f Secubit Garam: Terung Goreng Pes Cili Sangai

N3 Terkini

Sunday, October 31, 2010

Terung Goreng Pes Cili Sangai

Hari ni tukang masak masak menu yg simple jer. Disebabkan nak gadingkan Singgang Ikan Aya dan ikan aji2 goreng, kena la masak sayur yg pedas2 sket. Kebetulan ada terung dlm esbok, duk pk la nak masak apa dgn terung ni. Masak sambal atau bercili sedap gak tp bila tengok ada stok pes cili sangai, terus dtg idea nak goreng terung dgn pes ni.


Olah situ sikit, sini sikit terhasil lah Terung Goreng Pes Cili Sangai. Sapa2 yg nak cuba masakan mudah dan cepat ni kena la sediakan Pes Cili Sangai. Sapa2 yg dah ada stok tu cam Yani Deco Choco (dia mmg buat stok banyak2 pes cili sangai ni, memudahkan kerja kata Yani) mudah la sket kerja kan.

Jom tengok resipi bg yg nak menerai :)

TERUNG GORENG PES CILI SANGAI

2 btg terung panjang ~ dibelah 2 dan dipotong serong pastu rendam dlm air
2 sudu besar Pes Cili Sangai
2 sudu besar sos ikan
air secukupnya
garam dan gula
daun ketumbar ~ dihiris
perahan limau nipis
sedikit minyak


Panaskan minyak dan masukkan pes cili sangai. Goreng hingga wangi.
Masukkan terung dan goreng seketika.
Masukkan sedikit air utk melayukan terung.
Masukkan sos ikan, garam dan gula.
Masak sekejap (kalau suka terung yg lembik2 boleh tambah tempoh masak) dan masukkan daun ketumbar dan perahan limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Hidangkan panas2.


*jgn masukkan banyak garam sbb dah ada rasa masin dr sos ikan dan pes cili sangai yg ada udang kering dlm tu.

7 comments:

  1. salam nor..akak terlepas pandang ke..rasa akak belum jumpa lagi resepi buat cili sangai..
    terung memang peberet akak tu..segala jenis masakan terung..

    ReplyDelete
  2. k.erna >> salam kak, resipi tu dah lama saya post, cuba k.erna klik kat link 'pes cili sangai' kat n3 ni ya..

    ReplyDelete
  3. knor.. sy punya pes cili tu dah tinggal sket.. lepas ni nak kena wat lagi.. senang nak masak.. nak2 time sibuk.. boleh guna wat mcm2. My hb pun guna pes cili tu wat masak nasi goreng cencalok... anak2 siap puji kata sedap nasi goreng yg papa dorang masak.. sy pun try la tiru idea dia masak nasi goreng cencalok tu.. adakah pulak anak2 kata nasi goreng yg papa dorang masak lagi sedap... huwaaa..

    ReplyDelete
  4. yani >> salam yani.. haha papa lg terror dr mama la dlm wat nasi goreng cencaluk ya..

    kalau blend guna fp lg cantik paste tu yani.. ermm nanti letak ya resepi nasi goreng cencaluk tu. pes ada lg ni :)

    mmg magic paste betul kan .. :)

    ReplyDelete
  5. salam kak nor, mas tengok jer kalau masak terung, mas tak pandai makan terung, rasanya macam mana ..pahitt tak....rasa kuah jer la...

    ReplyDelete
  6. salam mas.. sedap!! cuba la.. tak pahit tambah lg kalau gravy tu best, ada masam2 pedas.. lagi la sedap :)

    ReplyDelete
  7. mas >> tertinggal sket...

    mas jgn terlebih masak, jgn sampai lembik, biar dia lembut2 jer, baru sedap. tp sesetengah org suka makan terung yg lembik2.. terpulang pd citarasa masing2 :)

    ReplyDelete