f Secubit Garam: Menu Ulang Tayang

N3 Terkini

Wednesday, October 13, 2010

Menu Ulang Tayang


Dah acapkali buat menu ni.

Sebab??
1. K.Nor sukerrrr dgn ikan tongkol.
2. Menu ni mudah dimasak, sedap dimakan! :)
3. Tak kisah dah kalau tak ada lauk lain pong..
4. Ni lauk pebret K.Nor hehe

Tak yah la cerita panjang lebar kan. Resipi Makyong yg diambil kat MyR. Jom tengok resipi..


IKAN TONGKOL GORENG KICAP by Makyong MyR

Bahan untuk rebus
Ikan tongkol
asam keping
lengkuas
garam
manisan/gula melaka

Bahan untuk goreng kicap
bawang besar-hiris
bawang putih- hiris
cili padi- hiris
kacang panjang
kicap
sos tiram

Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
Sedap dimakan ketika masih panas-panas

4 comments:

  1. ni yang meleleh nak cari ikan tongkol gak ni....tak pernah pulak nak menengok ikan ni kat pasar.dulu pas kak nor buat pari, baru rumah ni makan pari.lepas ni boleh menongkol pulak lah

    ReplyDelete
  2. kalo jiya masak kicap ni tak lalu nak makan.. tp kalo org lain masak lalu jek nak makan.. kesimpulannya.. leh la tumpang makan kat umah kak nor kan. akekekekeke

    ReplyDelete
  3. izah >> sedap izah.. nak2 kalau ikan tu kita rebus awal sehari.. rasa masam2 tu menyerap kat dalam isi ikan.. perghhhh kena pulak makan lauk ni dgn nasi panas2.. fuh... izah lalu dgn akak pun dah tak nampak.. hihihhi

    jiya >> laaa apa susahnya nak lalu, lalu jer dpn akak ni, jgn lalu kat belakang.. abis ilmu hihiii

    apa tumpang2.. mana adiah potong riben??? ngeeeeee

    ReplyDelete
  4. betul la k. nor... masak kicap ni la yg paling senang nak masak n sedap dimakan... kalu emi masak kicap ni, memang main campak-campak jer... pastu kalu en. Hubby nak pedas, emi "tanam" jer cili padi sebijik-sebijik dalam kuah time dah nak siap masak... pastu time nak makan, dia pecahkan jer cili tu dlm pinggan nasik... so siap masak kicap dua version sekaligus.... huhuhhu....

    ReplyDelete