, cuma panduan penggunaan.

Anda boleh cuba dan lihat sendiri jika berkesan untuk anda.

1. Kanser
Minum 1 sudu makan madu dan 1 sudu teh madu setiap hari selama 3 bulan.
Kanser perut dan tulang dapat disembuhkan dengan ramuan ini, dan telah dibuktikan melalui kajian di Jepun dan Australia.

2. Mandul
2 sudu besar madu yang diamal setiap malam sebelum tidur membantu menyuburkan anda.
Mengamalkan serbuk kayu manis juga membantu memperkuatkan rahim.
Bagi yang sukar hamil, cuba sapukan madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada gusi, dan biarkan bercampur dengan air liur anda dan barulah telan.

3. Penyakit jantung
Madu dan kayu manis dapat mengurangkan kolesterol dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia juga dapat melancarkan pernafasan dan menguatkan detak jantung. Boleh amalkan makan campuran madu dan kayu manis pada roti waktu bersarapan pagi.

4. Mengurangkan kolesterol
Sediakan bahan-bahan berikut:
2 sudu besar madu
3 sudu teh serbuk kayu manis
450ml air teh
Campurkan dan minum. Ramuan ini dapat menurunkan kolesterol darah hingga 10% dalam masa 2 jam. Madu asli yang diminum setiap hari juga dapat menurunkan kolesterol.

5. Arthritis (radang sendi)
Campurkan 1 bahagian madu dan 5 bahagian air, ditambah 1 sudu teh serbuk kayu manis. Urutkan ke bahagian yang sakit secara perlahan.
Atau untuk penghidap arthritis, minum campuran secawan air panas dan 1 sudu madu campur 1 sudu teh serbuk kayu manis setiap hari, pagi dan malam.

6. Demam selsema
Gunakan 1 sudu makan madu suam-suam kuku dan 1/4 sudu teh serbuk kayu manis setiap hari selama 3 hari. Jika keberatan mencampur dgn serbuk kayu manis, amalkan saja mengambil madu untuk mengelakkan atau mengubati selsema.
Ramuan ini dapat mengubati batuk dan selsema yang kronik, juga membersihkan sinus.

7. Jangkitan pada pundi kencing
Campurkan 2 sudu makan serbuk kayu manis dan 1 sudu teh madu ke dalam segelas air suam-suam kuku, kemudian minum. Gunanya membunuh kuman-kuman di dalam pundi kencing.

8. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis selain mengubati sakit perut, juga membersihkan perut.

9. Mengubati bisul sampai ke akar-akarnya
Campurkan madu dan kayu manis dan sapu pada bisul.

10. Perut kembung
Campuran madu dan kayu manis dapat mengurangkan gas di dalam perut. Dibuktikan oleh penelitian di India dan Jepun.

11. Nafas berbau
Minum campuran 1 sudu teh madu, serbuk kayu manis dan air panas. Dapat membuat nafas segar seharian.

12. Sakit kepala kerana sinus
Minum campuran madu dan jus limau.

13. Keletihan
Campurkan segelas air dan 1/2 sudu besar madu ditaburi serbuk kayu manis. Minum setiap hari setelah menggosok gigi, kira-kira jam 3 petang kerana waktu ini anda mula rasa penat.

14. Masalah berat badan berlebihan
Minum segelas air yang dimasak bersama madu dan serbuk kayu manis setiap pagi 1/2 jam sebelum makan atau perut dalam keadaan kosong. Amalkan setiap hari.
Sangat berguna bahkan untuk orang yang sangat gemuk. Ramuan ini untuk menghindari lemak terkumpul di dalam tubuh.

15. Jerawat
Sebelum tidur, sapukan 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada muka. Amalkan selama 2 minggu. InsyaAllah, dapat menyembuhkan jerawat sampai ke akar-akarnya.

16. Awet muda
Jerang 3 cawan air, 4 sudu makan madu dan 1 sudu serbuk kayu manis. Minum sebanyak 4 kali sehari, dapat menjadikan kulit segar halus, dan mencegah penuaan.
17. Merawat rambut gugur
Sediakan bahan-bahan berikut:
Minyak zaitun panas
1 sudu besar (25ml) madu
1 sudu teh serbuk kayu manis
CARA: Campurkan bahan-bahan di atas. Kemudian sapu di kepala, dan biarkan kira-kira 5 minit, atau sebaik-baiknya hingga 15 minit. Kemudian, basuhlah rambut.

18. Merawat luka
Madu lebah menghalang daripada luka terkena jangkitan. Sesetengah doktor memang menggunakan madu kerana terdapat antibiotik di dalamnya. Antibiotik ini mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat sejenis enzim yang menyerupai hidrogen peroksida di dalam madu lebah yang membantu luka bebas daripada jangkitan.
19. Melembutkan kulit
Campuran susu dan madu lebah menghasilkan pelembap kulit yang memastikan kulit anda lembut bak sutera.

20. Menjadikan rambut cantik berkilat
Campurkan 1 sudu teh madu lebah ke dalam 4 cawan air suam dan bilaskan rambut anda dengan campuran ini.
Jika anda berambut perang, campurkan jus yang diambil daripada sebiji lemon untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik.

21. Scrub Kecantikan
Campurkan madu lebah dengan gula dan sapukan pada kulit muda dan badan untuk membuang kulit mati. Kulit anda yang telah bersiah daripada kulit mati akan nampak lebih cantik berseri.

22. Sakit mata
Jika mata anda gatal atau berair, titikkan 2 titik madu lebah ke dalam mata anda. InsyaAllah sakit mata akan cepat pulih.