f Secubit Garam: Mr Crab

N3 Terkini

Wednesday, February 2, 2011

Mr Crab

Penat betul arini.. Akibat mencari Mr Crab la nih.. Menu terakhir dlm request list by si anakanda. Nak tak nak kena cari gak sbb dah tak banyak hari lagi dia kat sini. Pagi td K.Nor ke Sabasun sorang diri. Nak shopping barang dapur dan sambil tu cari mr crab gak. Biasanya mmg ada kat Sabasun tp tak nampak la pulak arini. Dah abis shopping kat Sabasun terus ke Pasar Chabang 3. Puas mencari, sekor habuk pun tarak! Pakcik penjual cakap, bot2 nelayan tak ke laut dek angin yg cukup kuat akhir2 ni. Tambah lagi ombak pun ganas ler jugak. Kata penjual ikan sorang lagi, dah dua buah bot tenggelam dek angin dan ombak yg kuat ni. Ikan2 pun tak berapa segar jer tadi.

Bila dah tak jumpa gak mr crab kat pasar, K.Nor ke Mydin. Tak sempat pun masuk Mydin sbb jalan ke parking tu dah cukup sesak. K.Nor drive balik rumah dan call cik abg, ajak dia ke Mydin naik kuda besi jer. Senang sket, bukannya nak shopping barang2 lain pun, cuma nak cari mr crab jer. Bila cari kat bahagian basah, tak ada jugak mr crab.. adehhhh... Keluar Mydin ajak lak cik abg ke Giant. Dlm hati duk doa jer harap2 ada la mr crab kat situ. At last!!! Ada jugak mr crab walau saiz tiap2 satu tu kecik2 jer, kecik sket dr tapak tangan. Tak per la.. asalkan ada dah syukur sgt2..


Memang dah plan dgn Along nak masak Chili Crab sebelum ni. Cari2 resipi, jumpa resipi Chili Crab kat rumah Mek Jepun nun.. Bahan2 mudah aje, terus jer copy & save resipi. Alhamdulillah.. bila dah masak dan makan, sedap jer rasa Chili Crab ni. Seronok tengok anak2 duk meratah ketam tu (terutamanya Along).. Punya la lama tak masak ketam kes malesssssssss nak perisi ketam utk anak2. Dolu2,, kalau masak ketam mmg sakit jiwa sbb kena perisikan utk semua anak2 baru la si emak boleh makan.. Skrg anak2 dah besar dan dah boleh perisi/makan sendiri ketam, lega la sikit heeee... Mekasih banyak2 Ina@Hana ya.. K.Nor kopipes resipi tu kat sini.


CHILI CRAB
source: hanamemories.blogspot.com
source: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
3-4 ekor ketam size sederhana - belah dua cuci bersih
10-15 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2
1/4 biji bawang besar kuning @ 4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
air asam jawa
sebiji telur
gula dan garam

Cara-cara
Rebus@celur cili kering dengan air panas. Basuh dan toskan.
Blend cili bersama bawang merah dan putih.
Panaskan minyak (minyak lebih sket dr tumis biasa), tumis bahan blend hingga pecah minyak dan cili masak. jika kering tambahkan air lg..Masukkan air asam jawa. Gaul.
Masukkan gula dan garam. Masukkan pula ketam.Gaul.
Masukkan sedikit air dlm 1/4cawan. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak dan cili agak kering. sesekali balik2kan takut hangus bhgn bawah.
Buka penutup, kecilkan api, kocok2kan telur dan siram atas ketam. Gaul mesra. Matikan api.
Hidangkan dengan menaburkan daun bawang/ketumbar.

12 comments:

  1. kak..... diketika dan saat ini kitaorg tgh tgk cter mr.crab sepanbob... alangkah logiknyer jika mr.crab akak tuh dihidangkan bersama sambil nengok sepanbob! hihihi

    ReplyDelete
  2. My Hubby and son should not see this! Hehehe..!

    They both love crab..me not, mmg tak makan. Love takut sgt nak pegang...mana nak beli dan bersihkan pulak. haishhh...

    Usually my Mum and Aunt kat Puchong yang buat crab curry and serve my family. Love suka the curry or gravy dia je.

    The chilli gravy with the crab is truly tempting me now kak! U made it so delicious ;)

    ReplyDelete
  3. kak Nor terliur nyer tengok.... ni nak kena pindah sebelah umah akak ni... senang ulur pinggan aje.... hihihi

    ReplyDelete
  4. ya Allah akak...
    akak kna stop publish resepi ni kak...
    sakit tekak saya duk telan air liur je ni,huhuhu...

    oh sedapnyeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. huwaaaaa...nak crab juga....sekali baca bila k.nor kata naik kuda besi...teringat kuda berpusing kat IOI mall punchong tu..aissshh takkan k.nor dok naik tu....hehehehe....gurau jer k.nor..

    ReplyDelete
  6. sedappnya crab....mas suka...
    terliur mas tengok crab k.nor ni...

    ReplyDelete
  7. kat tempat akak sedang banyak pulak mr crab ni nor..merata2 ada kat pasar sini..agak2nya mr crab beralih angin lah tu ya..

    ReplyDelete
  8. salam kak,

    yelah sesekali balik, mesti mengidam nak makan macam2, lbh2 lagi dr air tgn ibuny sendiri...

    sy dulu kan tk suka durian, pastuh sy duduk asrama duk teringat bestny klu dpt mkn durian, terus lps tu suka mkn durian, kes mengidam tak dpt makan sbb duduk asrama, hehehe... sbb arwah ayah sy kuat mkn durian, so klu musim mmg adalah kat rmh...

    ooo kak mydin tu siap ada pasar basah ye, patutlah kwn sy kata mydin ganu tuk agak terkenal di ganu tu...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Nor,
    Syukur alhamdulillah...dapat juga akak carikan ketam tu...pengorbanan yg besar seorang ibu...sebelum balik semula,mmng rasa semuanya nak beri anak rasa ya kak..kalau tak dpt tu..rasa ghalat je nanti..

    ReplyDelete
  10. ina >> haha.. sedang elok jer ya duk layan spongebob dan kuncu2nya tu..

    mekasih ya, mmg sedap resipi chili crab nih, along suka benor :)

    love >> hehe.. mmg ler, kalau org lain yg masak mmg sedap nak2 mother kita kan..

    try la resipi ni love, sedap :)

    ita >> yer la tu, rumah ita yg cantik tu nak tinggalkan kosong aje ke.. hehe

    meh la hulur pinggan, akak boleh wat koleksi pinggan2 ita tu hihih

    shida >> dah kenyang telan air liur kan.. tak per la tu.. hehe

    ReplyDelete
  11. lieza >> hehe.. anak2 sempat gak posing dpn kuda besi berpusing tu.. tp tk naik la .. baru2 ni gi lagi IOI mall tu, shopping barang2 along :)

    mas >> mas, gi rembat mr crab kat pasar ya.. :)

    k.anim >> biasanya banyak kat sini, smlm gi banyak la pulak org jual. dah la segar2 jer.. baru2 ni tak ada tu sbb ombak dan angin kuat, tak ada org ke laut so tak ada la tangkapan ketam ..

    areef >> betul tu.. time dia balik ni la nak masakkan apa saja yg dia teringin nak makan dan jugak masakan kegemaran dia.. baru lah hati k.nor tak terkilan bila makan time dia tak ada nanti kan

    owhh dah jadi antu durian la skrg ni ya.. jgn makan banyak2.. gula dlm durian tu tinggi gak tau :)

    yep, mydin ni mmg banyak jual barang basah.. sayur2 segar jer.. tp akak jarang gi hehe.. setahun ada la 2 - 3 kali jer pijak situ :)

    ReplyDelete
  12. yatie >> salam yatie, betul tu.. sedaya yg boleh nak masakkan smua yg dia request.. mmg tak best rasa ralat tu kan.. terbuku jer dlm hati :(

    ReplyDelete