f Secubit Garam: Singgang Sotong

N3 Terkini

Monday, May 3, 2010

Singgang Sotong


Ermmm......... dah lama tak tayang N3 masakan kan.. ada gak la rasa meroyan sket2 hehe.. Dah la lama bercuti, dapur mesti la MC gak. Bila dah balik rumah ni kena la masak yg simple2 jer. Yang rebus2, kukus2, panggang2 jer la kan.. Nak buat camna dah ada patient kat rumah ni. So kena la masak yg boleh dia makan kan. Nak masak yg lain2 tu, kang kesian pulak bila dia tengok atau terhidu bau masakan.. Jadi tukang masak pun masak ala kadar jer la.. Ni menu minggu lepas ya.. tak sempat nk hapdet tiap2 hari skrg ni. Duk terperam jer dlm kamera tu.. Bila lapang sket ni baru boleh hapdet..



SINGGANG SOTONG
  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah
  • Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  • Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  • Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  • Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
  • Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
  • Boleh la dihidangkan panas2..

8 comments:

  1. assalamualaikum kak nor..wah nampak cantik je sotong tu berendam.. sedapnya makan singgang cam ni panas2 tu ngirup kuah.biasa makan singgang ikan je..tringat masa bepantang lak

    ReplyDelete
  2. AsSalam k.nor...ermm sedap nyer nampak singgang sotong tuh..sy suka lau jenis masak cenggini..lgpon ada patient kat umah mesti kena kontrol segala pemakanan kan..pape pon semoga hubby akk cepat sembuh seperti sediakala..amin..

    ReplyDelete
  3. salam k.nor..xpela kak..singgang pun singgang la..yg pntg sedap dan dr gambo ni pun memang
    nampak sedap gak..sy doakan hubby akak cpt smbuh ye..:))

    ReplyDelete
  4. salam k.nor..menarik gak singgang versi kaknor nih...yg kite biasa buat takde taruk belacan ngan daun kesum tu...

    ReplyDelete
  5. bagusnye dpt resepi ni..sy xtau sotong nk msk ape..balik2 msk sambal/ msk itam/ buat tomyam

    ReplyDelete
  6. nor..terima kasih..nak cuba jugak ni..singgang ikan akak dah cuba buat..sedap juga kan..masakan singgang ni..

    ReplyDelete
  7. salam. semoga akak sefamily sihat selalu..saya dah penah cuber resepi singgang akak.

    kali ni nak buat lg siap ngan nak c&p resipi akak yer...thanks

    ReplyDelete
  8. izah >> akak mmg suka wat singgang sotong ni, pastu hirup kuah tu.. best..

    aroha mizwa >> try la buat singgang sotong ni pulak ya.. kut2 kena dgn selera ...

    amiin.. mekasih ya.. mudah2an dimakbulkan

    kamalia >> insyaallah.. mudah2an..

    aisyah >> try la buat versi ni lak syah..

    noradzlina >> cuba jgn tak cuba.. mudah2an kena dgn selera :)

    k.erna >> try la kak.. hirup kuah panas2 best! :)

    eliza >> w'salam eliza.. amiin.. mekasih..

    mekasih gak sudi try mcm2 resipi akak.. sila la nak c&p resipi.. mudah2an resipi2 yg dicuba menjadi ya.. :)

    ReplyDelete