f Secubit Garam: Sup Ayam & Cendawan

N3 Terkini

Sunday, October 10, 2010

Sup Ayam & Cendawan


Plan asal cendawan ni nak dimasak Lemak Cili Api. Mcm biasa K.Nor suka letak udang sket. Bila balik dr jogging td terus jer balik rumah tak singgah pun kat pasar utk beli santan. Dah la kat perumahan ni kedai santan dah tutup, payah la sket nak beli santan. Alih2 buat corner baring, dr lemak2 terus tukar ke sup. Lagi senang kerja tukang masak. Sejak cik abg buat by pass aritu, rasanya jarang benar K.Nor masak lauk santan2 nih. Rasanya tak sampai pun 5x buat lauk berasaskan santan. Semua main masak air2 jer. Tu yg terasa benor nak makan Lemak Cili Api Udang Dgn Cendawan. Tak per la.. tak ada rezeki lg la tu nak makan lauk tu.. Lain kali la pulak... Meh la layan Sup Ayam & Cendawan. Lauk yg digandingkan dgn Kacang Bendi Goreng Bertelur tadi.

Lupa nak letak carrot, celery pun tak ada stok gak.. aish...

updated:
K.Nor letak resipi atas permintaan Faridah :)

SUP AYAM DGN CENDAWAN

Bahan2:
ayam ~ dipotong kecil2
cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 - 2 sudu besar rempah sup
1 bj ubi kentang
carrot
1 btg celery
5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas
1 sudu besar perahan limau nipis

garam 
sedikit gula jika suka


Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan.
Masak kejap aje dan padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)

* ayam boleh juga digantikan dgn daging.
** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam.
*** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.

10 comments:

  1. oh no!!!...sy sudah jatuh hati..nk semangkok :))))

    ReplyDelete
  2. deliah >> oh yes!! hihiihi

    habibb >> wahh mesti lg best kalau dpt slurpp betul2 kan .. :)

    ReplyDelete
  3. thank 4 the recepi k.nor.... sdp sgt... menghirup lagi...slurppp ^__^

    ReplyDelete
  4. sakura >> ooo dah buat ya.. sedap ek.. alhamdulillah.. bak la semangkuk nak slurppp gak :)

    ReplyDelete
  5. alaaa dh hbs pulak...hehehe... sy suker resepi2 akak... sesuai tuk sy yg br nk blaja msk nie...hehehe... thnx ek 4 all the recepi =)

    ReplyDelete
  6. Salam daripada Kak Noor SDB untuk Kak Nor. Terjengok kat sini, baru dapat idea nak masak apa hari ini setelah blur memikirkan menu tengah hari ini. Macam Kak Noor juga, saya pun kekurangan stok kat rumah. Nak keluar beli malas pula. Tapi ayam dan cendawan ada. Setakat nak buat sup ayam ikut resepi Kak Nor tu ok juga. Nampak mengancam. Lagipun hubby semalam kata teringin nak makan sup ayam. Mohon copy resepi Kak Nor ye! Nanti saya bagi credit kat Kak Nor dalam blog saya nanti.

    ReplyDelete
  7. salam akak

    selamat berpuasa...

    intai "dapur" akak arini...bonda nak mkn sup ayam, kebetulan plak saya pun ada cdawan ...tq ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam liza.. lama tak nampak tinggal jejak.. slmt berpuasa :)

      Delete