f Secubit Garam: Limpa & Hati Berempah

N3 Terkini

Wednesday, February 16, 2011

Limpa & Hati Berempah

Assalamualaikum...

Dah lama simpan resipi Adygreatsworld ni. Pantang tengok menu berasaskan hati atau limpa, mesti nampak sedap jer sbb K.Nor mmg suka makan lauk berasaskan bahan2 ni. Kalau kat kenduri mesti cari2 hati atau limpa atau paru dlm masakan gulai daging atau daging masak merah. Tapi anak2 K.Nor sorang pun tak suka makan benda ni. Nak kata menurun selera ayah dia org tak jugak sbb cik suami pun sepesen dgn K.Nor gak yg sukakan hati/limpa/paru ni. Tiap kali kalau terasa nak makan lauk hati kena campur hati lembu ni dlm masakan lain. Tapi kena potong besar2 sket la supaya anak2 boleh bezakan yg mana hati dan yang mana daging.


Ehh dah jauh perginya ni. Jom la layan resipi Limpa Berempah dr Ady ni. Mintak izin ya Ady, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak..

LIMPA BEREMPAH
resipi : Adygreatsworld
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya:
1 kg limpa, direbus dan dibuang kulit dan lemaknya dan dipotong ikut suka ~ k.nor campur dgn hati lembu
2 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan kicap lemak manis
½ cawan air
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
sedikit jus asam jawa ~ yg ni k.nor tambah
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan rendam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging dan juga kicap. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa dan juga air.
3. Masukkan limpa dan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan daun ketumbar. Gaul sebati selama 5 minit. Padamkan api dan siap untuk dihidang.

21 comments:

  1. as salam nor,maceh bg penerangan tntg velvet cake tu..cuba lah buat nor.memang tersangatlah sedapnya..akak kalau buat,bila dah rasa mesti nak lg,pastu nak lagi,kejap2 nak lagi..hehe

    meh sini limpa tu semangkuk..feveret kita orang seisi rumah ni nor.

    ReplyDelete
  2. Kak Nor..naz pun suka hati dan limpa..kalau limpa tu potong nipis2 dan goreng garing2, best kan..Ishhhhh kak Nor ni..SUka menggoda dgn masakannuya..Boleh la bila2 Naz gi umah akak jamu selera eh..Terengganu dgn Kelantan bukan jauh.. Lebih2 lagi Naz selalu jugak lalu T'ganu bila ikut hubby out station ke Pahang(UIA)..

    ReplyDelete
  3. kak norr....saya suka jugak makan menda2 ni..tapi hubby cam tak suke je.tak best tak de kawan..tapi dulu time belajo mmg suke makan kat cafe lauk ni

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..miss u..akak sihat ke?saya pun mcm ank kaknor..tak suke hati n limpa.tapi, nnt nak buat gak guna daging je..

    ReplyDelete
  5. k.nor,saye pom suke hati,limpa,paru=)best2=)

    ReplyDelete
  6. assalam nor..tak sangka kita serupa.akak pun suka..kalau hati dimasak kicap aje pun akak dah suka sangat..
    terima kasih resepi ni..insyaallah dah da dapat beli nanti nak buat jugak..

    ReplyDelete
  7. mokwo pung sukaa...tapikan kalau mokwo masak hati, kenapa ek dia jadi hanyir darah dan keras kejong?? any petwua??

    ReplyDelete
  8. salam kak nor..
    saya suka gak hati & paru.. tapi limpa tak berapa suka sangat sbb dia lembek2 gitu.. hehe.. tapikan.. tak berani nak mkn selalu sebab high cholesterol.. sesekali bolehlah msk bila teringin.. hmm.. kebetulan kat rumah ada sikit campuran hati, limpa & paru yg jiran bagi masa korban dulu.. punyalah lama kan? sampai skrg tak masak2 lagi tu sebab benda2 tu semua dlm kuantiti yg sikit jer.. tu yg rasa nak masak alang2 la pulak.. sampak terlupa benda tu ada dlm freezer.. tengok lauk kak nor ni baru teringat.. rasa nak cuba gaklah resepi ni.. ingat nak campurkan je semua tiga2 jenis yg ada sikit2 tu.. dpt semangkuk jadilah utk sekali mkn.. heee.... thanks kak nor sbb rajin mencuba resepi2 baru yg nampak menggiurkan.. saya tukang tiru... hahaha...

    ReplyDelete
  9. hati dan limpa.. tingat iklan raya petronas pulak... kak rose suka hati tp x limpa tu, abang lagi lak... suma nehi nehi!!

    ReplyDelete
  10. kak nor...peberet family mas kalau limpa ni...
    selalunya lepas rebus mas potong nipis2 dan goreng dulu sebab suka garing....
    terliur betul tengok limpa berempah kak nor ni....
    nnti nak buat la....he..he...

    ReplyDelete
  11. salam akak...

    lame dok kaca kak nor ^_^

    same gok kalu p kat jamuan mesti jee cari 'bende' niii...mareng byk gok bleh ^_^

    kata org x elok utk hafal quran mkn brg organ2 niii....

    **moge sihat**

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak Nor, berselera tengok limpa masak mcm ni. Sebenornye dah lama betul tak mkn limpa, tu yg terliur bila nampak ada kat sini.

    ReplyDelete
  13. sedapnya limpa tu...goreng biasa2 pun best kan..tp memang pun budak2 skrg dah x pandai mkn benda tu..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...
    Kak nor saya suka makan yang ni tapi x reti nak masaknya. cam mana yea kak?

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum...

    k.anim >> mmg nak try RV tu, tunggu masa dan ketika yg sesuai dulu.. hehe...

    naz >> oo selalu ulangalik kat sini la ya.. insyaallah ada jodoh boleh jumpa satu hari nanti :)

    izah >> kalau camtu, akak rekomenkan izah masak jer lauk cam gini dan masukkan daging sekali. utk dia serve jer la daging tu, asingkan part hati/limpa utk izah. tp kena potong dlm saiz berbeza utk hati/limpa, senang nak asingkan. tu yg k.nor buat kalau terasa nak makan hati/limpa. anak2 boleh amik part daging, k.nor dan cik abg amik part hati/limpa :)

    ReplyDelete
  16. lia >> w'salam lia.. ha... dah sampai pun rumah k.nor.. lamanya bercuti ya lia :)

    boleh aje lia nak guna daging, masak jer spt biasa ikut dlm resipi ni tp tukar limpa tu ke daging. k.nor suka masakan ni, sbb rasa rempah/sambal dia tu sedap :)

    zawani >> ^____^

    k.erna >> try la kak, sedap masakan ni bg anak tekak nor :)

    mokwo >> ada cara nak kasi hilang bau darah tu. gaul dgn tepung gandum + air sket pastu perap gitu utk 15 min. pastu bilas bersih2.

    pastu kalau tak nak bg hati tu keras kejung, masa masak jgn bukak api kuat sgt sbb hati ni tak leh masak dgn api kuat. cam ia masak cara terkejut gitu kalau guna api kuat. so kena bukak api sederhana jer dan jgn masak terlalu lama sgt. try la mokwo ya.. :)

    ReplyDelete
  17. saya ni pandai buat hati masak kicap je lah kak nor. itu yg anak2 suka pun.

    ReplyDelete
  18. madiha >> yep, k.nor pun jarang2 jer makan. dua tiga bulan sekali makan hati/limpa gini.

    kalau sikit sgt boleh campur dgn daging lembu gak. boleh la anak2 yg tak suka hati/limpa makan yg daging tu :)

    tiru jer, k.nor pun tiru gak masakan org lain hehe

    k.rose >> try la masak campur dgn daging sekali pastu asingkan masa serve tu cam nor cakap ke izah td :)

    ReplyDelete
  19. mas >> buat la mas, sedap rempah dia tu.. makan dgn nasi panas2.. perghhhh!! best :)

    liza >> makan sekali sekala tak per la kan.. bukan makan hari2 :)

    alhamdulillah.. sihat dgn izin Allah :)

    azlina >> try la, bg k.nor mmg sedap masakan ni.. :)

    cikgu nor >> yep, sama cam sister k.nor. dia suka tp sorang pun anak dia tak suka makan :)

    sam >> tu dah ada resipi, try la masak.. psstt!! tambah lg homework ya :)

    ReplyDelete
  20. adzriel >> ok la tu, at least anak2 adzriel suka gak makan hati.. kalau anak2 k.nor sori la.. mmg dia org tak makan langsung :)

    ReplyDelete
  21. salam kak nor..
    malam tadi dah selamat saya korbankan hati, limpa & paru korban dlm esbox saya tu.. hehehe... bila sy dah defrostkan.. rupa2nya byk jugak dptnya kak.. ingatkan sikit sebab benda tu dok dlm tipuware yg agak besar masa jiran bagi tu.. tu yg ingat sikit jer.. lgpun.. masa tengok tu mungkin dok fikir nak masak asing2 kot.. tu yg rasa mcm sikit.. tpi bila dah masak semua sekali mmg dekat sekilo gak dptnya... memang sedap resepi ni.. tunggulah sy update nnt ye... rasanya lmbt lgi kot sbb byk n3 tertunda lagi nih.. hehe... thanks kak!

    ReplyDelete