f Secubit Garam: Ayam Panggang Ala Bangkok

N3 Terkini

Tuesday, October 19, 2010

Ayam Panggang Ala Bangkok

Sawadikha.... Udah lunch??.. mesti la dah kan.. dah pukul berapa nih... Mesti duk layan mata mengantuk kes perut dah kenyang tu.. Meh nak segarkan sket mata tu dgn menu K.Nor hari ni. Hasil ngendap kat dapur Ummi Kuantan pg td. Duk melilau jer kat dapur dia tu, tak tau nak pilih menu ayam yg mana satu nak cuba. Last2 tertarik dgn menu yg satu ni.. Ayam Panggang Ala Bangkok. Ala jer kan Ummi, kalau betul2 yg Bangkok punya kena gi makan kat Bangkok kut, tak pun kena tunggu mek Siam tu masakkan utk kita hehehe..


Mudah jer penyediaan ayam ni, hasilnya sedap! Wangi dgn bau daun ketumbar dan serai. Pastu sos pencicah dia tu pun best gak. Mmg ngam la dua tu. Meh kita tengok resipi Ayam Panggang Ala Bangkok ni ya.. Mekasih Ummi :)


AYAM PANGGANG ALA BANGKOK
Sumber: Ummi Kuantan
Sumber asal : Majalah SAJI


Bahan:-
1 ekor ayam - potong 2 (*akak potong 6 bhg.)
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
80 gm serai (akak letak 3 btg)
30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)

Bahan Perapan:-
30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
35 gm gula (letak 2 sudu besar) ~ k.nor letak 1 sb jer sbb dah letak madu
50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam




Bahan Sos:-
30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
6 tangkai cili padi -cincang halus

Cara-Cara:-
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
Untuk sosnya, campurkan cukal sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang.

* K.Nor bakar dlm oven 19C ( 35 - 45 min)

17 comments:

  1. kak nor!lama dh sy teringin nak makan ayam yg alaa cemni tp taktau pe nama dia..sy mesti cuba ni kak!terima kasih byk2..=)

    ReplyDelete
  2. Kak Nor

    Bakar selama 20 minit at berapa degree Celcius ye? (sorry tanya sebab saya baru nak try oven baru saya tu)

    ReplyDelete
  3. kalamhati >> elok sgt tu.. lps ni try ya.. sedap ni, ratah2 aje pun sedap!

    fareen >> saya buat tu tak ikut resipi yg saya kopi dr rumah ummi sbb oven saya kuat sket panasnya. sy bakar lebih kurang 40 min dgn suhu 190C. bila dah 1/2 masak balikkan ayam tu supaya bahagian bawah masak rata.

    kadang tu kita tak leh ikut direct kehendak resipi sbb kepanasan oven masing2 tak sama. sama gak kalau kita bakar kek, sebaiknya guna api slow sket supaya tak rentung ayam/kek kita. jd saya suggest fareen bakar guna suhu 180 -190C dlm tempoh antara 35 - 45 min.. slmt mencuba ya..

    ReplyDelete
  4. Waaaaa...sedapnya...thanks sudi try Nor..hehehe..
    Soklan Fareen Najwa tu..sori akak lupa nak letak masa taip resepi dulu..sbb dlm majalah tu x letak..Anggaran suhu 160 - 170C gitu dan tempoh masak lg panjang dlm 35 - 40 minit dan balik2 kan ayam sambil tu...adjust ikut oven gak la yea..Oven akak besauuu..hehe

    ReplyDelete
  5. Soklan saya dijawab oleh 2 org pakar masak. Terima kasih kepada Kak Nor n Kak Ummi. Insya Allah saya try buat ujung minggu ni...

    ReplyDelete
  6. kak ummi, cantiknya ayam tu terbakar...akak guna api bawah saje ke, atau guna api atasbawah.

    ReplyDelete
  7. fareen >> k.ummi jer pakar masak, k.nor ni pakar makan hehe.. sama2 fareen, slmt mencuba ya.. oven baru kena banyak try & error..

    mas >> mas ni ngantuk ke apa nih... ni rumah secubit garam la.. bukan home sweet home hihihi..

    tak per la ek.. biar k.nor jawab sbb kat rmh k.nor ni.. k.nor bakar api bawah jer sbb oven k.nor ni guna ni brand zanussi, api dia panas menyeluruh.. mas kena tengok camna fungsi oven mas, try dulu bakar dgn api atas bawah, bila dah nampak cam nak masak atas tu, balik2kan biar masak serata.

    ReplyDelete
  8. sedapnya nampak..lum makan lagi nie...

    ReplyDelete
  9. warghhhh!!! kak nor dah ke bangkok?? *lambai2 kak nor sambil jelin kat ayam

    ReplyDelete
  10. shah >> kalau makan lg la best, ratah aje shah.. best nih cicah dgn sos dia tu :)

    jiya >> lambai2 tu ala miss world tak? hahahha.. apa jelin2 melekat biji mata tu kang :P

    ReplyDelete
  11. nak wat jugak la..cam best sgt,kan?

    ReplyDelete
  12. hamizah >> try la.. sedap kat anak tekak k.nor sekeluarga.. mudah2an gitu gak dgn hamizah nanti ya.. insyaallah

    ReplyDelete
  13. sala akak...

    ada yg nk buat pojek niii...

    baru niii ada kita citer2 pasal sos ikan, teruss muncul yee ^_^

    ReplyDelete
  14. liza >> salam liza, buat jgn tak buat.. sedap ni.. haa sos ikan cap puteri tu ada kat giant, smlm k.nor ngendap2 ada jumpa :)

    ReplyDelete
  15. salam akak...

    kemarin my sis dah buat ayam niiii memang best!!! TQ

    tq info pasal sos ikan tuu leh cari kemarin buat sos dah titisan terakhir ^_^

    ReplyDelete
  16. liza >> w'salam liza.. alhamdulillah.. mmg puas hati kan..

    ReplyDelete
  17. salam akak...

    ayam bangkok niii 2 hari berturut telah dimasak oleh org losong...sedap bebenor ^_^

    ReplyDelete