f Secubit Garam: Mee Sanggul Melayu

Friday, October 1, 2010

Mee Sanggul Melayu

Masih ingatkan lagi n3 Mee Sizzling @ Sizzling Mee yg lepas? Ada K.Nor letakkan gambar Mee Sanggul Melayu keluaran Iman, yg dihasilkan kat Kedah kalau tak silap K.Nor. Alhamdulillah.. sedap guna mee tu bila dibuat Sizzling Mee. Lagi pun tak was2 lg dah kan, insyaallah. K.Nor rasa ramai yg nak dptkan stok mee sanggul tu gak kan. Tak tau kat mana nak cari. Ni yg K.Nor buat satu n3 khas berkaitan Mee Sanggul Melayu tu.


Pagi semalam masa ke pasar tani K.Nor lalu dpn gerai FAMA, kebetulan cik abg parking kuda besi dia tepi gerai FAMA tu :) Pastu K.Nor terpandang la Mee Sanggul Melayu tu, terus aje stop kat gerai tu. Tanya2 kat penjual tu katanya mmg yg org Melayu buat, kat Kedah nun. Katanya lagi FAMA mmg jual mee sanggul tu kat mana2 gerai pasar tani, seluruh M'sia ... insyaallah tp mungkin pasar tani induk la.. Pasar tani yg kecik2 sket mungkin tak ada. Rasanya kalau kat pasar tani yg ada gerai FAMA mungkin ada jual kut.. Pastu kata penjual tu lagi lepas ni (mungkin selepas 2 bulan) packaging mee sanggul tu akan berubah sbb FAMA dah amik alih pengeluaran mee sanggul tu. Lepas ni mee sanggul tu akan jd keluaran FAMA dgn dibawah brand Agromas. Rasanya lepas ni mudah la nak dapatkan stok mee sanggul tu kan.. insyaallah.. Pada yg nak mencari mee sanggul ni boleh la intai2 kat pasar tani, mudah2an ada ya..



Dan ni pulak K.Nor nak share 2 lg item keluaran Agromas, Mee Bandung Segera dan Bihun Tom Yam Segera. Sekarang dah ada alternatif lain utk makan mee segera, lebih yakin akan keHALALannya.. insyaallah. Maaflah K.Nor tak leh nak beritau camna rasa mee2 instant ni sbb belum try lg. Baru aje semalam beli. Tak sempat lg nak masak, lagi pun minggu ni insyaallah nak puasa direct sampai habis Syawal. Hutang tak abis lg, pastu nak teruskan yg 6 sambil temankan anak dara bayar utang dia gak :)

Harap2 apa yg K.Nor kongsikan ni boleh memberi manafaat sesama kita ya.. Bg K.Nor, "Sharing is Caring" ^___^