f Secubit Garam: Kek Marie Koko

N3 Terkini

Thursday, October 21, 2010

Kek Marie Koko

Tadi dah ada tayangan amal kat Siam kan (nama berbeza tp benda yg sama jer), petang ni kita layan kat Tganu pulak. Memang dah plan nak buat arini pun, tup2 Mek Jah dah siap tayang dulu yg dia punya.. Tak per la bg chance adik menang kan..hehe Ijah tu buat resipi Ayu S'pore, yg K.Nor buat ni resipi Ita. Plannya nak buat gak resipi Ayu tp tak ada nestum. Lain kali try yg tu pulak, kena cari nestum dulu. Kalau oats insyaallah ada stok kat dapur tp nestum ni jarang sgt dah beli.


Jom tengok resipi Kek Batik Marie. Kek yg paling mudah nak buat, tak perlu bakar atau kukus. Just masakkan semua bahan kecuali biskut. Bila dah pekat masukkan biskut dan gaul sebati. Tuang dlm loyang dan tekan2 biar mampat. Sejukkan pastu baru la dipotong. Simple aje kan. Ita, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini. TQ..



KEK MARIE KOKO by Azita

Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk

Tips :
Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!

10 comments:

  1. salam Nor,
    hehe....yalah Nor, nestum ni kalau tak ada baby kat rumah memang tak keep stock kan..hehe..kita pun buat sebab ada balance nestum si marsya yg masih belum dibuka ..nasib baik belum expire lagi..hehe..

    ReplyDelete
  2. salam kak nor, mas baru mencari nestum nak buat kek ni..tengok resepi akak tak guna nestum...bleh guna resepi ni la...he..he..

    ReplyDelete
  3. Salam kakNor. Tanya ckit, biskut tu nnt masih rangup tak lps masak atau rasanya akan jd lembik?. Mekasih kak.

    ReplyDelete
  4. ashikin >> salam ashikin.. mekasih ya.. :)

    ayu >> tu la.. mmg dah tak beli mana pun nestum kalau tak ada bb nih.. kalau oats tu insyaallah ada la sbb makanan org tua hehe

    mas >> boleh la kalau mas nak try yg ni dulu kan.. :)

    eliza >> salam eliza, biskut tu tak lembik dan tak rangup, ia jd lembut gitu :) mcm kita makan kek la :)

    ReplyDelete
  5. waweeeeee..... sungguh cantik menawan macam ai u!! kikikiki......

    ReplyDelete
  6. ina >> huhhh !!! mmg mek peghasan!! :P

    ReplyDelete
  7. Hi K. Nor, this is the first time I see something like this.
    Looks very interesting and nice.
    I bet goes well with iced coffee, ha ha.
    I think 3 pieces will do me fine. Ada lagi? Ha ha.
    Have fun and keep well, Lee.

    ReplyDelete
  8. Hi KakNor...sedapnye kek tu! Love tried b4, but was too sweet for us. Will try this recipe next time. ;)

    ReplyDelete
  9. uncle lee >> oowhh tak pernah tengok ya.. sedap ni tau.. dr biskut jd kek.. rasa mesti cam mkn kek la uncle lee hehe

    love >> love, apa kata kurangkan sket sukatan gula sbb k.nor pun sentiasa kurangkan gak bila buat apa2 dessert or time baking kek,muffin etc :)

    ReplyDelete