f Secubit Garam: Corat Coret @ IJN, KL ..... part 3

Tuesday, May 4, 2010

Corat Coret @ IJN, KL ..... part 3



Letak munga sket ya.. untuk menceriakan suasana.. hehe


Salam buat semua..


Lepak sini kejap melepaskan penat sambil menyambung episod seterusnya. Sebenarnya K.Nor dan cik abg baru jer balik. Awal pagi td selepas g hantar Luqman ke sekolah, K.Nor bawak cik abg ke taman tempat org jogging kat Pantai Batu Buruk. Dia nak buat ecxercise seperti yg disarankan oleh pakar fisiologi, kena jalan2 lebih kurang 250m utk minggu ke2 selepas keluar dr wad. Alhamdulillah.. dia dpt melakukannya dgn baik sbb masa dlm wad aritu pun dia dah start round2 dlm wad sambil K.Nor iring la.. Kadang tu bila waktu petang K.Nor g amik anak2 kat sekolah pun dia ikut sama, yer la kan, boring duk terperap kat rumah aje.. Lepas dah jalan2 kat taman tu, sambil dia rehat kat bangku yg disediakan, K.Nor amik peluang lak jalan2 kat laluan reflexology.. best!

Ok.. tak melengahkan masa kita sambung episod seterusnya corat-coret di IJN ya.. spesel utk pembaca setia.. Abbot ... :)


18 April (Ahad):
  • Bila tiba time melawat tengahari (12.30 tgh)tu K.Nor tengok suami K.Nor dah dipindahkan ke bilik lain tp masih di ICU gak.
  • Keadaan dia masa tu dah semakin baik, duk relek2 jer sambil tunggu K.Nor dtg jenguk dan suapkan bubur :)
  • Tiba2 nurse cakap dah boleh dipindahkan ke wad Mawar balik. Tp sebelum tu kena buangkan segala tiub kat perut (ada 3) dan yg kat 'bawah' tu.. hehe ... dan tunggu nurse dr wad Mawar dtg amik... Alhamdulillah... legaaaaa dan happy sangat K.Nor masa tu.. :)
  • Lebih kurang pukul 2 ptg dia dibawa naik kerusi roda menuju ke wad Mawar, Kali ni kena duk kat area pemantauan nurse (depan kaunter nurse) Ya Rabbi... punya laaa sejuk area tu, tak ubah duk dlm esbok!! Tiap kali lepas K.Nor mandi atau amik wuduk, terasa tangan mcm dicelupkan dlm air berais!! Manyak sejuk oooo... Malam2 tidur pakai 3 lapis baju (dgn 2 helai baju sejuk tau) dgn selimut tebal lagi.. memang teramat sejuk tambah lagi kalau malam tu hujan.. fuhhhhh memang menggigil..
  • Apapun K.Nor bersyukur sbb K.Nor dh dapat berada di sisi suami dan menjaga dia sepenuh masa, tak la time melawat dlm 1 - 2 jam jer.
  • Semua berjalan lancar hari tu, dia semakin ceria bila dpt jumpa balik teman2 sebilik yg sama2 menjalani opperation.
  • Yg tak bestnya, malam tu... suami start demam ... walau tak tinggi sgt tp tu tak elok utk org lepas opperation. Tapi ikut sesetengah org mmg kebiasaan org lepas opp. akan mengalami demam tp suami K.Nor ni pulak demam berlanjutan hingga 2 hari.. risau sungguh masa tu..

19 April (Isnin):
  • Sepanjang hari ni, tiap kali diambil suhu badan, suhu yg dicatatkan mesti melebihi 37.5 tapi tak melebihi 38.
  • Demam dia tak kebah mana walau diberi makan uphamol ikut time sepatutnya.
  • Lewat malam tu Mr Khin dtg dan bila dia tengok keadaan suami K.Nor mcm tu, dia cakap perlu amik darah utk test jenis kuman yg ada dlm badan suami utk dipastikan jenis ubat yg perlu diambil bg melawan kuman tu.
  • Tapi sebelum tu dia cakap something yg melegakan hati kita org.. pemindahan darah semasa pembedahan tidak menunjukkan apa2 penyakit lain.. alhamdulillah..
  • Pastu utk darah yg diambil tu akan tau resultnya 3 hari lagi.. Kena tunggu 2 hari lagi lepas tu utk memantau keadaan bila dah diberi ubat baru.. huhu... dlm hati lambat lg laaa boleh keluar :(

20 April (Selasa):
  • Pagi tu K.Nor start mengelap badan suami utk meredakan demam dia dgn menggunakan air biasa jer.
  • Alhamdulillah, lepas tu tiap kali nurse dtg check suhu badan dah tak demam lagi dah.. suhu yg dicatat dibawah 37.5..
  • Walau dah turun dr tahap demam, K.Nor tetap lap badan dia 3 - 4 kali sehari. Pastu bawak dia turun (guna wheelchair) ke lobi dan area cafe utk mengambil udara asli, merasa panas matahari tak la duk dlm suasana sejuk aircond jer..
  • Cuma yg jadi masalah adalah tekanan darah(bp) dia yg tak stabil.. antara 140 - 160. Tiap kali nurse dtg nk bp, mesti dia gemuruh duk pikir apa ntah.. ish.. tiap kali tu la K.Nor kena tenangkan dia, ajak dia berzikir sama2 dan jgn duk tension2 sangat.
  • Sebelum ni (sebelum dibedah) bp dia ok jer tp sejak dibedah pernah sekali tu dlm ICU bp dia mencecah 189!
  • Demam dah kebah tp bp jer yg masih tak kebah.. bimbang gak tau..

21 April (Rabu):

  • Hari ni suami K.Nor dah tak demam lagi dah.. alhamdulillah.. tp K.Nor still lap badan dia supaya betul2 kebah dr demam ..
  • Start hari ni suami K.Nor dibawa turun ke pusat fisio.
  • Utk kali pertama ni, dia cuma menjalani fisio yg ringan2 jer pastu baru la ditambah atau dipanjangkan tempoh fisio utk hari seterusnya (3 hari semuanya).
  • Lepas abis buat fisio K.Nor bawak dia ke area cafe, masa tu dah hampir jam 11.30 atau kadang tu 12.00 tgh. Masa tu la K.Nor amik peluang beli lunch utk K.Nor dan dia lak duk kat tepi laluan tu sambil lepak2 tengok org lalu lalang hehe..

22 April (Khamis):
  • Masa nurse duk amik bp, check suhu badan (rutin harian) K.Nor try la bertanya dia, camna dgn result darah yg diambil malam tu.
  • Alhamdulillah.. dia kata result dah sampai dan dia tengok tak ada apa2 kuman lain dlm darah suami K.Nor.. syukur pada Mu Ya Rabb.. legaaaa...
  • Nurse kata nanti nak pindahkan suami K.Nor ke bilik wad yg kita org mula2 duduk dulu.. yess!! happy sgt sbb ni menunjukkan suami K.Nor makin pulih dan tak perlu lg kita org duk dlm 'esbok'!! hihihi

23 April (Jumaat):

  • Malam tu Mr Khin dtg dan beritau sekali lg ttg result darah dan dia pun nampak happy gak dgn bila tak ada tanda2 kuman lain dan keadaan suami K.Nor yg dah pulih dr demam..
  • Dia kata esok boleh la dicabut drip yg ada kat leher suami K.Nor tu sbb dah tak perlu dicucuk antibiotik lagi dah..
  • Dia pun cakap insyaallah hari Isnin atau Selasa suami K.Nor boleh keluar wad alhamdulillah.. ikut aje la kan, walau hati dah meronta2 nak balik, nak peluk anak2.. rindu hati tu bukan main lagi... mana la pernah K.Nor berpisah dgn anak2 sebelum ni.. lama lak tu.. hu hu..
Khas utk tatapan Along.. :)
(Yg kat leher tu drip)


24 April (Sabtu):
  • Lepas K.Nor dan suami solat Zuhur, kita org duk rest kejap sementara nak lunch tup2 Mr Khin dtg menjengah.. K.Nor belum sempat buang telekung pun lagi masa tu.. hehe..
  • Rasanya dia baru abis buat opp. sbb masih pakai seragam hijau lagi tu..
  • Dia tengok chart harian suami K.Nor terus dia cakap, ok.. dah boleh discharge today or tomorrow.. aik.. smlm cakap hari Isnin! (lupa nak cakap bila dah dipindahkan ke bilik lama ni, bp suami makin menurun dan terus stabil.. alhamdulillah.. agaknya dia sendiri tak leh tahan dgn suhu sejuk kut.. tu yg bp tinggi jer )
  • K.Nor siap tanya balik boleh ke balik, boleh ke dishcharge today? Terus dia jawab YES!!
  • Apalagi cam org ngantuk disorong bantal.. kita org mesti la nak balik kan.. terus la jawab nak hari ni gak.. hehe..
  • Dia kata lepas settle semua dan dah dpt ubat boleh la balik.. oyeaahhh..
  • K.Nor terus call sister K.Nor beritau yg dah boleh balik.. dia lak terkejut padahal masa pg tu dia dah call, tanya bila boleh balik, K.Nor cakap la maybe hari Isnin..
  • Okay, katanya nanti lepas Asar dia dan anak dia dtg amik..
  • Terus K.Nor packing barang2 lepas lunch..
  • Pastu g jumpa patient2 lain yg rapat dgn kita org sebelum ni utk kali terakhir sebelum balik.
  • Bila nurse dtg bg ubat dan bg surat2 semua, K.Nor dah suami pun turun dan masa tu sister K.Nor dah tunggu kat depan pintu lif bawah tu.. alhamdulillah
  • Berakhirlah 'honeymoon' yg melebihi jangkauan selama 13D 12N at IJN, KL.. :)
  • Kami pun menuju ke Puchong Putra Perdana dan bermalam 2 malam lg kat situ.
  • Amik peluang dulu rehat2 sket sebelum bertolak balik ke Tganu dgn Airasia, hari Isnin malam.

26 April (Isnin):
  • Flight berlepas dr LCCT pkl 8.00 mlm dan tiba kat airport Tganu lebih kurang pukul 8.45mlm. Diluar balai ketibaan Luqman sedia menunggu dgn SIL dan MIL K.Nor.. (Aisyah menunggu kita org kat rumah jer)
  • Bila dia tengok jer kita org keluar, terus dtg meluru dan memeluk ayah dia dan K.Nor.. dia siap menangis lagi tu.. hehe.. sedih sgt bila kena tinggal lama2. Tak pernah lagi kita org berpisah lama gini.. (psst!! warning.. warning.. K.Nor tak nangis ya.. kang ada yg kata tu nanti yg K.Nor nangis gak tuh.. hehe..)
  • Bila kita org keluar, ternampak pulak 4 org geng foto cik abg yg turut sama menunggu kepulangan K.Nor dan suami.. baik betul dia org ni.. mekasih ya...
  • K.Nor biarkan suami naik kereta dia org dan K.Nor pulak naik kereta SIL menuju ke rumah..
  • Home Sweet Home.. alangkah nikmatnya bila dpt kembali ke rumah.. Alhamdulillah..


~~~~~~ THE END ~~~~~~
Tamat la sudah cerita CoratCoret@IJN, KL..

Pada tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang.. K.Nor dan suami panjatkan kesyukuran atas limpah kurniaNYA yg telah mempermudahkan segala urusan pembedahan dan pemulihan,perjalanan pergi dan balik, urusan anak2 yg ditinggalkan dan segala2nya selama K.Nor dan suami berkampung di KL dan Puchong. Pada semua yg mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat kita org, K.Nor dan suami ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah juga yg dpt membalas budi baik semua yg baik hati.. Semoga ukhwah di antara kita semua berkekalan mekar selamanya.. amiin...

Dan tak lupa jugak buat Dr Azlan, Mr Jeswant dan Mr Khin serta semua kakitangan wad Mawar dan ICU Blok A serta guard2 yg sangat baik hati kat ICU.. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dgn sebaik2 pembalasan dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan dlm kehidupan, di dunia dan di akhirat.. amiin...


Lepas ni akan menyusul N3 baru,teman2 yg baik hati yg sudi menziarahi suami K.Nor semasa dia dlm IJN dan jugak kat rumah sister di Puchong. Tak lupa.. yg dtg kat airport! :)