f Secubit Garam: Apam Labu

N3 Terkini

Monday, February 28, 2011

Apam Labu

Org mengapam K.Nor pun rasa nak mengapam gak. Tapi apam ku tak secantik apam org lain.. ermmm... tak per la kan.. tak cantik, tak merekah, tak membumbung.. walhal api dah bukak besar, dah isikan hampir penuh.. haishhh... tak per.. tak per.. asal lembut dan sedap. Dan yg paling penting, tak jadi habuan cik tong..heee.....


Meh la sarapan dgn Apam Labu yg resipinya diambil dr rumah Ummi Kuantan nun. Resipi asal dari Madiha kan Ummi.. Mekasih ya Madiha dan Ummi.. Sedap apam ni.. tak sia2 mengukus di malam hari :)

APAM LABU
sumber: Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:-
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B:-
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat ~ k.nor guna susu cair

Bahan C:- (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


* pd pemerhatian K.Nor, lepas masukkan adunan dlm papercup, biarkan dlm 10 minit baru lah dikukus. Bila buat gini adunan tadi naik lebih elok dan lembut serta gebus jer hasil apam tu.


5 comments:

  1. kak nor,mas dah datang nak sarapan apam labu akak yang cantik gebu tu...
    sedappkan apam labu ni...mas suka...

    ReplyDelete
  2. salam kak...
    apam tak cantik takper.. janji rasanya sedap.. hehe.. daya tarikan apam akak ni mungkin pada casingnya yg sangat cun melecun tuh... hehe..

    kak.. tu resepi adaptasi dari resepi apam keledek yg pernah dikongsikan.. tp ubahsuai ke labu tu hasil kreativiti dari kak ummi & izah.. sy pun belum cuba lagi apam versi labu ni sebab saya punya D.A.B. powder dah expired... hehe... thanks gak pd makcik sy untuk resepi yg dikongsikan semasa beliau menyertai kelas masakan beberapa tahun yg lepas..

    ReplyDelete
  3. Salam Nor...alah xpa la x cantik x naik bumbung pun...janji lembut dan jadi dan yg pasti, leh makan kan..!

    ReplyDelete
  4. aaaa Kak Nor pun dah terjangkit demam labu ek..ekekeke.tengah musim demam si labu nih..

    ReplyDelete
  5. huhuhu...wt gak apam labu minggu lepas...tp xmerekah gak...jd cm yg k.nor gak..huhuh..frust tp xper jnji rasa sedap..hehehe

    ReplyDelete