f Secubit Garam: Telur Ikan Goreng Kari

N3 Terkini

Sunday, February 13, 2011

Telur Ikan Goreng Kari

Assalamualaikum...

Ermm ... sunyi jer kalau wiken ya.. Tak per la.. meh layan menu telur ikan. Pantang tengok telur ikan yg fresh kat pasar, mula la nak rembat.. Kali ni K.Nor buat versi kari lak.. Jom jamu mata :)


TELUR IKAN GORENG KARI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

  • 300gm telur ikan
  • 3 bj bawang merah ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1/2 in halia ~ dihiris pjg
  • 1/2 sudu besar cili mesin
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari ~ bancuhkan dgn sedikit air panas utk jdkan paste
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit jus asam jawa
  • garam & gula secukupnya
  • 1/2 bj bawang besar ~ dipotong
  • 1 bj cili merah/hijau ~ dihiris serong
  • minyak
Cara2:
  • Bersihkan telur ikan dan toskan.
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
  • Goreng hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
  • Goreng lagi hingga cili garing dan masukkan paste kari dan daun kari.
  • Bila dah pecah minyak masukkan jus asam jawa, telur ikan, garam dan sedikit gula.
  • Masak hingga hampir kering dan masukkan bawang besar dan cili merah/hijau yg dipotong.
  • Kacau2 sekejap, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

15 comments:

  1. sedapnya norrrr,minta sikit..kalau kat negori kan nor,kitorang selalu masak lemak cili padi dgn daun kunyit yg di hiris halus..
    aduuuh..terliur nengok.:)

    ReplyDelete
  2. k.anim >> aik... dah abis diet ke? kata lunch makan apple jer :)

    ReplyDelete
  3. kak nor..telur ikan ni peberet hubby dan ayah mas....
    mas tak reti lak nk makan...

    ReplyDelete
  4. wahh..nmpk menggiurkan laa..kak..nih telur ikan apa ni kak?siyes x kenal telur2 ikan nih dari ikan mana..huhu..pastu kan, kat umah nih hb n bglong je yg beria mkn part telur ikan..tapi tak pernah lak beli telo ikan asing2..sbb kat sini takde jual..kalo hati ikn yu tu ade la pulak..ke kitorg x perasan ada dijual telo ikan nih..awal2 dah kena rembat kot?eh,bila nak abis naip nih..adeh

    ReplyDelete
  5. sedapnya...kalau dapat yang fresh fresh memang berani nak makan..tapi yang kolam sendrik la..yang beli tak pernah lak jumpa jual asing2 gitu..ishh kecur air liur tengok tu.baisa goreng bodo je, garam kunyit..ni sip ada rasa kari2 lak ni..walaweeehhhh sedap tuu..mek sue kat atas tu dah mcm mengarang surat cinta dah tu..hahaha

    ReplyDelete
  6. K.Nor..sedapnya.so far zla lom penah lg beli telur ikan, pasni nak try gakla sbb nampak mcm sedap lak:)

    ReplyDelete
  7. Isyk2, ni yang buat org sanggup lari pi batu belah batu bertangkup ni... meleleh ayaq lioq sampai banjir kat sini...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Kak Nor jgn le bagi saya homework banyak2. Tak terkejor dah ni. Mesti sedapkan? Dimaklumkan bahawa ni menu no 1 dalam senarai homework minggu ni. Bila nak siapkan yea? Hehehe tunggu.

    p/s: saya dah buat daging goreng berlada tu. Mantap sgt. Tq u yea.

    ReplyDelete
  9. sue >> rasanya telur ikan tenggiri.. tak pun ikan tongkol

    sedap tau sue.. nanti bila dah cuba mesti nak lagi dan lagi. :)

    mas >> senang jer mas, cubit sket, letak kat nasi, pastu suap ke mulut.. haaa.. tu cara nak makan hihi

    izah >> goreng bodo2 pun sedap gak izah.. letak cili dan bawang hiris, pastu letak daun kari dan kunyit sket.. tu pun sedap!

    ReplyDelete
  10. azila >> zila pun suka telur ikan ya.. cari yg fresh ya.. jgn cari yg kaler ijau2 tu dh tak fresh

    along >> tu telur ikan tembakul la along.. ni telur ikan tenggiri jer.. tp kalau nak lari gak, masih ada lg ke batu belah tu? hehe

    sam >> sam kan ghajen buat homework.. kalau tak ghajen tak cepat pandai.. hehe.. try la.. sedap bila diletak kari gini..

    oo dah buat daging tu ya.. siap satu homework :)

    ReplyDelete
  11. telur ikan..goreng pun sodap!!!!:D

    ReplyDelete
  12. sedap ni k.nor, masa kecik2 dulu selalu makan tp mak goreng garam berlada jer.....sedapppp...

    ReplyDelete
  13. salam kak nor sedap nya telur goreng ni..tak pernah masak..takut meletop2...apa punya alasan...hik..hik.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..

    bee >> betul...betul.. betul... :)

    ina >> masak camna pun mmg tetap sedap telur ikan ina kan :)

    lina >> eh.. tak pernah pulak meletup masa k.nor masak.. tu telur ikan spesis apa ya yg meletup.. yg ni telur ikan tenggiri rasanya

    kalau tak nak meletup, cuba toreh sket kat tengah2 tu, biar dia terbuka masa goreng

    ReplyDelete
  15. semalam pun sy goreng telur ikan... kebetulan SIL & BIL dua beradik datang... tp goreng kunyit je... disamping lauk pauk lain.. heee...

    ReplyDelete