f Secubit Garam: Singgang Sotong

N3 Terkini

Saturday, October 23, 2010

Singgang Sotong

Tak tau nak masak apa dgn sutung yg 2 ekor jer dlm freezer tu. Nak masak sambal, tak berbaloi. Kalau besar sutun tu besar2 sket tak per gak, ni sedang2 jer. Last2 buat singgang jer dah la.. Cukup la tu utk sekali makan. Utk dinner kena cari alternatif lain. Godek mee ke, order2 jer ke.. hehe..


Meh nak tayang sekali lg resipi Singgang Sotong yg mudah dan cepat di masak ni. Tak mo pot pet banyak2.. ketandusan idea :)


SINGGANG SOTONG my style

500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan sedikit gula (jika suka)
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah


Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
Boleh la dihidangkan panas2..

5 comments:

  1. hello sister,
    your foods very enteresting.

    ReplyDelete
  2. Berselera Tgk Singgang Sotong Ni....

    ReplyDelete
  3. oooo...cmni singgang akak..klu kat umah,wani tumbuk bawang putih,bawang merah ngan lada hitam,kmudian tarok sotong,tarok serai taruk asam keping,tarok air skit..coz sutun tu dah berairkan......tu singgang kat umah wani...ni yg ade kunyit cmni wani bru tgk...siyes...xpnah jumpa...

    ReplyDelete
  4. Hayatcemresi >> hai.. thanks for dropping by, u have a nice blog too..

    lin >> sedap ni lin, pekena dgn sambal belacan.. :)

    waniey >> tu stail singgah putih kan.. ni stail singgang pedas.. try la versi ni lak waniey :)

    ReplyDelete
  5. erm..nnti akan dicuba..sedap ek kak??

    ReplyDelete