f Secubit Garam: Disebalik Malware Attack

N3 Terkini

Monday, September 20, 2010

Disebalik Malware Attack




Semua persoalan sudah terjawab, baru la lega rasanya. Tp tak la lega 100% sbb blog masih tak dpt berfungsi seperti biasa dan nak blogwalking pun tak leh nak buat sesuka hati cam biasa. Sebab2 banyak blog diserang virus ni adalah kerana pemilik blog memasukkan pengiklan Innity atau/dan Manggaonline. Bagi mana2 blog yg ada letak 2 atau salah 1 pengiklan ni, disarankan delete dulu link iklan tu.

Ni K.Nor pastekan al kisah disebalik semua ni yg K.Nor ambil dr sebuah blog.. jutaan terima kasih buat pemilik blog yg sudi berkongsi maklumat ni.. dan tak lupa mekasih juga buat Ika yg menyampaikan hal ni ke K.Nor .. tq dear :)


Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

sumber: mediapermatangpauh


updated:
Alhamdulillah.. K.Nor dah boleh masuk secubitgaram ni melalui google chrome.. mudah2an segala keributan berakhir dgn sebaik mungkin..

15 comments:

  1. thanx kak nor share news ni..my blog pon kne gk..kwn sy xley bka my blog sbb malware nih. sy dh remove iklan tuh

    ReplyDelete
  2. tqvm 4 d info. Ini kena hati2!! sebab laptop k.ga byk berkenaan kerja sekolah~boleh haru-biru jadinya!

    ReplyDelete
  3. thanks sooo much 4 the info kak...ptt lar ari nie blog bnyk x leh bukak..sy nie pun blogwalking nie yg jumpe blog akak nie...thanks yea..ave a nice day..

    ReplyDelete
  4. see...
    yup,iklan2 bengongtu jugak yg berlambak.
    seb baek dah remove mana2 innity accept yg paling safe skunk ni nuff.

    ReplyDelete
  5. Ohhh no wonder la sana sini ada mende nih.. Thanks for sharing KNor :)

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    ReplyDelete
  6. nor, tq for the info, banyak web page yang ada warning nih...ignore je x berani nak masuk pun... sib baik kak rose x kena... kena selalu up-date anti virus nih!

    ReplyDelete
  7. salam..
    thx akak psl share this info, br terjawab soalan sy nape my blog xleh bukak...
    tp kan kak....sy xda pun iklan bnda tu seme...still boleh kna gak ek..

    ReplyDelete
  8. miera >> yr welcome.. :)

    teratai >> betul2.. kena ada backup tu k.ga

    himawari >> mekasih juga sudi singgah kat sini.. :)

    sidratul >> tak jadi camni org tak alert kan :)

    poojie >> yr welcome poojie, sharing is caring kan :)

    k.rose >> yr welcome k.rose.. berhati2 lebih baik kan..

    vanilla ice >> salam vanilla ice.. k.nor pun tak letak innity tp terkena gak.. dan ramai lg blogger lain pun gitu gak. virus ni spread dr satu blog ke satu blog bila kita linkkan something spt resipi dr blog yg ada letak innity tu. contohnya myresipi. sejak owner baru ni amik alih, dia letak innity, dr situ punca virus tu spread dgn cepat sbb blog masakan biasanya link kan apa2 resipi yg diambil ke myr.pastu blog lain yg tak tau apa2, amik resipi tu lak dr blog lain.. jd benda ni merebak dr satu blog ke blog lain.. ni yg kita tak leh nak elakkan..

    ReplyDelete
  9. Tq K.Nor...La nie jugak Yana buang benda tu..patutlah xleh nak bukak....mmg virus betui!!

    ReplyDelete
  10. thnx k nor for da very2 gud info...
    juz blokwalking n terjumpe info ni..
    ptt la semenjak 2 3 menjak ni sy nk bkk blog mesti ade bnda2 tu.. mule tkut gak nk bukak.. tp smpai newspaper on9 pon ade gak, so sy redah jer la..

    benda nih leh effect komputer kite x??? ataw sekadar blog kite jer???

    ReplyDelete
  11. yana >> buang.. jgn tak buang hehehe..

    scarlet mine >> mekasih ya sudi singgah walau secara kebetulan.. jgn lupa singgah la lagi.. kita rapat2kan ukhwah ya.. insyaallah..

    mmg virus ni spread dgn cukup hebat hari ni.. bukan setakat blog2 biasa kita jer, sampaikan blog new online pun kena ni..

    k.nor pun tak pasti, tp menurut kata kawan suami k.nor td kalau dah lama2 virus ni masuk gak ke pc.. boleh damagekan pc kita.. wallahua'lam.. better pasang antivirus kat pc or lappy

    ReplyDelete
  12. salam nor,
    wah no wonder a few blogs tak boleh masuk, ada warning window merah tu..kita pun cabut ler..takut juga virus2 ni kan nor..

    ReplyDelete
  13. salam..

    sungguh, ayu pun risau dengan malware...sebab pi lah ke blog masak2 dah ulang kali masuk...keluar warning

    but minta pendapat rakan..senang rupanya...

    alhamdullilah..kak nor dah sattle tentang masalah malware
    untuk kawan2 yang nak buang masalah malware sila ke

    http://blog-ayie.com/serangan-malware/

    ReplyDelete
  14. salam kak nor...
    oh br sy fhm..maybe dr blog2 yg sy jengah la kot
    neway thx for the info....

    ReplyDelete
  15. ayu >> w'salam ayu, tu la.. mmg dasat sket smlm kan.. nor pun takut!! hehe

    siti ruhayu >> mekasih banyak2 atas info yg diberikan.. sgt2 k.nor hargai.. :)

    vanila ice >> w'salam.. yr welcome :)

    ReplyDelete