f Secubit Garam: Nasi Ayam Ipoh

Friday, May 14, 2010

Nasi Ayam Ipoh

Salam buat semua...


Nasi Ayam Ipoh sudah sampai Tganu... terjangkit dr Siam la ni.. Takper kan, jangkitan mengenyangkan perut, jangan jangkitan penyakit udah la.. nauzubillah... Selama ni duk buat nasi ayam versi K.Nor versi biasa2 jer. Bila tengok Ika buat terasa nak mencuba padahal dah lama Q post resipi ni kat MyR. Memang tak sia2 mencuba, sedap nasi ayam ni. Wangi dan ada kelainan bila letak sos tiram. Sebelum ni bila buat nasi ayam mmg K.Nor tumis sekali daun pandan tp tak pernah pulak letak sos tiram.. mmg terasa la kelainan pada nasi ni. Mcm biasa K.Nor tak letak minyak bijan sbb mmg tak ada stok tp hasil nasi ni mmg tetap wangi.

Yang paling best ialah sos kicap dia tu. Kalau sos lada tu mmg biasa la kita buat kan, ni 1st time buat nasi ayam sekali dgn sos kicap. Memang membangkit selera.. Try la ya..

Q, mintak izin ya K.Nor nak C&P resipi Nasi Ayam Ipoh ni tp K.Nor amik dr rumah Ika sbb tak leh nak masuk MyR. Mekacih jugak buat Ika :)


NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
~ k.nor guna minyak bunga

Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili

10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)



Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


B
ahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun



Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.



Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.


Yg ni K.Nor bakar dlm oven


Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.


Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.