f Secubit Garam: Ayam Merah Ala Thai

N3 Terkini

Thursday, September 30, 2010

Ayam Merah Ala Thai

Dah selalu sgt duk buat dgn menggunakan daging, apa kata kita tukar. Kita derhaka sket kat resipi tu. Kalau ikut resipi asal Daging Merah Ala Thai ni menggunakan daging, kita tukar guna ayam pulak. heheh bukan apa, dah tak ada stok daging dalam freezer camna nak buat Daging Merah Ala Thai kan.. Dah ada ayam jer, guna aje la ayam. Kita tukar2 bahan utamanya. Bahan2 lain maintain tau, cuma ayam tu K.Nor perap sket dgn serbuk kunyit dan secubit garam (mmg "secubit garam" tak leh dipisahkan dlm masakan kan.. hehe). Pastu goreng hingga masak dan baru la diteruskan step berikutnya. Alhamdulillah, bila ditanya cik abg masa dia makan td, siap angkat ibu jari! Si tukang masak tak merasa lg kena tunggu maghrib karang :)


Jom tengok resipi, yg diambil kat MyR, resipi asal Daging Merah Ala Thai. Kalau nak cuba dgn ayam cam K.Nor buat ni, silakan, terutamanya bg yg tak leh makan daging.


DAGING MERAH ALA THAI by Jeezy MyR

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)



Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

*K.Nor suka masukkan daun ketumbar yg dihiris dlm masakan ni dr menggunakan daun saderi atau daun bawang. Sbb daun ketumbar mmg gandingan yg cukup ngam kalau adanya penggunaan sos ikan dan lebih menyerlahkan lagi rasa masakan thai.

3 comments:

  1. salam Nor,
    uish sedap lauk ni..bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. ayu >> aik.. awal flight arini?
    duk tunggu dpn tingkap dapur nor ke nih hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan...nk cubalah resepi ni.tq atas resepi

    ReplyDelete