f Secubit Garam: Nasi Arab

Monday, September 6, 2010

Nasi Arab



Ni dia nasi yg jadi pelakon utama menu berbuka K.Nor sekeluarga semalam, Nasi Arab. Spesel sket masak ni sbb anak teruna no2 dah selamat sampai kat rumah. Alhamdulillah... sedapppp nasi ni. Luqman siap masuk dapur tanya bau apa yg wangi sangat. Masa berbuka pun dia dah makan banyak lepas balik solat tarawih pun mintak lg nak makan nasi. Kena pulak bila digandingkan dgn Ayam Bistik Dayang Jack dan Acar Darat CMG tu.. cukup menyelerakan!!

Nasi Arab ni mula2 tengok Ain yg tayang kat rumah dia. Katanya resipi ni asalnya dec_sc_girl@myresipi.com. Mekasih buat kedua2nya dan mintak izin ya nak share resipi tu kat sini.. Insyaallah akan dibuat lagi dan lagi nanti..



NASI ARAB by dec_sec_girl MyR
sumber : Ain

Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam ~ k.nor guna daging
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub aya m
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di maya ng
1/2 cawan sos tom ato
2 sdb rempah ku rma
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hit am, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit . Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn se di kit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan de ngan acar timun.

* K.Nor skip step no 5, bila sup dah dimasukkan dlm step no4 dan dah mendidih, terus masukkan beras dan daging. Letakkan periuk kat rice cooker dan masak lah hingga nasi masak.
* disebabkan tak ada stok daun bawang dan daun saderi, K.Nor ganti dgn daun ketumbar, lg wangi bau nasi tu ..
* kalau tak nak buat Ayam Bistik boleh jugak buat Ayam Masak Kurma spt yg Ain buat..