f Secubit Garam: Buntu Seketika..

N3 Terkini

Saturday, September 25, 2010

Buntu Seketika..

Kalau dah kena masak tiap2 hari, agak2 buntu tak otak nak fikir apa menu yg nak dimasak? Mmg tak leh lari dr perkara camni kan. Kalau tanya cik abg mesti dia jawab dgn ayat lazim dia tu.. “masak je la apa2 pun”. Tp jawapan yg paling top “dok tau gok” hu hu.. Kena la cari sendiri apa yg nak dimasak kan.. Pastu mula la M dtg menyerang. Rasa nak duk relek2, bila time lunch beli nasi bungkus jer. Kan best gitu..

daging masak merah

Akhirnya bila tanya Luqman, dia pun bg idea “mak, buat daging merah hok adik suka makan tu”… Hah… settle! Kang senang bila soalan yg ditanya ada jawapan yg diberi. So… tukang masak pun masuk dapur dgn idea yg diberi Luqman. Daging Masak Merah ni mmg dia suka sgt. Biasanya K.Nor padukan dgn kuah singgang atau tumis air sayur. Memang menyelerakan..

daging masak merah 2


updated: atas perintaan Izah.. slmt mencuba

DAGING MASAK MERAH

500gm daging

bahan2 diblend:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia

2 - 3 sudu besar cili mesin
sedikit air asam jawa
2 sudu besar kicap
sedikit garam dan gula (jika suka)
air secukupnya
minyak

Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Goreng hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau2 hingga sebati.
Masukkan kicap.
Biarkan mesra sekejap baru lah dimasukkan 1 gelas air.
Masak dgn api sederhana hingga sedikit pekat dan masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak lah sehingga hampir kering dan daging empuk. (kalau dah hampir kering tp daging masih kurang empuk, boleh ditambah sedikir air)
Bila daging dah empuk boleh la dipadamkan api dan hidangkan.


* Boleh juga dimasukkan bawang yg dipotong bulat sebelum api ditutup, kacau2 sekejap dan hidangkan.
** Bila memasak benda2 tumisan gini jgn buka api besar, nanti daging jadi liat dan rasa rempah kita kurang masak dan jd kurang enak

4 comments:

  1. Assalamualaikumwbh Kak Nor.....terima kasih singgah dapur ayu tu..alhamdulillah rasa beter sket, tapi now dah tinggal berdua jer...uwaaaaaaaa...huk3....

    Jawapan "dok tahu gok" tu...heeeee....ayat lazim papa Ayu bila agak2 dia dah penat nak jawab mama....he3.....kita serupa.....

    Sedap tu daging masak merah, nasi panas....xder sayur pun jadi jer....:)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nor,
    Kadang2 rasa tak tau nak masak apa..kadang2 macam2 rasa nak masak. hmmm... macam2 kan :)

    Ijan

    ReplyDelete
  3. salam K.Nor,
    hihihi sama la kita pun suka buntu seketika nak masak apa, akhirnya pergi ke kedai je. hihihi

    ReplyDelete
  4. ayu >> w'salam ayu

    ehhemm.. ehhhemm.. mudah2an.. amiin.. hihihi..

    ijan >> salam ijan.. tu la.. sekali ia serbu, bersilat gayung kat dapur kan... hehe

    deetha >> salam dee.. untung la kalau boleh gitu... tumpang makan dng dee la ya :)

    ReplyDelete