f Secubit Garam: Talapia Goreng 3 Rasa

N3 Terkini

Friday, October 15, 2010

Talapia Goreng 3 Rasa

Tak yah pot panjang2 ya.. tuan rumah nak cepat nih. Nak keluar jap lg. Layan jer masakan yg enak bangat nih. Memang kegemaran seisi keluarga. Bukan sekor jer talapia yg buat tu tp 2 ekor just utk lunch. Untuk dinner goreng yg lain pulak karang.


Spt biasa K.Nor guna resipi yg selalu duk guna, asalnya dr Chef Norzailina... Siakap Stim 3 Rasa. Sebab nak cepat kes tukang masak masuk opis lewat, jadi kena goreng ajer. Tak kisah la, goreng ke, stim ke.. gravy dia tu yg best!! Jom tengok resipi...


SIAKAP STIM 3 RASA by Norzailina Nordin
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan ~ tak ada stok, ganti dgn 2 btg serai (hiris nipis)
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ tak ada stok, ganti dgn sos ikan
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis


Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

4 comments:

  1. yummy...terliur nya. cb dah few days makan lauk sepital...anak2 sakit.

    ReplyDelete
  2. kak nor,mmg xdisangkal la kesedapan gravy die..mie baru buat 2 ari lepas,mmg tangkap cintanla dgn gravy die.siap buat byk2 lagi garvy die..mkn dgn nasi panas mmg terangkat!!!

    ReplyDelete
  3. berkilattt jiya tengok gravy sos tuu kak nor.. cam kena sapu syelek jek.. ahehehehe! *usap2 pala ikan..

    ReplyDelete
  4. comelbelako >> salam.. uishh anak2 tak sihat ya.. kesian pulak.. mudah2an dia org cepat sembuh ya..

    mimiey >> haaa kan, mmg best gravy dia tu.. menjilat pinggan!! hehe

    jiya >> huhh tak kose layan mek sorang nih.. dah usap2 tu apasal tak kiss jer ikan tu.. :p

    ReplyDelete