f Secubit Garam: Tumis Pedas Ikan Tenggiri

N3 Terkini

Sunday, September 19, 2010

Tumis Pedas Ikan Tenggiri

 

Ada ke yg menunggu luar tingkap dapur nak tau apa menu tuan rumah arini? hehe.. maaf la ya.. Sebenarnya tuan rumah ehh… puan rumah dan suaminya dah start pose arini. Tu yg tak ada n3 sepanjang siang tadi. Aisyah tak pose lagi coz line tak clear dan nanti bila dah clear dia akan ikut join kita org berpuasa. Bila sekolah dah start ni, anak2 mula la balik lewat dr sekolah. Tu yg tukang masak amik peluang berpuasa dan masak pun lewat la spt masa bulan Ramadhan aritu.

tumis pedas ikan tenggiri

Menu berbuka hari ni cukup simple, masakan org Tganu ni. K.Nor membesar pun dgn lauk gini la dulu. Kalau time cuti2 sekolah K.Nor selalu habiskan masa kat rumah pak sdara di Dungun. Mak sdara pun selalu masak lauk gini. Boleh dikatakan lauk tradisional Tganu kut. Tumis Pedas ni tak banyak berbeza dgn Asam Pedas, secara basicnya lebih kurang dgn Asam Pedas. Yg mana kita tumis dulu cili mesin dan bawang2 yg diblend tp tak ada penambahan daun kesum, bunga kantan, tomato buah atau kacang bendi. Rasanya kalau org Tganu mmg tau masakan ni. Syok dimakan dgn sambal kicap yg diletakkan cili padi yg dipotong atau ditenyeh2 kat dlmnya tu.

 

tumis pedas ikan tenggiri 2

5 comments:

  1. Salam Nor,

    Kalau ibu panggil dia tumis cair, cicah lada jarum + bawang merah hiris + kicap..emmmmm...best!

    Selamat hari raya Nor, maaf zahir & batin. Ibu pun mula berpuasa gak..heheh

    ReplyDelete
  2. ngences tgk ikan tenggiri..
    yum yum yum!
    selamat hari raya Nor

    ReplyDelete
  3. sedapnya tumis pedas tu...mas nk kuah jer...sedap hirup tu.....sruuppp....

    ReplyDelete
  4. tumis pedas atau asam pedas....kalau johor panggil asam pedas ikan tenggiri..camtu la bunyinya

    ReplyDelete
  5. ibu >> salam ibu, kalau kat ganu ni biasanya kalau tumis air tu cam tumis sayur2 yg tak letak lada mesin, cam sawi atau kobis masak tumis air.. mcm2 versi kan ibu :)

    slmt hari raya gak dr nor

    sidratul muntaha >> tu kebetulan beli anak ikan tenggiri jer.. sbb nampak fresh gitu :)

    mas >> wahh mas, cukup ke hirup kuah aje :)

    CT >> mmg tumis pedas ni CT, kalau yg letak daun kesum atau daun kantan baru panggil asam pedas. tumis pedas ni masakan Tganu, asam pedas lak biasanya dr Johor kan..

    k.nor dah explain dlm n3 perbezaannya tu :)

    ReplyDelete