f Secubit Garam: Terima Kasih....

N3 Terkini

Tuesday, February 1, 2011

Terima Kasih....

Salam buat semua...


Mula2nya nak ucapkan jutaan terima kasih pada yg sudi berkunjung ke SecubitGaram selama 3 hari yg lepas. Terutamanya buat yg tinggalkan komen2 tu, terima kasih sekali lg dan mintak maaf ya sbb K.Nor tak dapat nak balas satu persatu komen kat shoutbox. Pada komen yg kat n3 insyaallah akan K.Nor balas bila kelapangan nanti.

Sebenarnya pd 3 hari berturut tu kesemua n3 tu adalah n3 berjadual yg dah K.Nor setkan awal2 pd Jumaat malam (28 Jan) Selama 3 hari tu K.Nor tak ada kat rumah hehe.. Pada pagi Sabtu, K.Nor sekeluarga bertolak ke Kota Bharu utk menghadiri kenduri perkahwinan adik kepada teman alam maya yg sebelum ni tak pernah jumpa, yg hanya bersembang kat forum MyResipi dan juga melalui panggilan talipon. Pasangan yg berkahwin ni merupakan kawan satu batch dgn Along kat Jordan nun. Dia org amik kesempatan berkahwin masa balik bercuti sekejap ni. Alhamdulillah.. semua telah berjalan dgn baik..

Lepas kenduri yg kat Kg Sabak tu K.Nor terus ke airport yg kebetulan dekat jer dgn rumah pengantin perempuan. K.Nor dan Along amik penerbangan dr KB ke KL manakala yg lain2 balik ke KTrg. Selama 3 hari tu K.Nor dan Along stay kat rumah sister K.Nor di Puchong tu. Masih ingat lagi Biskut Coklat Chips yg K.Nor buat baru2 ni? Haaa... biskut tu lah yg K.Nor bawa ke Puchong utk majlis aqiqah dan cukur jambul cucu sdara ke 3 baru2 ni tu. Sister K.Nor pun buat majlis tahlil utk arwah suami dia yg meninggal tahun lepas. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn baik walaupun seharian hujan kat sana. Minta maaf lah ya, sbb K.Nor tak dapat nak menjemput sapa2 ke majlis tu. Sebab sister K.Nor buat majlis secara sederhana jer.

Insyaallah K.Nor akan masukkan sket gambar2 masa majlis tu bila dah free nanti. Hari ni ada banyak benda nak kena settle, almaklum ler dah 3 hari tinggalkan rumah ni... Sampai kat rumah semalam pun sempat baca komen2 jer, tak sempat nak balas dan nak berkunjung balas ke blog2 lain lagi.. Terima kasih sekali lg ya buat yg sentiasa meninggalkan komen samada kat shoutbox maupun kat n3. Insyaallah akan K.Nor BW balik nanti.. Jumpa lagi... :)


11 comments:

  1. huh..padan lah senyap jek..tipah tertipu lah ni ya.mati2 akak ingatkan nor dok riang ria kat ganu tu rupa2nya dah lepas dia ke KL nun..hehe

    ReplyDelete
  2. o ptt pom sunyi jee..hihihi...mmm,aqiqah ank fajar ek..=)alhamdulillah seme b'jln ngan lncar ye=)

    ReplyDelete
  3. ooooooo patutpun senyap jeee..! ingt majuk..hehe

    ReplyDelete
  4. sma-sama kasih..muehehehee..
    bizi sungguh kakaku sorang nih...bawak2 rehat kak..

    ReplyDelete
  5. salam kak nor. Ada masa ajarlah kami mcmna nak dptkan gambar yg menarik.tips2 dia.ka nor punya gambar menarik sgt2. terutama air bandung laici. mak aih air dia nampak betul2 mengalir wlpn ianya sekeping gambar; jug bandung laici sedang dituang ke dlm gelas

    ReplyDelete
  6. salam kak...
    saya yg 1st time baca nih pun rasa terharu dgn kata2 akak...

    ReplyDelete
  7. ooooo...gitu kisahnya...
    sama2 kasih kak nor...
    cantik bunga tu...

    ReplyDelete
  8. naik kapal terbang kukis kak nor yer.. saya pun tak pernah naik kapal terbang lagik tau... dahsyat kukis akak.. hehe... ok kak.. settlekan dulu kain baju bagai pastu barulah pos cerita2 seterusnya yer...

    ReplyDelete
  9. it's oklah tu kak nor...janji akak happy bersama family dan blog akak tak sunyi dgn n3...hehehe

    ReplyDelete
  10. salam semua..

    k.anim >> hehe saja jer la tak nak kasi heboh nor tak ada kat rumah :)

    zawani >> yep anak fajar la tu :)

    pia >> hishhh!! tak kose nak majuk2 nih.. hehe

    ana >> dah tamat pun kebizian akak ana, arini baru boleh lepak2 sket :)

    ReplyDelete
  11. loomotbroochshop >> kalau nak belajar boleh gi ke tolahah.com ya.. boleh bertanya mcm2 soalan nak amik/shoot gambar dgn dia. tp buat masa sekarang ni web tu tak leh nak masuk lg ada problem dgn server. hari ni kut baru boleh contact dgn owner server tu, tengok lah camna, kalau perlu tukar server lain atau tidak. sementara tu kalau ada apa2 boleh gi ke blog suami saya yg lagi satu iaitu exlore terengganu atau boleh ke flickr dia.. cuba tengok kat n3 ni http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2011/02/gangguan-sementara.html saya ada letak link kat situ.. tanya jer apa2 yg nak tau/belajar, insyaallah dia akan ajar ya.. :)

    azian >> hehe.. sabar.. mekasih azian ya :)

    mas >> yer mas, gitu la kisahnya hehe

    madiha >> haha.. kukis akak lg hebat la ya hehe

    nieza >> tu pasal la, kalau akak tak buat n3 berjadual gitu, mesti org duk tertanya2 kenapa senyap sunyi jer kan :)

    ReplyDelete