f Secubit Garam: Ayam Masak Merah Berempah

N3 Terkini

Tuesday, October 26, 2010

Ayam Masak Merah Berempah

Menu ulang tayang atau rewind kata CMG. Tak kisah la kan sbb masak2 ni mana boleh lari dr masak benda atau menu yg sama. Tambah pulak kalau nak gandingkan dgn nasi yg lain dr nasi putih. Kena la pandai gandingkan dgn mana2 yg ngam.



AYAM MASAK MERAH BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6


Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.


6 comments:

  1. salam nor,
    menu ulang tayang sebab sedaplah kan..kita pun sama kalau sedap memang selalu buat lagi & lagi..

    ReplyDelete
  2. Salam Nor, sihat ke..?

    Uitt, sedap ni..seakan2 rendang yer? Mkn sgn nasi panas2 n ulam pcuk ubi msak tempoyak..ish,ish..(hehe, imaginasi k su jer, ntah bila nk msak ni)! Tq 4 sharing d recepi..

    ReplyDelete
  3. ayu >> w'salam ayu, betul2.. kalau tak sedap sekali tu jer la buat kan.. hehe

    k.sue >> w'salam k.sue! wahh lama tak nampak.. nor sihat, mudah2an k.sue sekeluarga pun sihat hendaknya...

    bukan ala2 rendang k.sue sbb tak letak santan, tak letak daun limau atau daun kunyit.. cuma ayam masak merah yg diletak rempah2 jer.. try la insyaallah sedap

    ReplyDelete
  4. Sala Kak Nor....Amat Menyelerakan....

    ReplyDelete
  5. lin >> try la lin.. insyaallah sedap :)

    ReplyDelete