f Secubit Garam: Roti Mary? boleh la kut..

N3 Terkini

Saturday, September 18, 2010

Roti Mary? boleh la kut..

Haha…. dah lama benor teringin buat roti mudah dan sedap ni.. Padahal inti daging dah lama ready dlm freezer.  Hari ni baru la tercapai hajat nak buat Roti John. Opss…. kalau la pempuan yg buat takkan nak bg nama Roti John kan, sepatutnya kena guna nama org pempuan la kan.. Agak2 kalau guna Roti Mary sesuai tak? haha… ikut la mana2 pong.. sbb roti ni best!

Bukan susah pun nak buat Roti John ni, kalau nak tengok step by step boleh ke dapur org Jepun ni ya.. Mek Jepun ni ghajen dia dah tayang step by step nak buat Roti John. Cuma tang intinya tu K.Nor tak ikut  sbb K.Nor gunapakai inti daging yg masih ada berbaki aritu.

Meh kita tengok resipi Roti John, kut2 ada sapa2 yg tak try lagi. Resipi Roti John ni dr Ina@Hana Jepun nun. Mintak izin ya Ina, nak share resipi tu kat sini..

 

roti john

ROTI JOHN by Ina@Hana

Bahan-bahan

  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

 

roti john 2

Jom makan, panas2 lg nih ..

No comments:

Post a Comment