f Secubit Garam: Corat Coret @ IJN, KL ..... part 2

N3 Terkini

Saturday, May 1, 2010

Corat Coret @ IJN, KL ..... part 2

Wahhh... lamanya iklan kan.. Mintak maaf sgt2 ya penonton(eh.. pembaca) sekelian yg tertunggu2 dgn episod seterusnya kejadian kat IJN. Bukan niat nk buat org tertunggu2 almaklum la skrg ni, semua jawatan kena bolot sorang2. Tugas sbg surirumah sepenuh biasa tak menjadi hal sgt sbb dah biasa dgn rutin harian ni tp bila ditambah dgn tugasan baru sbg nurse, PA, driver bas skolah, private driver lagi... haaa.. tu yg membuat tak cukup 24 jam sehari. Dah macam lipas kudung, tak leh duk diam. Seawal pagi dah jd driver bas sekolah, pastu g pasar, balik tu masuk dapur jd tukang masak, sambil2 settle rutin harian lain. Pastu turun lagi amik anak dr sekolah. Malam turun lagi gi dan amik anak dr tuisyen.. Boleh dikatakan paling minima 4x turun dan 4x naik rumah yg mcm tingkat 3 ni.. Malam tu penat yg amat, tidur pun cam tak sedar apa dah. Hinggakan cik abg bangun buang air 4 -5x semalaman pun tak sedor langsung! Tambah lagi bila balik rumah ni ramai sdara mara, kawan2 dan jiran2 dtg menziarah. Tiap2 hari ada org dtg ziarah, kalau tak pg, petang. Kadang2 tu, pagi hingga ke lewat petang masih ada yg ziarah.. alhamdulillah.. tetamu yg datang membawa seribu keberkatan, insyaallah... Tu yg buat K.Nor terkejar2 waktu utk memasak dan sebagainya. Sbb tu la nk mengadap PC utk menyambung episod seterusnya mmg tergendala. Mintak maaf sgt2 pd yg tertunggu2 tu ya.. Ok dah la ek.. tak yah bebel pjg2 lg (tp mmg dah pjg gak ni kan.. hehehe... ) kita sambung episod seterusnya...

15 April (Khamis):
  • Selepas solat subuh suami K.Nor dah ready dgn pakaian khas utk ke OT.
  • Lebih kurang pkl 7.45 pg, 2 org nurse dtg dan bawak dia ke bilik OT yg terletak di blok baru, Blok A.

dah nak masuk OT ni... posing jap :)

  • Sebelum dibawa masuk kedalam OT, nurse beritau biasanya pembedahan bypass mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam.
  • Masa tu jam menunjukkan pukul 8pg dan suami K.Nor merupakan 1st patient yg dibedah hari tu.
  • (so lebih kurang pkl 12tghari insyaallah siap la harap2nya)
  • Lepas dia dah dimasukkan ke OT, K.Nor turun ke lobi sbb anak sdara hb call beritau dia dan famili dah on the way ke IJN.
  • Lepas sembang2 kejap dia org pun balik.
  • Lepas tu sister K.Nor dan anak dara dia sampai dan menemani K.Nor hingga ke petang.
  • Lebih kurang pkl 12 tghari K.Nor bertiga naik balik ke tempat menunggu di luar OT.
  • Tunggu punya tunggu sampai la pkl 2ptg masih tak ada apa2 berita.
  • K.Nor g tanya guard kut2 dah ada doc bedah keluar beritau apa2 tp tak ada pulak kata guard tu.
  • Hati K.Nor dah cukup bimbang, mcm2 perasaan ada hanya tuhan aje yg tau..
  • Pastu guard tu masuk ke dlm ICU, intai2 kut2 suami K.Nor dah keluar dr OT.
  • Bila dia keluar balik dia beritau yg suami K.Nor baru jer keluar dr OT dan dah dimasukkan ke ICU.. alhamdulillah.. lega rasanya.
  • K.Nor masuk menjenguk suami bersama dgn sister K.Nor dan masa tu suami K.Nor masih tak sedarkan diri.
  • Petang tu bila waktu melawat tiba ( 6 - 8 ptg) K.Nor masuk dgn kawan suami yg dtg menziarah, tengok2 suami dah pun sedar.. alhamdulillah..
  • Sebaknya hati tp terpaksa sembunyikan, tak nak bg dia tengok K.Nor menangis supaya dia boleh kuatkan semangat jugak.
  • Masa tu alat pernafasan yg dimasukkan ke tekak masih belum dpt dibuang. Katanya doc tak boleh buang lagi, kena buang lewat sket.
  • Disebabkan ada sedikit masalah masa nak masukkan benda tu masa nk jalankan opp so perlu playsafe supaya tak timbul masalah lain.
  • Memang teramat tidak selesa bila benda tu masih berada dlm tekak. Kata suami K.Nor sakit pun ya jugak. Kesian tengok dia masa tu.. :( Tapi utk kebaikan perlulah ikut nasihat doktor kan..
  • K.Nor cuma mampu nasihatkan suami supaya terus bersabar dan kuatkan semangat utk melawan sakit.
  • Banyakkan zikir dan selawat bila terasa sakit.. hanya itu saja yg menjadi penawar segala2nya..
  • Malam tu, terasa sayu sgt hati mengingatkan suami yg bertarung utk melawan sakit, teringat kat anak2 di kampung dan di perantauan.. makan roti pun terasa terlekat kat anak tekak. K.Nor paksakan jugak menelan roti utk mengalas perut yg kosong.. :(
  • Malam tu dan malam seterusnya (semasa suami kat ICU)K.Nor tidur kat kerusi jer, nasib baik bertemankan seorang untie singh yg baik hati (suami dia pun buat bypass pd hari yg sama dan sebelum ni suami K.Nor dan suami untie singh ni duduk dlm bilik wad yg sama)

16 April (Jumaat):
  • Pukul 6.30pg K.Nor ke ICU utk menghantar pakaian cik abg spt yg diminta oleh nurse (sapa2 yg bakal menjalani pembedahan, sila bawa baju kemeja(bukan t-shirt ya..) 3 - 5 helai, tuala kecil, berus dan ubat gigi, kain pelikat dan bantal kecik utk didakap ke dada pesakit) K.Nor aritu cuma bawak 1 helai jer kain pelikat dan langsung tak bawak baju kemeja. Alhamdulillah sister K.Nor dtg bawak kemeja arwah suaminya utk cik abg K.Nor pakai..
  • K.Nor tak dpt masuk ke ICU cuma mintakan guard masuk dan serahkan pd nurse yg bertugas menjaga suami K.Nor.
  • Minta dia sampaikan salam K.Nor pd suami tp masa tu suami K.Nor duk lena tidur.
  • Bila K.Nor tanya guard tu, masih ada ke alat bantuan penafasan kat mulut suami K.Nor, guard tu kata ya.. huhu...
  • Hati K.Nor mula gelisah.. jangan laa ada komplikasi lain pada dia.. setiap saat berdoa agar disembuhkan sesegera mungkin supaya dpt dibuang alat yg menyakitkan tu.
  • Pkl 12.30 tgh bila time melawat tiba, K.Nor masuk dan masa tu alat tu dah tak ada. Kata nurse baru jer dibuang.. alhamdulillah.. syukur pada mu Ya Allah..
  • Masa tu suara suami K.Nor tak ada, kesan dr penggunaan alat tu.. Tak apa la sekurang2nya kesakitan akibat benda tu berada dlm tekak dah berakhir kan..
  • Pada masa tu ramai gak yg dtg menziarah selain dr sister K.Nor dan 2 org anak dia, anak sdara K.Nor yg bekerja kat KL, isteri anak sdara suami K.Nor pun dtg. Ada gak kawan2 lama suami K.Nor yg sama2 kat ITM dulu dtg ziarah.
  • Pada sesi petang tu, sekali lg K.Nor masuk menjenguk suami, kali ni dia dah semakin ok.
  • Baru aje diberi minum air kosong oleh nurse yg bertugas. (kat ICU ni, setiap sorang patient disediakan sorang nurse yg sentiasa memantau pesakit)
  • Kata nurse tu, nanti akan diberi air milo dan lepas tu pulak akan diberi makanan lembut.. alhamdulillah.. syukur..
  • Pada waktu tu, bila K.Nor tanyakan nurse camna progress suami, nurse cakap tahap oksigen dia rendah, patut la ada wayar oksigen yg diletakkan di hidungnya..
  • Kembali runsing hati K.Nor tp sedaya boleh K.Nor tak tunjukkan depan suami supaya dia tak susah hati.
  • Hanya doa yg mampu dipanjatkan supaya dia dpt mengatasi ujian tersebut..

17 April (Sabtu):
  • Bila masuk waktu melawat tengahari tu, K.Nor tengok dah tak ada wayar oksigen di hidung suami.. alhamdulillah syukur.. lega sgt2...
  • Masa tu lunch dah siap sedia kat tepi bed suami. K.Nor tanya dia dah boleh makan ke, dia kata dia tunggu K.Nor dtg. Nurse pun kata gak, d'ia tunggu akak suapkan'.. hehe... alaa... nak manja2 la tu, kan.. :)
  • Dpt suapkan dia makan masa tu, buat hati K.Nor happy sgt2.. Lega bila tengok dia makan bubur nasi walau tak banyak sangat.
  • Pastu doc bedah masuk jenguk, dia kata nak suami K.Nor perlu menjalani ECHO sbb melalui x-ray yg diambil sebelum tu nampak cam ada cecair kat ruang dada suami.
  • Kata doc kalau dipastikan bukan air baru dibuang 3 tiub yg dimasukkan kat perut (tiub ni utk mengalirkan keluar air dr perut/badan suami)
  • Kalau tak ada apa2 insyaallah akan dimasukkan ke HDU (tak pastilah makna HDU ni tp ni tempat transit selepas ICU sebelum dipindahkan ke wad asal) ** updated: HDU stands for High Dependency Unit.. thanks buat Guest yg baik hati yg beritau maknanya.. :)
  • Petang tu, bila K.Nor g jenguk suami, dia kata bukan air spt yg doc bedah tu jangkakan.. dan tiub dah pun dibuang. Tapi masih tak boleh dipindahkan ke HDU disebabkan tak ada kekosangan bed..
  • Dia berkemungkinan dipindahkan ke bilik lain, bilik utk pesakit yg dah tak kritikal tp masih di dalam ICU gak.. tak per la, tu menunjukkan progres penyembuhan dia semakin lancar.. alhamdulillah


bersambung....


ermmmm... panjangnyer!!! Dah mengantuk ya.... ok la.. kita sambung di lain waktu.. tukang citer pun dah penat menaip... kita tayang iklan dulu ya.. alaa... jgn ler marah.. lagikan ASTRO pun ada iklan kan... hehehhe... nite2.... daaaaaaaaa......... ^____*

10 comments:

  1. nor..alhamdulillah..sehat..semoga nor terus tbah menghadapinya..layan aje..nak manja macam mana pun kan..janji sehat..

    ReplyDelete
  2. mmm..sampai2 rumah tengok2 ada sambungan.... :) rasa tak puas lagi bersembang tadi. Anyway Nor, thanks a lot for sharing the stories..nanti I masukkan dalam blog ye! Take care!

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah, hubby akak dah makin sembuh, semoga akak sekeluarga tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  4. salam K Nor...didoakan suami kak Nor cepat sembuh dan K Nor juga harus take care ya...sebab masa ni lah kita amat2 diperlukan sesangat..mudah2an K Nor diberi kesihatan & kekuatan ya K Nor...

    ReplyDelete
  5. Akak, wish Ur hubby is doing fine now ye.

    Silakan ambik awards from love klu ada freetime. Ambik yang mana berkenan...;)

    http://love2cook-msia.blogspot.com/2010/05/awards-and-cards-receiving-day.html

    ReplyDelete
  6. Nor, lupa nak mintak no. tel....hantar kat 013-9218890 ye!

    ReplyDelete
  7. Nor,semoga suami Nor terus sihat dan terus sihat..nanti senang boleh adakan semula kelas Fotografi tu..hehee...cik abang kita nak pi belajor gak la kalau sempat..eh kita pun..hehee. Masak yang berkhasiat je tauuu..jgan ikut tekak Nor tuh jek..wakakaa

    ReplyDelete
  8. salam kak nor...saya doakan semoga hubby kak nor sihat seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  9. syukur kehadrat Allah SWT. Moga Kak Nor tetap kuat semangat mengharung semua ni ya, doa tetap selalu dipanjatkan agar suami Kak Nor bertambah sihat. Sedih hati masa baca, nangis...terbayangkan kalo saya ditempat kak nor masa tu, tak taulah..semua kuasa Allah. Alhamdulillah, besar pahala Kak Nor menjaga suami..insya'allah.

    ReplyDelete
  10. k.erna >> insyaallah.. mekasih k.erna , makin tua makin nk bermanja kan :)

    fa >> tq ya fa sudi berkunjung ke rumah real nor :).. jgn serik2 dtg lagi ya..

    mamasyaza >> insyaallah.. mekasih

    yat >> amiin.. mekasihhh yat ya..

    love >> tq so much love :)

    ummi >> mmg tak leh nak ikut anak tekak nor dah.. kesian kat dia kalau nor masak mcm2 kang :)

    ain >> ain!!! mana menghilang lama ni.. miss u.. mekasih ya.. amiin...

    abbot >> amiin.. mekasih abbot.. setiap ujian pasti ada hikmahnya.. kan..

    ReplyDelete