f Secubit Garam: Simple Tapi Menyelerakan..

N3 Terkini

Wednesday, May 19, 2010

Simple Tapi Menyelerakan..

Tadi masa duk sembang2 dgn Farah Salwa kat FB, dia beritau lauk lunch dia hari ni.. Sambal Sardin dan Telur Dadar. Wahh.. lauk pebret K.Nor ni. Dah lama benor tak masak dan makan lauk sardin dgn telur dadar. Kenapa ya, tiap kali masak sardin mesti nak gu dgn telur dadar.. Memang partner sejati dua lauk ni. Masa tu ralit benor duk kat FB sambil lepak2 hilangkan penat menyental toilet. Padahal waktu tu dah pkl 12.00 lebih. Tak kisah la arini duk sorang2 kebetulan patient keluar dgn kawan dia ke Kerteh atas urusan kerja dgn Mesra Mall yg terpaksa gak pergi (kawan dia drive, bukan dia ya..) Seperti diseru2, terus masuk dapur. Keletung kelentang tak sampai 1 jam, siap lauk lunch K.Nor. Sambal Sardin, Telur Dadar Bercencaluk dan nasi putih. Ulam timun tak ada la pulak.. tak kisah la..

Ni dia Sambal Sardin, simple jer..
Org kat Jepun jgn meraung ya.. dah sampai ke belum stok sardin? :)



Telur dadar bercencaluk. Ikhlas K.Nor cakap idea masak telur dadar ni hasil dr Che Mat Gebu. Dah acapkali K.Nor buat ni, memang sedap. Tadi main campak2 jer, tak refer dah kat resipi asal Che Mat sbb nak cepat. Dalam telur dadar ni K.Nor letak telur ayam, cencaluk yg diperah buang airnya, hirisan cili merah, bawang besar yg dicincang dan hirisan daun sup. Jgn letak garam sbb cencaluk tu dah masin. Gaul sebati dan goreng.. Rasanya semua dah pandai masak telur dadar kan..


Ok dah dihidangkan... Jom makan ...


Untuk makluman semua, tak akan ada show baru utk 2 - 3 hari ni sbb tuan rumah nak ke KL lagi esok. Hari Jumaat ni patient ada follow-up dgn dengan doc kat IJN. Insyaallah malam tu gak kita org berangkat pulang. Tak boleh lama2 sbb anak2 tak ikut lagi kali ni sbb minggu depan dia org ada exam pertengahan tahun. Aritu dah request nak date follow-up time cuti sekolah (bulan Jun) tp dah penuh. Terpaksa gak gi yg 21 Mei (lusa). Jumpa lagi ... insyaallah..

9 comments:

  1. wah..ikan sardin fav ank dara kite...
    nk infm akk, sy dh cuba lauk ayam black pepper tu..pergh mmg sedap la...cuma sy xguna minyak bijan, minyak msk yg biasa jek pun sedap tahnx ye kak for the recipe

    ReplyDelete
  2. Simple ke kak??? I love itttt!!! mintakkk...;)

    ReplyDelete
  3. Baby Development - Month 4 - 6 plak...yay! ^_^

    ReplyDelete
  4. betullah kak, sy pun klu msk sadin mesti nak kena ada telur dadar. mcm tak lengkap klu tak de. nape yek??

    ReplyDelete
  5. eeeemmmmmmmm... menyelerakan! apa salahnya sesekali makan masakan yang simple kan? senang, cekap dan sedap. hehhehe

    ReplyDelete
  6. simple2 cam gini lg menyelerakan...!

    ReplyDelete
  7. emmm...hubby kita suka lauk cam gini...tapi kita pulak kurang lauk sardin ni...tapi tang telur tu ima terliur sangat...huhuhu

    ReplyDelete
  8. salam nor..sedapnya telur goreng cencalok tu..dulu cm pernah buat..teringin la pulak.terima kasih...kasi ingat:)

    ReplyDelete
  9. lin >> k.nor pun tak guna gak minyak bijan, mmg tak pernah beli :).. kredit tu utk ina@hana tu lin, sbb resipi asal milik dia :)

    love >> waaa... love pun minat gak sardin + telur dadar!! hehe

    saiful >> belajar.. jgn tak belajar :)

    ain >> ntah la ain.. mmg dah ditakdirkan sardin dgn telur dadar tak leh dipisahkan kut hehe

    mama ieta >> sokong 200% heeee........

    ita >> wah... ramai yg pakat setuju ya.. :)

    ima >> try la ima, sedap tu telur dadar letak cencaluk, tp jgn lupa perah dulu air dia dan jgn letak garam dah ya.. dah cukup masin tu.. dan dlm lauk sardin, cuba masukkan perahan limau nipis lepas dah siap masak tu. baru tak hanyir lauk sardin..

    CManggis >> sama kaseh CM :)

    ReplyDelete