f Secubit Garam: Mee Sanggul Goreng Kari

N3 Terkini

Tuesday, February 22, 2011

Mee Sanggul Goreng Kari

Menu dinner semalam dah ni ya.. smlm penat campur dgn kurang rajin nak post n3. Masak jer dengan apa yg ada kat dalam esbok. Mulanya plan nak goreng utk K.Nor sorang jer tup2 cik abg dan Aisyah pun nak join sekali gak makan mee ni utk berbuka. 


Sebenarnya petang semalam ada buat projek dessert utk berbuka. Kebetulan ada baki whipping cream, try la buat puding tu. Yg 1st layer dan 2nd layer dah ok dah, ngam2 jer dgn whipping cream yg ada tup2 utk 3rd layer rupanya nak guna whipping cream gak. K.Nor dah pun perhabiskan whipping cream utk 1st layer tu. Kalau tau yg 3rd layer nak guna whipping cream gak, utk 1st layer boleh combine dgn susu fresh. adehhh... tak cun ler dessert yg K.Nor buat tu. Tapi rasa mmg sedap! Anak2 K.Nor suka dgn rasa puding yg kaya dgn buah tu.. Nanti lah, try lagi next time.. insyaallah..


MEE SANGGUL GORENG KARI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris
limau kasturi/limau nipis

Cara :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
Selamat mencuba..


7 comments:

  1. selamat pagi kak nor..
    wah...sedapnya mee sanggul tu...kalau boh udang peeh.....

    selera ko..
    ayu tak berapa nak selera bila musim panas..
    agak2 kalau k,nor dok tayang puding atau jeli...

    wah...........meleleq

    ReplyDelete
  2. sedapnya mee goreng gitu..saya pun suke gitu..
    puding apa tu kak.dengor cam mewah ngancream jee..hihi..
    nnti tunjuk ekk

    ReplyDelete
  3. ayu >> mmg dah buat puding smlm tp tak shoot sbb tak lawo.. hehe

    izah >> puding... ermmm.. ermmmm... tak yah kabo sbb tak lawo :)

    ReplyDelete
  4. sedap mee..mau sikit..:)
    post je lah ropa puding tu nor..mesti mabeles rasanya tu kan.

    ReplyDelete
  5. ok ok ok..now dah mandi awai ni....dah sanggul rambut dah......aaaaaaaaaaaaaaaaa tgh ngagaaaaaaaa nak kak nor suap jer.......:P

    Lengoh keeeng, mee dok sampai2...keh3!!

    ReplyDelete
  6. Salam Knor,
    Mai mee tu sepinggan, nak bagi kat hubby.....dia memang suka sgt makan mee

    ReplyDelete
  7. k.anim >> dah abis la puding tu kak, tak sempat nak posing.. lain kali buat insyaallah.. kalau jadi nor post ya.. :)

    ayu >> amboi.. ngengada dia suruh org suap.. dah.. suruh cik abg jer la suap tuh... manja2 la dgn dia 2 bulan ni ya.. :)

    wattie >> kena buat sendiri la wattie, dah abis :)

    ReplyDelete