f Secubit Garam: RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO

N3 Terkini

Saturday, May 29, 2010

RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO

Akhirnya.... dpt jugak buat kek Sheila Mambo ni. Dah ramai yg buat kan.. tak per.. tak per.. biar lambat asal buat jugak.. hehe.. Perjalanan resipi kek ni dah jauh kan, dr satu blog ke satu blog. K.Nor amik resipi ni kat rumah Mek Siam. Dah lama plan nak buat tp maklum la skrg ni bz like a bee tu gak.. Tapi dah simpat niat nak buat gak pd 28 Mei (smlm), kut mana2 pun mmg kena buat.

Sebenarnya K.Nor buat ni nak menunaikan hajat sister K.Nor yg kat Puchong tu. Masa duk sembang2 dgn dia aritu (lepas keluar dr IJN) dia ada cakap teringin nak makan kek butter. Nak buat malas katanya. K.Nor pun plan la, nak buatkan utk sister ni. Lagi pun pd 23 Mei baru2 ni harijadi dia yg ke 51. Mulanya K.Nor berhajat nak buatkan kek ni dan berikan pd sister ni masa gi follow up kat IJN last week. Tp disebabkan tak jadi tidur rumah dia masa tu, K.Nor tukar plan buatkan utk dia bila dia balik ke K.Trg hari Rabu baru2 ni. Dia dan anak dara bongsu dia balik kat K.Trg dan sempat tidur 2 malam kat rumah K.Nor. Pagi td dah hantar dia org ke airport utk balik ke KL. Sempat la K.Nor godek kek yg sedap ni.

Alhamdulillah.. mmg sedap, mmg puas hati makan kek ni. Kalau nak tau K.Nor buat 3 adunan sekali gus. Yer la takkan nak buatkan utk dia jer kan, mesti nak rasa gak. Sedang elok jer kek nak masak petang smlm adik K.Nor yg kat K.Berang tu dtg bersama suami dan anak dia utk hantar balik sister K.Nor ke rumah K.Nor. Anak sdara dah siap bising2, sedapnyer bau kek! Bila masak jer, biarkan sekejap dan terus jer potong yg sebiji tu. Yang sebiji lagi asingkan utk sister K.Nor bawak balik ke Puchong. Apa lagi bila dpt makan kek panas2 kejap jer la licin. Tp sebelum tu sempat simpan sket utk posing. Tu pun posing kat dapur jer.. segan wehh nak posing dpn2 org.. hehe Snap pun dgn kamera tecik, gambar pun blurr semacam jer.. Tak per la, asal ada gambar dah la kan..



Kepada tuan asal resipi mintak izin ya nak C&P resipi tu kat sini pulak. Insyaallah akan ada proses buat lagi dan lagi kek ni. Mekacih jugak Ijah, sbb akak amik resipi tu kat rumah Ijah ya.. :)




RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO
sumber dr rumah Ika

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor>>cuma 115g jer
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]>>yg ni pun kita guna fresh milk
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.
Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!


** utk makluman K.Nor dikemudian hari:
utk 2 adunan
gula ~190gm
tambah 1 sudu kecil ovellate
lebihkan sedikit utk adunan plain

Sebelum proses pembakaran

No comments:

Post a Comment