f Secubit Garam: Nasi Jagung 2

N3 Terkini

Thursday, September 30, 2010

Nasi Jagung 2

Tadi dah tayang menu utama utk hari ni kan, Ayam Merah Ala Thai. Sebenarnya masakan tu digandingkan dgn Nasi Jagung ni haa... Kebetulan smlm duk check dlm freezer ternampak ada lebihan jagung manis dlm secawan lebih sket. Terus plan nak buat Nasi Jagung cam yg dah biasa K.Nor duk buat tu. Pastu masa nak start masak td teringat yg Ummi Kuantan pernah buat Nasi Jagung versi K.Hanieliza. Bila tengok resipi tu nampak ada kelainan sket. Nasi Jagung K.Liza ni lebih kepada nasi jagung berempah disebabkan adanya penggunaan rempah beriani dan daun kari. Teringin lak rasa nak mencuba nasi jagung versi K.Liza ni. Bahan2 yg lain pun tak banyak beza dgn resipi Nasi Jagung K.Nor. Alhamdulillah.. sedap bau nasi ni. Tukang masak kena amik bau jer dulu nih.. nak amik rasa kena Maghrib karang. Tapi rasanya sedap kut sbb cik abg kata sedap td tu.. siap angkat ibu jari gak sampai tak terkeluar perkataan apa2 kes syok sgt ngadap lunch dia hari ni :)


Mintak izin ya K.Liza nak share resipi tu kat sini. Dan mekasih jugak buat Ummi sbb K.Nor kopipes dr rumah Ummi td.



NASI JAGUNG by K.Hanieliza
sumber Ummi Kuantan

BahanA:-
6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan ~ k.nor guna beras siam jer
2 cawan isi jagung (*ummi guna jagung frozen)
1/2 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
8 cawan air
2 biji buah tomato (potong dadu)
2 sudu besar rempah beriani
garam secukup rasa
sedikit gula (*untuk separuh dr bahan ni, ummi letak 1 sk. je) ~ k.nor skip yg ni sbb jagung dah manis

Bahan B: (untuk tumis)
5 ulas bawang merah (dimayang nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
2 cm halia (dimayang halus)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bungan lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Memasak:-
Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau.
Bila sudah naik bau, masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
Masukkan beras, jagung, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar.
Masukkan air secukupnya, kacau rata.
Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.
Apabila sudah masak, hidangkan bersama kuzi daging, dalca dan papadom.

Lunch yg simple jer utk hari ni.. Silakan... 

2 comments:

  1. salam akak...

    nak bukak pose ngan akak leh dok ?? nak tolong rase nasi tuuu ^_~

    ReplyDelete
  2. liza >> laaa.. duk tunggu laa.. tk ada pong :)

    ReplyDelete