f Secubit Garam: Gulai Ayam & Ikan Pekasam

Thursday, February 10, 2011

Gulai Ayam & Ikan Pekasam

Lama betul tak masak Gulai Ayam padahal ni lah antara salah satu menu yg menjadi pebret K.Nor sekeluarga. Rasanya dah lebih dr 9 bulan tak masak menu ni. Biasanya kalau masak Gulai Ayam, mesti ada partner yg paling ngam iaitu Ikan Pekasam Goreng. Gandingan yg cukup mantop! Pastu ada ulam2an sket sbg pelengkap hidangan. Ikan pekasam mmg menjadi kegemaran gak tp kena tengok jenis ikan laa.. K.Nor lebih suka ikan sepat pekasam dr ikan2 lain. Sebut ikan sepat teringat kat sorang tu tercekik tulang ikan sepat.. hehehe Bila makan ikan sepat pekasam td, sengih2 sorang diri sambil makan pun lebih berhati2, bimbang terlekat gak tulang ikan sepat :) Jom layan menu hari ni...

Gulai Ayam Trg Style

Updated: Special utk Madiha & Lin :)

GULAI AYAM TRG STYLE

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.


Ikan Pekasam Goreng


IKAN PEKASAM GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 ekor ikan pekasam ~ k.nor guna ikan sepat
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 bj cili api ~ dihiris halus
1 bj limau nipis atau 2 bj limau kasturi
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam hingga masak/garing.
Angkat dan hidangkan dlm pinggan.
Tabukan bawang merah dan cli padi yg dihiris ke atas ikan.
Dan perahkan limau nipis/limau kasturi.
Sedia utk dimakan :)