f Secubit Garam: Pari Bakar Berempah Woku

Monday, October 25, 2010

Pari Bakar Berempah Woku

Ni satu lagi resipi ikan bakar yg sangat.. sangat.. saaaaangat sedap! Juri kecik kat rumah ni makan nasi sampai bertambah2, siap ratah lg ikan pari tu. Opsss resipi asal guna ikan siakap tp K.Nor buat dgn ikan pari jer. Hasil gabungan rempah ratus dan daun2 yg membangkit rasa dan aorma. Memang best hingga menjilat jari tau.. Kalau tak caya buat la menu ni. Memang nampak cerewet sket tp org kata berbaloi2.. K.Nor ada skip daun pandan bukan kerana tak ada stok daun pandan. Ada banyak daun pandan kat bawah nun tp rasa cam derhaka sket bab daun pandan tu. K.Nor gantikan dgn daun ketumbar utk kasi lebih wangi pada ikan pari bakar ni.


Resipi dr rumah Ummi Kuantan yg dah lama masuk list. Kalau tak silap resipi tu dr buku Saji kan. Mintak izin ya Ummi nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak.. Insyaallah akan ada ulang tayang bila2.. Mekasih ...


SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar ~ k.nor guna ikan pari
2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
2 helai daun kunyit - hiris halus ~ tak letak lupa nak beli 
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya 
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong 
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
2 cm halia

Bahan Pelengkap:-
Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) ~ k.nor tak letak
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai selasih
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap. (K.Nor masak dlm 2 - 3 min jer)
Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

* K.Nor panggang atas dapur gas jer setelah balut ikan dgn foil. Bila dah siap bakar baru tuang rempah atas ikan bila nak hidangkan. Rempah tu K.Nor masakkan hingga agak pekat.