f Secubit Garam: Croissant Tuna Sandwich

N3 Terkini

Tuesday, February 15, 2011

Croissant Tuna Sandwich

Menu breakfast yg sangat simple, mudah disediakan dan insyaallah enak lagi mengenyangkan. Tak perlu masak apa pun, semua hasil rembat kat kedai. Croissant tu pun beli yg readymade jer kat Giant. Inti pulak guna tuna spread. Dan kalau nak letak inti lain pun, no hal. Boleh letak isi ayam dr lauk yg tak abis dimakan, boleh letak hirisan nugget, nak letak sosej pun boleh. Haaa... letak inti sardin lg syok! K.Nor mmg antu sardin hehe... Sos tu pulak boleh guna sos cili, sos tomato, mayonis dan tak lupa jalapeno cheese. So, terpulang la nak letak inti dan sos apa pun ya, kita yg buat dia :)




CROISSANT TUNA SANDWICH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

croissant
tuna spread/isi ayam/nugget
daun salad
tomato
lobak merah
daun saderi
sos kegemaran masing2


Belah tepi croissant tp jangan sampai putus.
Hiris tomato dan daun saderi.
Lobak merah dipotong bantang mancis.
Masukkan daun salad, diikuti dgn tomato dan lobak merah ke dlm croissant.
Letakkan tuna spread dan taburkan hirisan daun saderi.
Picitkan sos dan sedia utk dimakan :)

2 comments:

  1. sedappnya..
    mas nk sarapan sini boleh akak cayang...
    izah honeymoon tu..laki dia bru balik...wakakaka...

    ReplyDelete
  2. mas >> hehe.. ampun mas, baru berkempatan balas komen.. tu la.. senyap jer makcik tu sorang.. hehe

    ReplyDelete