f Secubit Garam: Udang Black Pepper

N3 Terkini

Thursday, February 24, 2011

Udang Black Pepper

Di Jepun menu udang, di Tganu pun menu udang. Nak buat camna, dah plan dr smlm lg nak masak udang arini hehe.. Tapi mek Jepun buat Udang Nestum kan, K.Nor buat Udang Black Pepper.


ermmm... penat la arini, tak nak cakap banyak la ya... Jom layan Udang Black Pepper.


UDANG BLACK PEPPER
resipi : K.Nor@SecubitGaram

350gm udang ~ saiz sederhana
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 - 1 sudu besar serbuk lada hitam
minyak
capsicum merah/hijau ~ dadukan (optional)

Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Tabur sedikit garam atas brokoli dan kukus selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper, sos tiram dan serbuk lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan udang dan capsicum.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.

* boleh masukkan garam tambahan jika kurang rasa masin. terpulang pd selera masing2.



6 comments:

  1. akakk...nak udang tu sekor.....he..he..
    tak leh makan banyak2..kolestrol...

    ReplyDelete
  2. sedap nih.. black peper.... i like i like

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak...lama tak msk menu udang cam gini....tapi selalu msk mee ke bihun ke dh bubuh udang..kira mkn jugalah.

    ReplyDelete
  4. mkn udang td..rugi xtry resipi ni.!

    ReplyDelete
  5. Nor..udang campak kat sini sikit..hahaha

    ReplyDelete
  6. salam kat nor,
    suke tgk udang akak...mcm udang dlm taman..ekekeke

    ReplyDelete