f Secubit Garam: Jalan2 @ Pantai Batu Buruk, K.Trg

N3 Terkini

Friday, May 7, 2010

Jalan2 @ Pantai Batu Buruk, K.Trg


Salam buat semua..




Petang td K.Nor bawak patient gi jalan2 hirup udara segar kat Pantai Batu Buruk. Bukan berdua aje tp Luqman ikut sekali gak. Yer la kan, kesian gak kat patient yg keboringan, terperam jer kat rumah seharian. Sesekali lihat pandangan luar yg menyegarkan mata mesti la seronok kan.

Bukan lama pun kita org lepak2 kat pantai tu, dlm 1 jam jer sementara menantikan jam 6.30ptg utk amik anak dara habis tuisyen. Luqman cam biasa la seronok bila ke pantai, dpt main pasir dan air laut.. Jom layan sedikit gambar yg sempat disnap masa kat pantai tadi..




Ni nak tunjuk gambar terbaru suami K.Nor, abaikan la yg kat tepi tu ya.. hehe... Dah slim kan dia sekarang. Badan dah banyak susut sejak opperation hari tu. Kalau nak tau, masa kat IJN lg berat badan dia start turun. Tiap2 malam kena timbang sebelum tidur. Dan setiap malam gak la 1 kg turun. Sebelum kita org keluar dr wad aritu, sebanyak 6kg hilang. Rasanya penurunan berat badan ni melalui kehilangan air dlm badan. Apa taknya, sejak opperation, mmg dia kerap buang air. Kalau waktu malam 4 -5 kali mesti bangun utk buang air. Masa kat wad, mmg kena sukat banyak mana (berapa ml) tiap kali dia buang termasuk jumlah air yg diminum. Selama seminggu K.Nor duk sukat dan catat jer jumlah air keluar masuk ni. Menurut nurse kat IJN, ni dibuat supaya doktor boleh tau sukatan ubat/jenis ubat yg perlu diberi pd patient. Lagi pun kata nurse, mmg perlu air dikeluarkan dr badan supaya tak memenuhi dlm ruangan jantung atau perut.

Tapi sejak balik rumah ni, si nurse dah tak sedar langsung bila patient bangun tengah malam utk buang air. Yer la kan, dah teramat penat melakukan tugas seharian macamana la nk sedar kan.. cam tidur mati rasanya. Nasib baik ada toilet dlm master bedroom, tak la risau kalau dia bangun sorang2 tengah malam.. hehe

Sejak balik ni tak tau la banyak mana lagi dia dah kehilangan berat badan. Mungkin 3 - 4 kg lagi kut. Si nurse pun berharap jugak dpt turun berat badan tapi.. huhu.. degil betul metabolisma K.Nor ni. Masa kat IJN turun gak sekilo, sejak balik ni nampak cam tak bergerak jer jarum tu.. geram betul ler.. Kalau turun gak kan best.. hehe


Haaa... pada yg duk tanya luka jahitan kat kaki suami K.Nor. Ni la rupa kaki dia skrg ni. Panjang kan urat yg diambil utk dibuat pintasan kat jantung tu. Betul2 sampai ke hujung kain pelikat tu, area kepala lutut. Pernah gak K.Nor tengok yg org lain punya masa kat wad di IJN aritu, dia punya luka hingga ke pangkal peha!! Lagi la ngeri.. Utk Fmina.. ni la rupa luka suami K.Nor skrg ni, dah ok kan. Dah tak bengkak dan tak merah lagi dah.. semua luka dah kering... Alhamdulillah.. Mesti ada yg tertanya2 ada effect tak pd kaki dia bila bergerak, alhamdulillah.. tak ada. Dia boleh berjalan dgn baik, boleh melakukan fisio dgn baik.. (ermm...dah kurus betis dia skrg ni.. )

4 comments:

  1. salam kak misi!!jalan2 bawak patient amik angin ye. terigt masa pi pantai buruk dulu. stay kat chalet yg berdekatan je.

    panjang gak ye kak urat yg di ambik tu!! saya yg rasa ngilu bila tengok luka tu. Doakan semoga hubby kak nor akan terus sihat selepas ni.

    suddenly terigt sgt2 kat hubby!!!

    ReplyDelete
  2. ain >> haaa... miss u & ur comment!! camni la baru best.. hehe

    hehe.. kak misi kena la jaga hati patient gak kan.. kang kena potong elaun hihi

    ajak dia g check lagi ya.. make sure nothing goes wrong k.. :)

    ReplyDelete
  3. Nor..seramnnya tengok jahitan tu...adeehh (*tutup mata sebelah). Alhamdulillah la nmpak beransur pulih dah suami Nor..sonok eh makan angin tepi pantai.. ^__^ Selamat Hari Ibu jugak wat Nor, semoga tabah menjalani hari2 perit yang dilalui..

    ReplyDelete
  4. ummi >> insyallah.. moga diberi kekuatan menempuh hari2 mendatang... amiin..

    ReplyDelete