f Secubit Garam: Nasi Serai

N3 Terkini

Thursday, October 14, 2010

Nasi Serai

Ada yg tertunggu2 ke espisod ke 3 hari ni? haha.. Tuan rumah ke lepekkan.. letih bangat ini hari. Ke hulu ke hilir, naik turun.. naik turun.. capek dan lepek!! Tu yg lambat sket post n3 nasi yg digandingkan dgn Ayam Percik dan Acar Kobis. Lepas post Ayam Percik, gi layan mata kejap. Tapi tak sampai ke bulan la.. tak leh nak panggil angkasawan pong.. eh angkasawati.... baru betul kan.. hehe


Dah.. jgn melalut.. Ni dia Nasi Serai, resipi Jun JC. Dah lama idam nak buat nasi ni. Tak plan dr awal pun, masa duk nak masak Ayam Percik Goreng tu baru terfikir nak gandingkan dgn Nasi Serai ni. Alhamdulillah.. kata anak2 mmg ngam, mmg sedap!! 2 beradik tu siap bertambah2 makan nasi td. Jun, mintak izin ya, nak kopipes resipi tu kat sini ya.. Tq..




NASI SERAI by Jun JC

2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
1 helai daun pandan-simpul
2 cawan air

Bahan tumis:
1-1/2 sudu mkn butter
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1/2 in halia-hiris
2 sudu teh remph kurma
3 btg serai-ketuk
Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
Garam secukupnya
Bawang goreng utk hiasan

Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.

** K.Nor guna beras Siam jer sbb tak ada stok beras basmathi.

8 comments:

  1. Uish, baru tengok ayam...Nasi Serai dah keluar! Okey mintak satu set ye kak! Heheh...sedap sedap! :D

    ReplyDelete
  2. love >> boleh aje dear.. silakan.. jgn segan2 ya, buat cam rumah sendiri :)

    ReplyDelete
  3. salam nor..teringin pulak akak nak cuba nasi serai ni..
    anak2 dah request nasi beriani hari minggu ni..tapi akak nak cuba tukarkan dengan nasi serai..terima kasih nor..

    ReplyDelete
  4. kak nor,..
    cantik sungguh beras yang kak nor guna..jenis apa eik, basmati keluaran mana?

    ReplyDelete
  5. k.erna >> cuba la, sesekali tukar selera dr nasi beriani kan.. nasi ni wangi jer bau serai tu

    ayu >> salam ayu, agak2 beras apa ya.. hehe.. k.nor tak guna beras basmathi la ayu, tp guna beras siam je. kebetulan beras basmathi tak ada stok dan beras siam jer yg ada.. molek kan nasi tu, sebiji2..
    nak tau rahsia? hehehe
    ni kaedah k.nor duk praktik kalau nak masak apa2 nasi selain nasi putih. rendamkan dulu beras yg siap dibasuh tu. rendam dlm 10 min dan toskan. pastu baru masak beras tu. bila wat gitu nasi kita jadi peroi, tak melekat, sebiji2 gitu.. cam dlm gambar tu.. :)

    slmt mencuba .. satu lg rahsia terbongkar hehehe

    ReplyDelete
  6. wah..terharu sangat malam nie,..kak nor kongsi info ttg beras,..

    terima kasih banyak-banyak yer kak nor...

    ayu doakan kak sucess selalu..

    nak praktikkan juga rahsia kak nor tu..

    psst..hope jumpa blogger hebat dan wife nyer..amin..

    ReplyDelete
  7. Hi K. Nor, first time I see this dish. But it sure looks delicious.
    I think dua pinggan no problemos for me, ha ha.
    By the way, apa rice you use? Thai? Basmati? Kelantan?
    Looks nice.

    You have a nice day, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  8. ayu >> sama2 kaseh.. kalau tak share ilmu tu berkarat akhirnya tak berkat kan.. :)

    andai ada jodoh insyaallah dpt jumpa satu hari nanti.. :)

    uncle lee >> yep it's really delicous.. want to try? cukup 2 pinggan aje? 3 pun boleh tu.. hehe

    I tak guna basmathi just beras siam aje.. it's look nice right :)

    tq uncle lee.. have a nice day too :)

    ReplyDelete