f Secubit Garam: Ayam Black Pepper

Friday, February 18, 2011

Ayam Black Pepper

Resipi yg dah lama tak buat padahal simple jer nak masak. Baru2 ni K.Rose tayang kat rumah dia baru la teringat balik kesedapan menu yg resipi asalnya Udang Blackpepper. K.Nor belum pernah try dgn ayam, bila tengok K.Rose buat dan kata sedap pastu terpikir why not cuba kan.. (spekong sket jer ya ... hehe )


Mula2 tak teringat pun nak masak menu ni. Ayam dah dikeluarkan dr freezer. Duk tercari2 resipi baru utk dicuba, last2 teringat kat Ayam Black Pepper K.Rose. ermmm.. alhamdulillah.. dpt idea nak masak utk hari ni. Hari Jumaat tak leh masak lauk grand2 sgt, kang lambat org nak gi solat Jumaat. Buat menu gini senang .. 2 in 1 kan.. tak perlu masak menu sayur dah.. Kalau nak campak brokoli atau putik jagung pun boleh. Terpulang pd stok yg ada dlm esbok :)


Jom layan resipi Ayam Black Pepper hasil derhaka kat resipi sendiri Udang Blackpepper. Nak tau sedap ke tidak, kena tanya K.Rose hehe


AYAM BLACK PEPPER
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
bunga kobis
lobak merah
2 bj cili hijau ~ dipotong serong
minyak

Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng ayam hingga masak tp tak perlu sampai garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper,sos tiram dan serbuk lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan bunga kobis dan lobak merah.
Masukkan juga ayam. Kacau rata. (boleh masukkan sedikit air jika kuah terlalu kering dan tidak membaluti bahan2 yg dimasukkan tadi)
Tutup kuali sekejap utk melembutkan sedikit sayuran.
Rasa dan tambahkan garam jika perlu.
Masukkan cili hijau dan kacau rata.
Padamkan api dan hidangkan panas2 dengan nasi putih.